Sessi awal di Port Dickson dimulakan dengan program-program ceramah yang disampaikan oleh SN S. Othman Kelantan, Pak Agi, Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong, Dr. Robiah K. Hamzah dan Ahmad Patria Abdullah. Peluang bersua muka dengan nama-nama besar ini telah meninggalkan memori manis dalam perjalanan hidup saya.

MPR kali ini telah diberi pendekatan baru iaitu dengan menggunakan format mentor-protege yang mana para peserta dalam lingkungan 3 hingga 5 orang dibimbing oleh seorang mentor. Para mentor yang dipilih merupakan barisan penulis muda yang sudahpun menempa nama besar dalam arena sastera iaitu Puan Nisah Haron (mentor saya), Puan Raihani Mohd. Saaid, Encik Shamsudin Othman, Ustaz Zaid Akhtar dan Encik Lutfi Ishak.
Terima kasih daun keladi saya ucapkan buat mentor saya, Kak Nisah Haron atas segala ilmu, teguran dan tidak lupa untuk cerita-cerita yang menarik hati=) . Mudah-mudahan akan ada pertemuan lagi..






