Monday, January 21, 2013

Dekat di Hati

Kita selalu terlepas pandang dengan apa yang ada dekat dengan kita. Selalunya begitu. Tak menghargai orang-orang yang rapat, gerai ais kacang sekitar rumah, shopping complex berhampiran ataupun keindahan alam yang tiap-tiap hari ditemui.

Walaupun kedengaran serius, tapi perlu diceritakan apa yang saya jumpa di tempat yang "dekat" ini. Ya, saya jumpa transformers yang fotogenik!!!


Monday, January 07, 2013

Halaman

Di halaman rumah kampung, banyak bunga yang sedang berkembang mekar. Tidak pernah dapat dilihat bila mekarnya. Seperti baru semalam, ada putik bunga, tapi hari ini seperti seketika saja sudah kembang mekar. Sedangkan sebenarnya proses itu begitu perlahan dan rumit. Sehingga selepas ini bunga pasti layu dan mati.

Halaman hati juga begitu. Entah bagaimana, tapi bila kita sedari, bunga itu telah kembang mekar dan harum. Kita pun mengharap kepada yang lebih baik. Lebih kembang dan lebih harum. Kadang-kadang dalam terlalu berhati-hati menjaganya pun, ada saja ribut yang datang..

Berfikir tentang hidup, sesuatu yang sudah menyukarkan. Banyak perkara yang dirasai tapi tak mudah meluahkan.

Thursday, January 03, 2013

Negeri 5 Menara

Saya membuka 2013 dengan menonton Negeri 5 Menara. Di youtube sahaja, memandangkan tidak ada dvd yang berjaya saya temui di sini.

N5M mengisahkan Alif, “anak pandai” yang bercita-cita mahu belajar sampai ITB dan jadi seperti Pak Habibie. Tetapi impian ibunya lebih besar, mahu anaknya jadi hebat serupa Hamka. Dari situlah akhirnya Alif ‘paksa rela’ mendaftarkan diri di Pondok Madani, Ponorogo, Jawa Timur. Sebuah pesantren moden yang bukan mengajar agama semata-mata, tetapi juga melengkapkan ilmu dunia.

Maka inilah dia inti filem ini. Tentang hidup Alif dan enam rakan yang lain di PM.

Baiklah, secara jujurnya saya tidak merasakan ini adalah isi cerita yang kuat untuk sebuah filem. Tidak ada momen yang signifikan. Mungkinlah boleh diberi kredit untuk babak mereka memujuk ustaz untuk memberi ruang menonton piala thomas secara langusng (tv diharamkan di pondok tersebut) dan ketika mereka berusaha membetulkan generator lama yang kerap mati.

Saya menanti filem ini agak lama. Novelnya yang sudah terbit trilogi siri kedua memang sangat saya suka. Tapi tidak semestinya novel yang baik, akan menjadi filem adaptasi yang baik. Banyak momen dan pemikiran dalam novel yang tidak dapat diterjemah dalam filemnya.

Walau apapun, saya tetap menunggu novel terakhir dalam trilogi N5M ini!