Sunday, October 29, 2006

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI DARI NISSA' YUSOF

Minggu depan bermula peperiksaan akhir, jadi, saya yang asyik bersenang lenang di rumah perlu menjadi tersangat tekun. Keceriaan aidilfitri perlu diketepikan sekajap.Mujur cuma dua kertas yang perlu saya hadapi pada minggu depan, sekurang-kurangnya saya masih boleh mengulangkaji dengan senyuman =)

Mohon doa dari sesiapa yang sudi, doakanlah kelancaran saya dalam peperiksaan. Syukran.


Thursday, October 12, 2006

SANTAI

Assalamualaikum..
Moga syahdu Ramadan memberikan sejuta keberkatan
Sedikit bacaan untuk santai..

Kalau ingin melakukan kejahatan,
fikirlah berkali-kali,
tanya iman..tentu iman akan jawab "tak boleh",
jangan tanya aiman, sebab aiman akan jawab "tak kisah".

Monday, October 02, 2006

SEUNCANG CATATAN

Assalamualaikum
Pagi Isnin yang tenang, 10 Ramadhan.

i
Baru membeli majalah Tunas Cipta, sedikit teruja untuk membaca keluaran kali ini , kerana terdapat sedikit ulasan untuk sajak saya, Bumi Yang Tewas, yang tersiar pada keluaran lepas. Sajak yang sama sebenarnya telah tersiar di akhbar Berita Minggu pada 16 April yang lalu. Jika ingin membaca sajak-yang tak seberapa- tersebut, jemputlah ke LAMAN KARYA saya. Jika ingin membaca ulasan yang diberikan di TC mengenai puncak ilham, mesti beli TC!!hehehe

ii
Baru sahaja tamat membaca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Prof. Dr. Hamka. Masih lagi pening-pening lalat, kesan dari kisah cintanya yang sebegitu dasyat. Cerita cinta bersulam adat. Sungguh dramatik.

iii
Alhamdulillah, sajak saya, Potret Ramadhan, tersiar di akhbar Berita Minggu semalam. Jika ingin memberi sebarang komen, boleh klik di sini.