Tuesday, August 28, 2007

MALAYSIA MERDEKA!


Oh, ada yang bertanya soalan sebegini: “Kenapa artis-artis kita tak boleh pakai seksi-seksi, kenapa artis barat boleh”

Ataupun soalan lebih kurang seperti ini: “Kenapa kita tak boleh bebas kesana sini, kenapa orang lain boleh.”

Atau yang mana-manapun, tapi formatnya begini: Kenapa kita tak boleh …….., kenapa orang ……. boleh.

Jawapannya?

Kerana kita ada dua, agama dan bangsa. Agama, memang jelas. Bangsa?

Bangsa kita ada adat, ada budaya, ada resam turun temurun, ada unsur lembut nan sopan dalam jiwa terdalam, ada bahasa tutur bijaksana yang jadi sandaran, ada warisan zaman-berzaman. Semua ini ada dalam jati diri kita –membentuk integriti.

Ya integriti.

Kalau disebut semangat cintakan bangsa,

Integriti tinggi bukan pada modennya cara hidup. Bukan pada hebatnya berasimilasi. Bukan pada pandai meniru-niru gaya yang entah apa-apa. Integriti ada pada budi, pada fikir waras, pada pekerti yang dilentur dari kecil-kecil lagi.

Jadi orang Melayu, sedar-sedarlah diri Melayu. Bukan asyik melayu atau meniru.

bukannya bermaksud disuruh puji yang baik-baik saja. Tapi kita ikut warisan yang baik, tegur mana yang macam tak kena, betulkan mana yang salah, pertahankan mana yang patut.

Jadi, tak timbul soalan apa perlunya GPMS perjuangkan Sains dan Matematik kembali ke Bahasa Melayu@ Malaysia. Tak perlu kritik kenapa badan itu, badan ini, sibuk-sibuk perjuangkan warisan yang entah dari zaman mana. Tak perlu pelik kenapa ada yang minta pertahankan peratus itu, kurangkan peratus ini.

Huhuhu. Saya paling tak suka orang asyik kutuk bangsa sendiri. Kalau kutuk untuk kebaikan tak apalah juga. (ini bukan tandanya saya fanatik perkauman)

Macam orang yang duduk belakang saya masa satu sesi ceramah. Namanya pun ceramah yang ada kena mengena dengan bangsa, tarikh pun dah dekat merdeka. *Biasalah kalau kita imbas sejarah-sejarah gemilang bangsa. Biasa juga kalau penceramah tegur tentang kebejatan anak-anak bangsa yang dah jadi macam tak berbudaya. Biasalah kan (*berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa)

Orang yang duduk belakang saya tadi, asyik bagi komen tak rasmi. Apa-apa yang penceramah cakap tentang bangsa, dia kritik. Kritikan yang bagi saya langsung tak membina. Kalau komen-komen dia tu pada saluran betul, tak apalah juga, contohnya macam beritahu terus pada penceramah, “saya tak setuju!”. Tapi dia asyik mengomel, belakang saya pulak tu. Huh.

Habis program, dengan rasa tak sabar-sabar, saya pusing belakang (semasa dia bagi kritikan macam-macam waktu program, saya malas nak pandang. Nanti dia ingat saya berminat dengan idea-idea tak bertempat dia tu=)

Tengok orangnya, oh patut pun. Kenapa? Kalau tak kerana rambut hitam, mata hitam dan kulit coklat Melayu, saya ingat dia orang US. Hahaha. Ops!

Mudah-mudahan dia beroleh kesedaran dari jati diri sendiri sempena merdeka ni=)

................................................................................................

Setelah beberapa lama asyik terkejar-kejar, berlari-lari, penat sana sini. Akhirnya, saya boleh cutiiii !!!!

Terima kasih Malaysia, kerana merdeka!

Jangan ada yang tak tahu –Malaysiaku Gemilang!

(agaknya orang yang duduk belakang saya tadi tu tahu tak?)

Hahaha saya kalau tengah geram memang tak berapa stabil.

Monday, August 20, 2007

BEBERAPA CATATAN

Selalu dalam hidup, kita harus membuat pilihan. Pilihan yang walaupun nampak remeh bagi orang lain, tetapi sukar bagi diri kita untuk mencapai keputusan. Kalau dalam konsep management, a manager has to make decision in two situation; problem and opportunity. Selalunya, lebih sukar berdepan dengan peluang (opportunity) berbanding masalah (problem). Sebenarnya, bukan saya mahu bersyarah tentang konsep pengurusan, sekadar mahu buat mukaddimah ilmiah untuk bercerita tentang pilihan sukar yang nampak mudah. Memang secara kebetulan, banyak program yang saling bertindih pada hujung minggu lalu termasuk program Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja. Dihadapkan dengan tanggung jawab dan peluang, saya akhirnya memilih mengikut hati, menuju ke DBP.

i-
Diskusi Karya Alumni Minggu Penulis Remaja

Pada pagi Sabtu itu, saya tiba di DBP agak terlewat, memandangkan sebagai salah seorang urusetia, seharusnya saya sudah sedia di sana seawal 8 pagi. Tetapi, nak buat macam mana, masalah logistik, alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang timbul. Sampai di tingkat dua, ramai ajk yang sudah mula bekerja. Ada Kak Ummu Hani, Abang Fahd Razy, Kak Hani Salwa, Izzah, Ode dan Firdhaus.

Majlis bermula lewat (seperti biasa?) tetapi tetap berjalan lancar. Bermula dengan diskusi tiga buah novel dari tiga orang mantan MPR, Justeru Impian di Jaring –Zaid Akhtar, Ladang Hati Mustika –Ummu Hani dan Misi Piramid –Ida Munira.

Tamat diskusi novel, montaj ringkas ditayangkan. Memang agak ringkas, memandangkan pengarahnya, Azree, terlalu sibuk dan terpaksa akur dengan tuntutan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan perhatian. (jangan marah tuan pengarah)

Majlis diteruskan dengan deklamasi puisi mantan-mantan MPR. Deklamasi dimulakan oleh Ode, seterusnya duet Firdhaus – Hidayah, Fahd Razy dan akhir sekali gurindam Sembilan oleh kak Nisah Haron.

Selain acara deklamasi, turut terselit program pelancaran Antologi 9! oleh Dr. Amida Abdulhamid, yang memuatkan sembilan cerpen karya sembilan penulis mantan MPR dan program baca cerpen Hizairi Othman. Cerpen Hati Milik Kesuma karya Hizairi Othman dibaca oleh empat orang mantan.

Seterusnya, berlangsung Diskusi Cerpen dan Puisi mantan-mantan MPR yang telah tersiar di media cetak tahun 2005-2007. Lapan buah cerpen didiskusikan oleh saudara SM Zakir manakala sepuluh buah puisi didiskusikan oleh saudara Rahimdin Zahari.

Sebelum makan tengah hari, acara wajib yang paling dinanti tentu sekali sesi bergambar. Bukan mudah bertemu selalu.

Banyak yang menarik. Sebuah keindahan yang tak terungkapkan J Selain mendengar sebuah puisi saya didiskusikan, gembira juga dapat bertemu rakan-rakan batch 2006 (semestinya kami golongan majoriti =) dan berkenalan dengan para senior.
Nyata pilihan yang dibuat tepat J

Program tamat sekitar jam empat. Saya balik menumpang kereta cantik Kak Rai (ikhlas ni, bukan mengampu). Terima kasih kepada Kak Rai yang sudi menghantar sampai ke depan tangga. Hehe.

Gambar-gambar bakal menyusul kemudian. InsyaAllah.

ii-
Hari lahir yang entah keberapa

Bulan Ogos begitu banyak nostalgia. Selain hari lahir saya, blog ini juga sebenarnya lahir sekitar Ogos. Tetapi oleh kerana pelbagai eksperimen dan proses edit-delete, saya sendiri tidak pasti tarikh yang sebetulnya. Yang pasti tetap Ogos. Selamat menyambut ulang tahun pertama blogku. Selama setahun ini, rasanya sudah tiga kali berlaku pertukaran besar-besaran cat@template –gara-gara eksperimentasi saya yang kadang-kala (selalunya) tak menjadi.

Usia sudah bertambah, kematangan mesti bertambah juga (boleh ke?).

Tahun ini, rasa teruja menyambut hari lahir sudah berkurangan. (tanda-tanda kematangan agaknya=). Saya terfikir, kalau setiap tahun rasa teruja menyambut hari lahir berkurangan, mungkinkah sepuluh tahun lagi saya terlupakan tarikh lahir sendiri?
Teruskan eksperimen.

Terima kasih untuk semua ucapan, sejak di program diskusi lagi.

iii-
21 Ogos

21 Ogos bakal tiba. Alertlah wahai umat Islam.
Selamat menyambut Hari Memperingati Al-Aqsa.

(entri ini ditulis sambil mendengar lagu-lagu Adibah Noor dari cd, hadiah pemberian Kak Hani Salwa. Thanks!)

Friday, August 10, 2007

HARI TERBUKA MPR

di petik dari blog Faisal Tehrani

Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput para penggiat dan peminat sastera ke program HARI TERBUKA MPR & DISKUSI KARYA ALUMNI MPR 2007 (NOVEL, CERPEN DAN PUISI) yang akan diadakan pada 18 Ogos 2007 (Sabtu) bertempat di DBP. Maklumat lanjut berkenaan diskusi tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH : 18 OGOS 2007

TEMPAT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KL

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

(Sepanjang hari juga akan ada jualan buku, foto, catan, kek, t-shirt MPR. Mantan MPR diundang datang untuk berinteraksi dengan penulis serta masyarakat pembaca. Semua diundang, termasuk khalayak sastera. Akan ada juga baca puisi santai dan bicara ringan.)

9.00 PAGI - PENDAFTARAN

9.20 PAGI - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS DAN BACAAN DOA

9.30 PAGI- DISKUSI NOVEL

NOVEL 1- JUSTERU IMPIAN DI JARING KARYA ZAID AKHTAR
PEMBENTANG : DR KAMARIAH KAMARUDDIN (UPM)

NOVEL 2- LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN
PEMBENTANG : PROF MADYA AMIDA ABDUL HAMID (UM)

NOVEL 3 - MISI PIRAMID KARYA IDA MUNIRA ABU BAKAR
PEMBENTANG : DR MISRAN ROKIMIN (UKM)

11.30 PAGI - BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENULIS NOVEL

PEMBENTANG :
ZAID AKHTAR
UMMU HANI ABU HASSAN
IDA MUNIRA ABU BAKAR

12.30 PETANG - REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI
2.00 PETANG - DISKUSI CERPEN DAN PUISI

SESI SATU (CERPEN)
PEMBENTANG : SAUDARA SM ZAKIR
CERPEN :
1. J e Zu Be (Ummu Hani Abu Hassan) Dewan Siswa 2007
2. Surat Buat Kristina (Ghafirah Idris) Dewan Kosmik 2007
3. Selembar Sejadah di Lantai Madrasah ( Salman Sulaiman)
4. Mencari Qudwah (Ainul Muaiyanah Muhd Sulaiman) Dewan Siswa 2006
5. Mati Pasti Menang ( Abdul Rauf Baharuddin) Tunas Cipta 2005
6. Sayang Si Mamat (Nur Afiqah Abu Samah) Tunas Cipta 2006
7. Ustazah Es (Amir Muhkriz) Antologi Kudeta
8. Warkah Perang Melaka (Khairul Nizam Raub)

SESI DUA (PUISI)
PEMBENTANG : SAUDARA RAHIMIDIN ZAHARI
PUISI:
1. Menyembelih Haiwan (Fahd Razy) Dewan Sastera 2006
2. Mantera Ababil ( Azizul Ikhwan) Tunas Cipta 2005
3. Kasih Siapa (Nurul Iman Dashuki) Dewan Siswa 2006
4. Segugus Kunci ( Nissa' Yusof) Utusan Melayu 2007
5. Nyanyian Seorang Teman (Azree Arifin) Dewan Siswa 2007
6. Tangisan Luka (Farahana Hussain) Tunas Cipta 2006
7. Kisah Kasih II (Mohd Hafiz Abdul Latiff) Remaja 2005
8. Azam Baru (Nimoiz TY) Dewan Sastera, 2007
9.Salam Buat Nablus II (Khairun Nasriah Abdul Salam)
10. Bukan Remang Sangka (Ida Munira Abu Bakar) Tunas Cipta 2006


4.00 PETANG- MINUM PETANG DAN BERSURAI

Friday, August 03, 2007

POSITIF

i
selalulah berfikiran positif..
yang positif itu selalunya lebih baik dari yang negatif

ii
pandanglah masa depan dengan positif, yakini kejayaan, elakkan "kalau" dalam hati

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. di sinilah letaknya kekuatan tawakkal dalam setiap perkara yang kita lakukan.

iii
cuba renungi setiap kejadian negatif dengan sudut berbeza, insyaAllah (kalau ada) kita akan nampak nilai positifnya, yang mungkin tak mampu dilihat orang lain.

orang selalu berkata, jangan jadi lalang, tidak ada pendirian,
tapi lalang itu sebenarnya kukuh pegangan

...
jadilah lalang berakar tunjang
ditiup ribut pun tidak melayang


kita tetamu istimewa

utusan melayu mingguan
2 JULAI 2007