Sunday, September 23, 2018

Muhammad Haji Salleh - Di Mata Kami



Ini adalah sebuah catatan terlewat, Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk terlibat di dalam projek buku ini. Seperti judulnya, "Muhammad Haji Salleh Di Mata Kami", buku ini menghimpunkan 26 buah tulisan daripada pelbagai latar penulis (kebanyakannya kenalan baik MHS) yang menulis tentang Sasterawan Negara ini.

Mengimbas kembali, banyak tahun yang lalu semasa abang Rahimidin (arwah) memulakan projek buku ini, saya pernah diajak untuk menulis kerana arwah tahu saya memang peminat Muhammad Haji Salleh. Tapi saya menolak kerana rasa tidak layak, dan saya tidak pernah mengenali MHS secara peribadi. Satu keputusan yang saya kira betul pada waktu itu, walaupun kata arwah, "tulis je". Kemudian saya tidak mendengar lagi tentang projek ini.

Beberapa tahun kemudian, saya diundang oleh abang Ridzuan Harun untuk menulis semasa beliau ingin meneruskan projek ini, kali ini saya terus bersetuju. Jika tidak, mungkin saya akan menyesal pula kemudian. 

Saya menyumbang sebuah tulisan bertajuk "Kembara Penghujung Musim Bunga Bersama Salju Shibuya". Saya pernah berbual dengan seorang rakan rapat tentang ini. Ketika arwah abang Rahimidin mengundang saya dulu, saya belum begitu aktif mengembara, dan jika ditanya apa buku MHS kegemaran saya pada ketika itu, saya akan menjawab "Kalau, Atau dan Maka".

Keadaan berubah selepas itu. Setelah saya mengembara di Jepun (dan menyukainya), buku kegemaran saya berubah kepada "Salju Shibuya". - pengalaman inilah yang saya tuliskan di dalam buku ini.

Buku ini baru saja diterbitkan oleh ITBM, meneruskan siri "Di Mata Kami" yang lain.  Membacanya seperti dapat mengenali sedikit peribadi MHS. Jika berminat, boleh dibeli terus di website ITBM :) 

Disclaimer: Di dalam buku ini saya seorang saja yang tidak mempunyai pengalaman secara peribadi dengan Prof. MHS dan juga tidak dikenali oleh beliau 😉

Wednesday, May 16, 2018

A Strangeness in My Mind



Saya bukanlah penggemar karya Orhan Pamuk, tapi keinginan untuk membacanya tetap ada. Sama seperti saya bukanlah penggemar Murakami, tapi tetap beli dan baca semua bukunya. Berbeza kali ini, saya ada keyakinan yang lebih semasa membeli A Strangeness in My Mind. Pertama kerana I judge the book by its cover, memang awal-awal lagi saya sudah jatuh hati. Kedua apabila membaca blurb, saya fikir saya akan suka dengan ceritanya. Ternyata tepat. Saya sukakan ceritanya, cuma masih belum mesra dengan pace Pamuk yang saaaaangat perlahan. 

Sudah tiga bulan saya membeli buku ini, tapi baru di bab 11. Saya memang mempunyai masalah dengan buku-buku tebal. Saya cepat bosan. Jadi, ada kalanya saya akan tinggalkan buku ini berminggu-minggu dan membaca buku-buku lain pula.

Ahh.. akan mula baca semula sekarang!

Saturday, March 24, 2018

Hai

Nampaknya azam dua tahun lalu untuk kerap menulis di blog telah idle begitu sahaja. Maka saya resume semula tahun ini untuk menulis di sini. Yeah!

Fun fact, saya mempunyai banyak cita-cita, ada yang sudah tercapai, ada yang belum dan ada yang hanya dalam kategori angan-angan. Kebanyakannya adalah tentang cabang ilmu yang mahu saya pelajari, kerana saya mempunyai banyak minat. Malah tiba-tiba tahun ini yang terfikir untuk sambung belajar dalam satu bidang yang baru. Tetapi seseorang telah menasihati saya supaya sebelum saya mengorbankan apa yang saya ada sekarang untuk kembali belajar sepenuh masa, seeloknya saya bina satu blog, dan tulis tentang apa sahaja yang saya baru baca/belajar/discover. Tak perlu post di facebook, kerana facebook sifatnya seperti memaksa friend untuk baca. Blog lebih bebas, mungkin ada pembaca yang sesat di perjalanan dan singgah sebentar, mungkin tidak, tapi yang penting saya sudah rekodkan apa yang saya tahu.

Jadi saya fikir mungkin saya patut menulis di sini sahaja, memandangkan blog ini pun dah lama tertinggal dan sudah tidak ada pembaca lagi. Mungkinlah..