Wednesday, December 31, 2008

TAHUN BARU

Selamat tahun baru.
Hijriah dan Masihi.

Kata Jalaluddin Rumi;
many of the faults you see in others, dear reader,
are your own nature reflected in them.
As Prophet said,
"The faithful are mirrors to one another."


Jadi, selamat tahun baru
hijriah dan masihi.

Tuesday, December 23, 2008

MENTERNAK SETAN DALAM TV


sekarang ini, tidak cukup dengan orang dewasa, kanak-kanak pun diajar menyanyi. semua stesen sukakan program realiti. sekarang, stesen tv yang adakan akademi 'realiti' mengaji, mencari gadis melayu sejati dan ajar budak-budak bertaranum sudah mulakan rancangan realiti mencari bakat nyanyian kanak-kanak.

lalu, budak-budak sekolah rendah ini akan menyanyi menari setiap minggu, kemudian akan dikritik oleh penyanyi senior lebih kurang "adik, pitching tu ada lari sedikit. tone suara kena jaga. tarian perlu lebih mantap. bla bla bla..."

budak-budak ini pun akan bersungguh-sungguh dalam kelas vokal, tarian dan macam-macam lagi. kemudian minggu depan akan kembali dengan keyakinan yang lebih tinggi, teori komunikasi yang bagus, tarian mantap, permainan suara yang class dan juga skirt yang semakin ke atas.

kemudian juri akan berhati-hati memberi komen dan sokongan...

kalau difikir secara realistik, tolak tepi soal akhlak, melayu tak melayu atau budaya atau adat, buat apalah penat-penat ajar budak-budak menyanyi. sampai usianya suara mereka tu akan berubah juga, yang lelaki semakin garau, yang perempuan semakin mersiklah agaknya.

itu secara realistiklah

realistik bagi sayalah

Thursday, December 18, 2008

TOP 5 ANTIVIRUS 2008

salam hujung tahun.
senarai top 5 antivirus terbaik tahun 2009 ini saya ambil di link tu.
  1. BitDefender Antivirus
  2. Kaspersky Anti-Virus
  3. Webroot Antivirus
  4. ESET Nod32
  5. AVG Anti-Virus
masih fikir-fikir nak guna yang mana untuk windows tahun depan. linux senang, tak payah antivirus. kaspersky saya pun dah nak habis tempoh. ceh macamlah susah sangat. haha.

sibuk juga masa cuti-cuti ni. nanti saya update lagi. selamat menghayati titis-tiris hujan!

Friday, December 12, 2008

sembang komputer : TENTANG SPAM

yang kadang-kala orang tak berapa tahu

Tidak dapat dinafikan, dapat e-emel yang penuh dalam kotak inbox menyeronokkan juga. Tapi, jika hampir 80% e-mel yang ada itu tentang promosi produk, e-mel merapu-rapu misalnya pengirim adalah 'balu kepada orang kaya yang tiba-tiba meninggal dan terlalu banyak harta yang ditingalkan' nak bagi anda wang berjuta-juta supaya kekayaan itu boleh dkongsi dan lebih menarik lagi, orang kaya itu berasal dari Africa, Afghanistan atau US sekalipun yang kita tak pernah sampai. Kalau karya fiksyen, memang thrill!

Persoalan yang paling kerap tentu sekali bagaimana pengirim boleh dapat alamat e-mel kita? Sebenarnya, penyebar e-mel spam ini menggunakan pelbagai kaedah. Cara yang paling banyak digunakan sekarang adalah dengan melancarkan sejenis perisian semacam robot pencari e-emel di internet. Saya tak tahu nak terangkan dengan tepat. Pendek kata, 'robot' ini akan sedut alamat e-mel yang berkemungkinan. Caranya, setiap perkataan yang berkemungkinan adalah alamat e-mel akan disedut. Contoh di sini ialah dengan mengenalpasti tanda '@' dan '.' kerana setiap e-mel mesti mempunyai kedua-duanya.

TIGA LANGKAH MUDAH
Jadi, kaedah paling mudah untuk mengurangkan spam: Pertama, jika anda perlu memaparkan alamat e-emel anda di laman web atau blog, gantikan tanda-tanda '@' dan '.' Contohnya: seperti saya[at]yahoo[dot]com atau saya-at-yahoo-dot-com menggantikan cara biasa saya@yahoo.com . Maka 'robot' tadi tak akan dapat mengesan alamat e-mel anda melainkan selepas ini mereka upgrade sistem itu supaya mengenal helah sebegini juga, dan memang saya yakin usaha sebegitu memang sedang dijalankan.

Kedua, selepas itu, anda boleh cuba search alamat e-mel anda sendiri di yahoo atau google, jika alamat e-mel anda disenaraikan dalam mana-mana laman web atau newsgroup yang tidak berkaitan, sila padamkan menggunakan liquid paper. Hehehe.

Ketiga, jika anda menerima e-mel spam, jangan sesekali reply atau klik apa-apa link dalam e-mel tersebut. Kadang-kadang trick mereka saja, contohnya 'please reply this e-mail blank if you do not want to subscribe' Hah kalau reply, confirm selepas itu berderet-deret e-mel spam sebab balasan anda menunjukkan bahawa akaun e-mel anda aktif. Jadi kalau dapat spam, check as spam saja. Selepas itu nanti kalau ada lagi yang sebegitu akan automatik masuk dalam spam atau junk.

Wednesday, December 10, 2008

BiNTANG

sememangnya semua bintang di langit adalah bintang yang sama.
Tapi hanya sebutir yang asyik kita tenung lebih bersinar daripada yang lain

Tuesday, November 25, 2008

MARATON

Sekarang saya sibuk membaca. Maklumlah, baru dapat nasihat personally daripada SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh semalam. Memang ada banyak lagi buku-buku yang belum dibaca. Baru selesai habiskan beberapa buah buku yang tergendala. Tak kan nak tunggu ayat-ayat dalam buku tu lompat masuk dalam kepala saya pula kan. Jadi saya akan sibuk sangat membaca sekarang (kononlah!). Sekarang sedang mengatur betul-betul giliran novel, buku puisi, cerpen dan buku-buku ilmiah juga (tiada istilah ‘buku akademik’ dalam cuti!).

Susunan novel di ‘rak menunggu’ pun dah tingi. Inilah masanya nak kosongkan, supaya senang hati menambah buku-buku baru. Hehe. Ada novel terbaru kak Salina, Bukan Yang Pertama. Oh novel tebal ni awal-awal lagi saya dah sealkan di rak, sebab tarikannya memang kuat. Memandangkan saya memang perlu kurangkan membaca fiksyen untuk sebulan sebelum ini, memang bahaya kalau novel ini ada dekat-dekat saya. Kalau sudah mula baca, memang susah nak berhenti. Semasa disiarkan di Utusan dulu, memang sengaja saya baca lompat-lompat. Begitu juga semasa saya baca Salju Sakinah dulu. Sebab kalau dah baca setiap hari, tak suspenlah masa baca novel betul :)

Berazam juga (azam di hujung tahun?) nak baca novel-novel lain yang sudah berkurun ada di rak termasuklah novel-novel ‘orang lama’ cerita tentang zaman tak berapa merdeka yang baru satu muka surat saya baca hati dah kata “tak nak” (huh berazam betul-betul ni). Juga mahu khatamkan beberapa buku autobiografi, buku motivasi, tulisan ulama dan tak lupa majalah-majalah yang dibeli setiap bulan tapi buat belekan beberapa imbas saja, termasuklah karya sendiri yang sampai sekarang pun saya tak baca balik. Hehe.

Ada satu lagi buku yang sudah beberapa bulan dibeli, buku fizik-Islami tulisan Malim Ghozali PK, The Profound Truth: Understanding Perfection. Saya sangat suka buku sains sebegini, atau sebaliknya, saya sangat suka buku agama sebegini. Seperti buku-buku Dr. Danial Zainal Abidin.

Sebenarnya, tak pastilah saya dapat habiskan atau tidak, memandangkan saya juga ada projek akademik yang perlu disiapkan, juga tugas-tugas lain yang perlu disiapkan. Tapi kita enjoy!

Selain maraton buku, saya juga nak buat maraton filem (yelah, tak kan nak tunggu cerita-cerita tu tertayang dalam mimpi. Wakaka). Sekarang sedang menyusun urutan juga. Rasanya nak menonton dulu Babylon A.D (harap-harap filem ini sebagus Die Hard 4) dan The Devil Wears Prada. Kemudian mahu tonton filem-filem lain, alahai saya memang selalu ketinggalan pun. Juga nak menonton drama Thai berbelas-belas episod, kalau rajin nak buat maraton satu hari. Saya suka drama thai, aktornya sangat handsome. Hehehe.

Sengaja post panjang. Jadi selepas ini mungkin lama tak update. Maklumlah sibuk membaca dan menonton. Kalau rajin bolehlah tulis review di Mandala Resensi: Ketika kami membaca dan menonton. Ehmm kalau rajinlah.

Pengalaman menghadiri seminar puisi tradisional di DBP semalam memang menarik. Kalau mahu baca pengalaman kami (dari sisi pandangan sayalah), sila klik di sini. Tentu saja ada gambar-gambar juga di situ.

Thursday, November 20, 2008

SAYA ANAK PERAK!

Dialog ini saya salin dari ruangan Sastera, Berita Harian

SEMPENA cuti sekolah, Ikah dan Ira balik ke kampung di Perak untuk tinggal bersama-sama opah mereka selama seminggu. Ikah dalam dalam Tingkatan Satu dan Ira masih dalam Darjah Empat. Kedua-dua mereka bersekolah di Petaling Jaya, Selangor.

Pada hari kedua, kedua-dua adik-beradik ini di kampung…

Opah: Ikah! Ajak adik naik, makan.
Ikah: Lauk apa opah?
Opah: Paeh anak marak sama tempoyak bocat.

Ikah mengajak adiknya Ira yang sedang asyik bermain di bawah, naik ke rumah untuk makan tengah hari.

Ikah: Ira, jom naik. Opah panggil tu, makan. Dia kata ada lauk anak burung merak.
Ira: Best tu, tentu sedap macam rendang angsa semalam. Semalam dah makan angsa, hari ni makan burung merak. Esok makan apa pulak agaknya?! Tentu benda yang best-best.

Setelah mengadap hidangan….

Ira: Kak Ikah! Mana gulai burung meraknya? Takde pun bawah sangai ni.
Ikah: Opah, mana gulai anak meraknya, takde pun bawah sangai ni. Kat dapur lagi ke? Biar Ikah tolong ambil.
Opah: Mana pulak peginya, tadi opah dah letakkan bawah sanga tu. Dah dilarikan kucing ke?

Opah datang ke meja hidangan dan mengangkat tudung saji.

Opah: Ni ha! Ada ni, bebungkus dengan daun pisang ni.

Ikah membuka bungkusan tersebut.

Ikah: Ini anak ikanlah opah, bukan burung merak. Kecik-kecik macam ni macam mana nak makan. Kepalanya pun ada lagi.

Opah: Inilah namanya anak marak, bukan burung merak. Mana nak coye burung merak. Kalau buang kepala, apanya yang tinggal, tulah kena masak semuanya. Kena makan semua sekali, tak payah buang kepala.

Ira: Mana dapat anak ikan banyak-banyak ni?
Opah: Pagi tadi mak nyah pergi sauk kat bendang. Sedap buat paeh ni. Ibunya Kimi dah kae, tu yang masak tempoyak tu. Ah! Apa tunggu lagi, senduk nasi tu makan le. Itu yang ada lauk orang kampung! Makan cepat karang sejuk pulak paeh tu, tak sedap.

Setelah selesai makan….

Ikah: Sedaplah paeh anak marak ni, opah… kan Ira?
Ira: Nasi sampai tambah tiga kali.
Opah: Tulah, lauk orang kampung sedap juga. Kome asyik makan kentaki aje, bukannya sedap sangat. Galok-galok le balik kampung. Bila cuti sekolah, suruh papa hantar balik rumah opah. Boleh selalu makan paeh anak marak.

perkataan condong berwarna biru maskudnya saya pun tak faham!

Oh tapi jangan salahkan saya, sebab Perak adalah negeri Melayu yang mempunyai paling banyak loghat. Sebab itu jangan kata seseorang orang Perak tu bukan orang Perak apabila dia bercakap lain daripada yang anda tahu. Kawan-kawan saya selalu suruh saya cakap Perak, saya cakaplah kow-kow punya, adeke deme kate saya menipu sebabnye saya cakap tak same macam kawan deme (yang orang Perak juga) cakap. Memangle ghope itu yeop! Loghat Perak bukan bukan setakat kepekatan 'r'nya saja. r=gh.

Loghat Perak sebenarnya terbahagi mengikut aliran Sungai Perak. Di bahagian utara loghatnya lain, tengah lain dan di hilir pun lain. Bahagian utara (Parit Buntar, Bagan Serai, Selama, Taiping dan yang berhampiran) loghatnya lebih kurang loghat negeri-negeri Utara. Air = ayaq, tukar = tukaq, lapar=lapaq, hampir sama saja dengan loghat Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kalau nak belajar lagi boleh tanya kak Salina Ibrahim. Hehe.

Bahagian tengah pula (Ipoh, Kuala Kangsar, Sungai Siput dan yang berhampiran) loghatnya adalah loghat yang paling sinonim dengan Perak. Maksud saya loghat ini adalah yang paling popular, cakap saja, confirm orang tau ini loghat Perak. Air = Ayor, tukar = tukor, lapar = lapo, pendek kata semua yang hujungnya 'ar' jadi 'or' dan 'a' jadi ' e' seperti sebutan 'e'nam. bila = bile, lama = lame, kata = kate. Satu lagi, 'as' jadi 'eh'. Sebutan 'eh' macam menyebut bol'eh'. Malas = maleh, tandas = tandeh. Senang saja, Kak Rai yang jarang-jarang balik kampung pun boleh cakap. Haha jangan marah.

Hilir Perak (Teluk Intan, Parit, Malim Nawar dan yang berhampiran) bagi saya loghatnya paling complicated. Kalau anda menonton Ta'in di tv3, latar yang digunakan Parit, tapi loghatnya lebih kepada kawasan tengah. Orang-orang kawasan ini masih mengekalkan 'ar' jadi 'or' seperti bahagian tengah tapi menyebut 'a' jadi 'e' seperti 'e'pal. Mana jadi mane ('ne' seperti menyebut nama 'Ne'pal), bila = bile ('le' = 'le'pak). Tapi jangan bimbang, kerana mereka tidak meyebut 'kota', tapi menggunakan perkataan 'pekan'. Hehe. Selain itu, mereka juga menyebut 'ai' jadi 'a'.Contohnya sungai = sunga, petai = peta, sampai = sampa. Kawasan ini jugalah yang paling popular dengan perkataan 'ate'nya, 'te' seperti menyebut 'te'mbak. Ate ni kalau nak tahu maksudnya, famili saya biasa sebut so.

Setakat ini saja kuliah bahasa hari ini. Berbalik kepada dialog di atas tadi, saya rasa itu loghat hilir Perak, mengikut kepada opah yang menyebut sangai sebagai sanga (lihat perkataan yang bold).

Selalu kawan-kawan minta saya cakap Perak, kononya nak belajar. Mungkin sebab saya membesar di Ipoh dan kemudian belajar merata-rata (sekolah asrama sampai U), loghat tu tak berapa nak ada, walaupun di rumah kedua ibu bapa saya tegar mempertahankan loghat masing-masing. Susah juga sebenarnya sebab banyak loghatnya. Saya bantai cakap Parit Buntaq baru tau. (kampung saya juga tu)

Wednesday, November 19, 2008

REUNION MUSIM CUTI

Alhamdulillah, secara tidak rasmi saya sudah mula cuti. Biasanya musim cuti @ cuti sekolah hujung tahun macam ni memang banyak reunion. Paling-paling tidak pun, reunion di kenduri kahwin!

Ada beberapa orang kawan-kawan sekolah saya (bukan saya ye) sudah dan akan bernikah musim cuti ini. Musim reunion bermula. Tapi kali ini mestilah suasana berbeza. Oh saya tak rasa pun yang saya sudah 'besar' bila ada kawan-kawan yang dah mula masuk alam baru, sebab saya tahu mereka yang kahwin awal. Hehehe. Saya masih muda remaja juga! Di kalangan kawan-kawan sekolah, saya memang antara yang paling muda. Ehem biasalah terlebih pandai (haha saja perasan sesekali). Sewaktu reunion kami tahun lepas (yang ini majlis reunion betul, bukan kenduri mana-mana), bahkan setiap kali jumpa di tepi-tepi jalan, sembang-sembang, memang ramai yang akan pesan supaya saya jangan kahwin dulu. Yelah2, saya tak langkah bendul. Tapi tak tahulah kalau jodoh sampai dulu. Ahaks!

Sekarang memang saya muda lagi pun, jauh lagi nak mengembara. Bahkan saya rasa saya masih tak layak pun untuk ditanya tentang soal pacar-kahwin ni. Hehe senyap-senyap sudahlah kan. Musim cuti macam ni kadang-kadang bosan juga berkumpul dengan saudara-mara, asyik-asyik soalan yang kearah macam tu. Tapi itulah, dalam keluarga besar saya, saya memang dalam golongan yang diperhatikan. Sepupu yang lain semua dah kahwin dan punya anak-anak yang ada sebaya saya pun! Jadi kalau setakat nak dapat gelaran gadis melayu terakhir memang tak payah kalut-kalutlah, confirm saya punya. Hehehe


Selamat pengantin baru, selamat masuk ke gerbang baru. Saya? Lambatttt lagi (kalau ikut saya lah=)

Saya sibuk main trivia sekarang. Isi masa lapang. disebabkan masa saya memang sentiasa lapang sekarang, saya asyik main ajelah.

Tuesday, November 18, 2008

TERAPI

Saya memang dah sampai tahap kronik ni. (hah ayat!) Penat sangat sekarang. Perlu selalu ingat yang saya terjaga, sebabnya kalau terlupa sikit, saya akan terfikir yang kalau saya sedang duduk, saya akan jatuh pengsan di lantai. dan sebenarnya masa saya sedang 'terfikir' tu saya sudahpun terlena! hahaha teruk teruk..

OK, sikit saja lagi.

Uh.. memanjat tangga kejayaan lah kan!

saja menulis sekejap, menulis kan terapi (?).

Tuesday, November 11, 2008

MENCONTOHI PEMIMPIN ULUNG

“Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Sudah lama sebenarnya saya menamatkan novel ini, tapi baru sekarang sempat menulis tentangnya. Sebetulnya, sejak mengetahui bahawa penulis hebat, Abdul Latip Talib sedang menukangi novel berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh ini, memang saya tunggu-tunggu kelahirannya. Akhirnya novel ini saya dapat percuma saja. Hehe. Terima kasih, Pak Latip.

Saya mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usia muda lela, menerusi sebuah pembacaan. Mengenali tokoh pemimpin dari golongan remaja ini membuat saya berkobar-kobar. Hey siapa kata dunia ini milik orang yang makan garam dulu saja! Memang saya selalu mencari-cari bahan bacaan tentang Sultan ini. Mungkin kerana kemalasan saya mencari atau kurang prihatin, memang saya jarang jumpa tentangnya...

Bagi saya, inilah tokoh pemimpin yang sebenar. Selepas Nabi Muhammad dan para sahabat, tentunya. Sultan Muhammad memimpin dengan teladan sejarah, belajar daripada contoh terdahulu, berani dan yakin pada Tuhan. Itulah sebenar-benarnya pemimpin! Bukan tidak ada politik kotor pada zamannya, malah hal-hal ‘main belakang’ memang ada pada zaman manapun, kebijaksanaan sahajalah yang mengatasi, dan paling penting adalah kebergantungan pada agama, iaitu Tuhan dan Rasul-Nya. Dua ciri inilah yang menjadikan tokoh ini begitu hebat di mata dunia. Keyakinan pada agama menjadikan beliau yakin untuk menakluk Konstantinopel yang menjadi kubu kuat kristian ketika itu dan menukar namanya kepada Istanbul, atau asalnya Islam bol (lebih kurang) yang membawa maksud Islam seluruhnya.


Beliau membina tembok, melatih tentera, malah melayarkan kapal perang di atas daratan! Oh kalaulah semua orang mengenalinya. Sesungguhnya setiap orang adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Bacalah, anda akan kagum dengan tokoh ini juga.

Malah sesuatu yang perlu dipuji tentang penulisan Pak Latip adalah cara santainya. Bertepatan dengan kata ‘novel’, Pak Latip menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Contoh paling baik ialah dalam novel sejarah Melayu beliau, Setelah Roboh Kota Melaka misalnya, tidak menggunakan sepatahpun perkataan arkaik yang selalu membuatkan kebanyakan remaja hari ini menjauhi sejarah. Jadi, sekarang tak wujud soal tidak suka membaca untuk remaja atau siapa sahaja. Jika ingin versi klasik, banyak bahan-bahannya, jika mahu yang moden pun sudah tersedia. Inilah masanya mendekati tokoh yang sebenar-benar tokoh.

Tuesday, November 04, 2008

SEBARIS KATA DI KALENDAR

Sekarang sudah bulan November. Jadinya sudah sebelas bulan di tahun 2008. Dalam bilik saya ada satu kalendar meja, selain latar-latar yang abstrak ada kata-kata pujangga di setiap bulan. Ada kata-kata Confucius, Albert Einstein dan ramai lagi, satu petikan kata daripada seorang tokoh setiap bulan.

Sebenarnya, saya tak pernah ambil peduli pun dengan kalendar meja tu. Selalu saja saya terlewat menyelak ke bulan baru. Sampailah ke bulan Oktober lepas, entah kenapa saya betul-betul tertarik dengan petikan kata pada kalendar itu, dengan latar belakang corak abstrak berwarna kuning.

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.
-eleanor roosevelt-


Saya pun tak tahu kenapa saya selalu tertarik padanya. Selalu saya kerling tulisan tersebut, dan kemudian mentafsir diam-diam dalam hati. Pendek kata sepanjang Oktober saya selalu fikirkan 'masa depan adalah milik mereka yang percaya pada impian?'. Saya bandingkan dengan hidup saya sampai kini. Hidup sekarang adalah hasil impian yang dulu? Ada jugalah.

Jadi teruslah berimpian. Kalau ikut pakar motivasi, bukan impian, tapi imaginasi. Yelah, ada class sikit. 'Impian' macam angan-angan yang terbawa dalam tidur saja, kan?

Pengajaran cerita ini: Buatlah kalendar dengan latar warna-warna yang 'menikam' seperti kuning. Hehehe salah tu, pengajaran yang lebih utama ialah berimaginasi dan berusahalah mencapainya!

Nota penting:
1) Eleanor Roosevelt rupa-rupanya ialah isteri kepada presiden amerika ke-32, Franklin D. Roosevelt, yang juga sepupu dari keluarga sebelah bapanya.

2) Petikan kata bulan ini adalah dari Louis Pasteur, pelopor teknik pempasteuran:
Simpan susu anda di bawah suhu 5 celcius walaupun susu itu sudah dipasteurkan. Let me tell you the secret that has led me to my goal. My strength lies solely in my tenacity.

Thursday, October 30, 2008

MENCARI

sedang mencari sumber inspirasi
(mana pergi ?)


Friday, October 24, 2008

SEPI

Selepas mengharung banyak hari yang sukar tanpa tidur (tidur dalam erti sebenar dengan meninggalkan semua kerja dan girang), makan (makan dengan tenang, sambil duduk tengok tv) dan rehat (dalam erti buat kerja sikit, rehat sikit, buat kerja banyak, rehat banyak. hehe), saya akhirnya dapat siapkan semua kerja dan adalah sedikit sisa-sisa masa untuk makan, tidur dan tenang-tenangkan hati. Seronok sebenarnya hidup begini kadang-kadang. Bila satu ketika kita terlalu sibuk, kita akan hargai waktu yang lapang dan tenang. Saya ambil masa sedikit tonton filem Sepi.

Bagi saya, filem ini bagus. Dengan idea yang segar, filem ini boleh diangggap berjaya. Saya suka dengan teknik satu peristiwa yang dikembangkan jadi kisah-kisah yang berbeza. Tabik springlah. Cuma semasa menonton, saya agak-agak untuk cerita eja dan tony, suami eja pun meninggal dunia kerana kemalangan juga. haha melampau betul. Mujurlah tak, kalau betul dah seperti kematian dirancang pula.

cerita berkembang dengan tragedi satu kemalangan. satu kemalangan yang membawakan semua penggerak utama bertemu. Ceritanya berkembang, sampai kembali kepada kemalangan tadi. Menarik! Tapi kalau tak silap teknik ini digunakan dalam filem Gangster, saya tidak menonton gangster, jadi saya tak pasti.

afdlin shauki dan vanidah imran, lakonan mereka berkesan sekali. mewakili cinta 'dewasa'.
tony eusof dan eja, babak mereka saya suka. sebab latarnya taman tasik taiping. hehe. lihat pokok-pokok yang dahannya melengkung memayungi jalan. cantik kan :)
baizura kahar, syed husen, piere andre ini cinta tiga segi si penyair yang tak sempurna seginya. babak mereka pun menarik. tak terduga. baizura kahar penyairnya. betulkah cinta seorang penyair tu begitu setia dan aneh?

dahulu, saya pernah menulis entri tentang wajarnya filem melayu malaysia memasukkan unsur-unsur puisi dan sastera seperti filem indonesia (saya merujuk filem love is cinta), nah, dalah filem ini unsur itu sudahpun dimasukkan. Watak baizura kahar sebagai seorang penulis teater sekaligus penulis puisi (tapi puisi yang kononnya ditulis itu puisi khalil gibran). Puisi khalil gibran ini seperti berlegar-legar sepanjang babak Imaan-Ean ini. Tapi minta maaflah, bagi saya satu pun tak ada penghayatan. Jauh beza dengan cara fauzi baadila berpuisi dalam Love is Cinta. Persoalan di sini mungkin suara agaknya.suara fauzi memang sedap baca puisi. macam saya, memang tak sesuai deklamasi. hehe. Tapi oklah. Babak ini juga adalah babak paling mengejutkan dan tak terjangka. Syabas.

Ini puisi sepi, saya jumpa di youtube, layan...


Wednesday, October 22, 2008

DIGABUNGKAN PUASA ENAM DAN PUASA QADHA?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hari ini 22 oktober, bermaksud sudah masuk 22hb Syawal. Lupakan adakah sekarang masih ‘raya’ atau tidak. Masuk ke 22 Syawal, maka tinggal beberapa hari lagi untuk sesiapa yang belum berkesempatan berpuasa enam (sunat Syawal) untuk melakukannya.

Selalu timbul isu atau salah faham, kepada golongan wanita terutamanya, tentang puasa enam dan puasa ganti (puasa qadha). Selalu kita dengar tabiat menggabungkan sunat Syawal dengan puasa qadha. Maka sebenarnya wujudkah situasi di mana puasa sunat Syawal dan puasa qadha disekalikan?

Dengan sedikit sela-sela masa yang ada, saya simpulkan hasil rujukan saya kepada pendapat-pendapat ulama’ dan berdasarkan dalil-dalil yang ada untuk sama-sama kita jadikan panduan dan ingatan untuk saya sendiri juga.

TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN DUA PUASA

1- Tiada dalil yang membuktikan Nabi Muhammad S.A.W pernah melakukan gabungan kedua-dua puasa sunat dan qadha ini ataupun menggalakkan para sahabat melakukannya.

2- Imam Syafie (al Umm) menolak penggabungan ini. Beliau berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibezakan ibadah puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qadha dan puasa tatawwu' (sunat-sunat).

Begitu juga pendapat Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) bahawa hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunat

3- Bekas ahli Lajnah Fatwa Iraq, Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy dan ulama Jordan, Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan gabungan pasti akan mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam

4- Pendapat lain menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat pula menyatakan bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Hal ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R : Muslim)

Hadith ini menggunakan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

5- Ada ulama’ yang berpendapat tindakan menggabungkan niat puasa sunat boleh merosakkan kepastiannya. Ini kerana amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ iaitu tepat dan pasti. Maka ulama’ yang mengizinkan penggabungan ini mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, sunat Syawal tidak diniat bersama tetapi dengan harapan Allah menerimanya.

Walaupun bersetuju, ulama ini tetap menyatakan dengan jelas bahawa tindakan menggabungkan kedua-dua puasa ini mengurangkan pahala sunat Syawal kerana tidak diniat dan dilaukan sepenuhnya. (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa)

BOLEH DIGABUNGKAN
Walau bagaimanpun, terdapat pendapat ulama yang membolehkan gabungan ini.
1- Terdapat beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar dan beberapa yang lain yang membolehkan penggabungan berdasarkan sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

2- Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha dibulan Syawal beroleh double bonus iaitu dia beroleh pahala puasa qadha, dan pahala puasa sunat Syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari Isnin/Khamis; dia juga mendapat pahala sunat Isnin/Khamis.

3- Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla)juga bersetuju berdasarkan tidak ada nas atau dalil nas yang menegah, Rasulullah S.A.W tidak menyuruh kita kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu sebelum berpuasa enam.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha pada bulan Syawal, tetapi menyempurnakan puasa sunat Syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadhanya di bulan lain.
Aisyah R.A menyebut:
Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

Kesimpulannya, adalah tidak wajar menggabungkan puasa sunat (puasa enam) dengan puasa wajib (qadha). Walaupun terdapat pendapat yang membolehkan gabungan ini, mereka tetap menolak berniat kedua-duanya sekali gus. Apa yang dibenarkan ialah yang disebut double bonus dan begitu juga atas alasan rukhsah. Apapun, atas kehendak Allah juga semuanya. Sekadar simpulan saya yang serba kurang tahu. Wallahu a'lam.

Rujukan saya:
http://soaljawab.wordpress.com/
http://www.islamonline.net
dan rujukan-rujukan lain.

Saturday, October 18, 2008

PENULIS

Salam syawal. masih lagi hari raya nampaknya, rumah terbuka sana-sini. masa awal cuti raya, saya tanya pada anak saudara jika dia ada peperiksaan, sebab lepas raya ni memang musim periksa. katanya, periksa lepas raya. saya kata, habis tu sekarang ni lepas rayalah. dia kata, raya kan sebulan... alahai, saya tak balas apa dah. raya tu sebulan? tak kisahlah.

penulis tidak glamour?

akhir-akhir ini kawan-kawan saya teruja betul dengan ayat-ayat cinta. asyik layan filemnya. saya kata, kalau baca novel lagi best, ada macam-macam dalam novel tebal tu. mereka semuanya terkejut, oh ada novel ayat-ayat cinta ke? alamak, part ni yang tragis sangat ni. sampai tak tahu yang ayat-ayat cinta tu asalnya sebuah novel. sedangkan di awal filem tu ada ditulis pun 'from the novel by habiburrahman el-shirazy'. kasihannnnn penulis.

seorang sepupu tanya saya, kenapa minat puisi? bagaimana mulanya? saya belum pun beri jawapan. ada jawapan yang sentiasa ada dalam hati saya, dan jawapan itu tak pernah saya berikan kepada sesiapa. hanya untuk saya saja. kerana saya tahu, bukan semua orang akan faham. di sekeliling saya pun bukannya ramai yang mendokong, kerana itulah hanya beberapa orang yang rapat saja tahu apa yang saya buat selain apa yang sama dengan orang lain. sepupu saya yang bertanya itupun dapat tahu kerana mak saya yang bocorkan rahsia. huhu

Manfaat Pengalaman
Kebenaran yang agung ada pada kita
Panas dan dingin, duka cita dan penderitaan,
Ketakutan dan kelemahan dari kekayaan dan raga
Bersama, supaya kepingan kita yang paling dalam
Menjadi nyata
Maulana Jalaluddin Rumi

Wednesday, October 15, 2008

KEMBARA CARI TULISAN

kerana aku pencinta, yang menjaga warisan
kerana aku pewarisnya, yang sayangkan tulisan

Sunday, October 12, 2008

BUKA RUMAH

kalau di Perak, hari raya adalah hari berziarah. sesiapa saja boleh datang, bila-bila. dengan syarat tuan rumah ada di rumahlah, kalau tak ada orang tak boleh juga.hehe
kalau di lembah kelang, jarang sekali wujud istilah ziarah hari raya. hanya banyak istilah rumah terbuka. tuan rumah akan menjemput kawan-kawan datang beraya. kiranya tetamu datang dengan jemputan saja. ini hasil pemerhatian dan perbincangan saya dengan saudara mara di sekitar ini.

apa-apapun, makan tetap makan. hehehe. jangan terlebih makan sudah

Thursday, October 09, 2008

KEPALASUDAHSTABIL

masa muda-muda dulu, tingkatan tiga, kepala saya terhantuk tiang batu bawah tangga dekat asrama. luka sebelah kiri. setakat ini itulah luka yang paling teruk saya dapat, lukanya sikit, tapi darah banyak sampai habis tisu sekotak. terpaksalah pakai plaster dan saya akan sentiasa jalan menunduk dan tangan tutup luka, supaya orang tak nampak dan tak banyak tanya.

semalam, kepala saya terhantuk dalam bilik air. luka sebelah kanan. mujur juga saya ni jenis yang keras kepala kepala keras,luka sedikit, darah tak banyak. jadi tak perlu pakai plaster. cuma saya selalu terlupa yang kepala saya sedang luka. tempat luka yang semakin kering tu pula selalu gatal. jadi, apabila tempat luka gatal dan saya pula terlupa yang kepala saya luka, saya akan garu sekuat hati. aaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh. gila. bila entah benda ni nak baik.

Sunday, October 05, 2008

RAYA

raya di Ipoh, tanah tumpah darahku. raya pertama di rumah saja. sambut saudara-mara yang datang berkampung. rumah saya dah jadi macam kampung sekarang. seronok! lagipun secara rasminya saya memang dah tak ada datuk dan nenek, jadi hanya ada pak cik, makcik, dan datuk-nenek saudara. sebab itu berkumpulnya pun merata-rata, tak ada satu spesifik tempat yang dinamakan 'kampung'. mula malam raya barulah beraya ke rumah saudara sekitar Ipoh.

raya kedua, jalan-jalan jumpa saudara sekitar Perak di luar Ipoh. Ada rumah yang kami pergi, tak ada orang. begitu juga rumah kami yang orang datang, kami tak ada. keluarga saya memang tak suka buat temu janji untuk beraya. bagi mereka hari raya adalah hari untuk bertemu saudara-mara, lagipun tak mahu menyusahkan tuan rumah. memang kami pun tak kisah, kalau kami ke rumah dan tak ada orang, kami pergi ke rumah lain pula.

raya ketiga, hehe ini dinamakan sesi orang muda. jalan dengan sepupu. tapi saya rasa lebih tepat lagi, ini sesi menghabiskan duit raya. ish ish ish. lepas shopping, saya demam. wakakaka asal raya aje, saya demam!


raya keempat, rasanya ini sesi orang veteran kot. mereka beraya, saya yang dah demam ni memang duduk di rumah saja. sepupu yang tak demam pun duduk di rumah juga. hehe. jadilah rumah itu dunia kami.

raya kelima, sudah-sudahlah beraya tu. cuti pun habis.

jangan tak tahu, duit raya saya sampai tiga angka juga. hahaha macam tak percaya, dah besar-besar pun duit raya banyak. tapi dah orang bagi, ambil jelah. tapi duit raya yang banyak tu pun tinggal sikit saja, saya dah shopping buku hari tu.

jeles tengok sepupu-sepupu seangkatan sudah mula jadi pemberi duit raya. saya pun bagi duit raya juga, tapi pada adik saya saja. itupun, tiba-tiba dapat idea bagus punya, saya tukar 'duit' raya tu kepada empat buah novel kanak-kanak Pak Samad. hehehe muka dia macam tension je sebab tak dapat duit. haha.. saya peduli apa, kalau bagi duit, confirm beli mercun atau mainan.

Wednesday, September 24, 2008

SALAM RAYA


Salam Aidilfitri
Mohon maaf kalau ada tersalah kata atau terbuat apa-apa, ketahuilah yang itu tidak sengaja :)

Semoga beraya dengan iman dan gembira!

Monday, September 22, 2008

GILA-GILA HARI RAYA

seminggu ini, akan jadi minggu gila-gila. sebab terlalu banyak kerja. sangat banyak, nasib baik due date semuanya tak sama, ada isnin, ada selasa, ada khamis, ada yang tak spesifik tapi mesti cepat, ada yang macam-macam. Adoi

tapi semuanya habis minggu ini saja, sekurang-kurangnya sebelum mula cuti raya hari khamis. eh tapi tak tentu juga, sebab belum balik pun lagi dah tau listing kuih yang nak kena buat. Adoi

dua-tiga malam ni akan jadi malam burung hantu -tapi tak juga, burung hantu tidur siang (yeke?).

saya bukan jenis yang dedicated sangat sebenarnya. bila kerja terlalu banyak, saya tak pernah pun fokus untuk siapkan semuanya. tapi kerja-kerja itu semuanya akan siap (kadang-kadang with on timesome emegency time), saya tak tahulah macam mana boleh siap dengan jayanya, mungkin saya ada magik.hahaha. yang pasti dalam timbunan kerja-kerja tu saya masih boleh buka pc dan buat benda-benda yang saya suka. atau kadang-kadang saya boleh berkarya juga! oh ilham, mengapa kau datang sekarang?

emm kan saya dah kata, saya bukan jenis yang dedicated sangat. dalam dok komplen sibuk tadi, saya boleh tulis update untuk blog ni...

tak faham betullah!

ok ok. nak mula fokus dan serius ni


Wednesday, September 17, 2008

OH PUISI ...

aku yang pernah
engkau kuatkan
aku yang pernah
kau bangkitkan
aku yang pernah
kau beri rasa
saat ku terjaga hingga ku terlelap nanti
selama itu aku akan selalu mengingatmu

kapan lagi kutulis untukmu
tulisan-tulisan indahku yang dulu
pernah warnai dunia
puisi terindahku hanya untuk mu
mungkinkah kaukan kembali lagi
menemaniku menulis lagi
kita arungi bersama
puisi terindahku hanya untukmu

Selepas kumpulan nasyid Tashiru, sekarang saya memang suka sangat dengan lagu-lagu kumpulan indonesia, Jikustik. Saya selalu memandang lagu-lagu mereka ini sebagai lagu-lagu yang bermaruah, ada cinta-cintan juga, tapi cara penyampaiannya lain. Saya kenal Jikustik awalnya dengan lagu Pandangi Langit Malam Ini, tapi selepas mendengar lagu-lagu Jikustik yang lain, sekarang saya betul-betul terpikat dengan lagu Puisi. Masuk terus ke hati. Memang best! Mungkin sebab aura puisi kot. hehe. Kalau nak dengar, boleh layan video ini, video klip lagu ini pun bagus.



Salam Ramadan Kareem!

Sunday, September 14, 2008

HARI BUKU

pagi tadi, saya ke KL, jumpa dengan Kak Safi, rakan sebilik semasa MPR 2006 dahulu. kebetulan kak safi datang dari kuantan, dah lama tak jumpa, jadi kami putuskan jumpa di masjid jamek. saya sampai di KL Sentral lebih kurang pukul 10. alamak awal lagi tu, janji pukul 11. saya pun merayau-rayau, tengok orang tengah shooting. tak pastilah siapa, nampak macam ramai india, tapi macam hansem je heronya, hindustanlah kot. tapi muka tak familiar pun, bukanlah tu.

saya buang masa di Niles Books, tengok apa yang menarik. semua nampak tak menarik. sudahnya saya duduk di kerusi depan niles books tu dan baca Sassatul Ibaad yang memang saya baca sepanjang perjalanan tadi. kemudian jalan-jalan di tingkat bawah, ada CESB buat sales, saya beli banyak juga novel allahyarham A. Samad Ismail. hampir jam 11 baru saya ambil LRT ke masjid jamek.

kami pun merayaulah di celah orang ramai yang nampaknya macam tengah shoping raya. jalan sana-sini, sudahnya masuk ke Minerva Bookstore, lama betul di situ. kak safi memang borong sungguh-sungguh, rupanya di kuantan memang susah nak jumpa kedai yang jual buku-buku yang bagus. jadi datang ke KL, dia lepas geramlah!

lepas tu, kami masuk pula kedua-dua kedai Pustaka Mukmin. Wah memang banyak buku-buku yang bagus. saya beli sebuah saja, itupun sebab buku yang saya cari nampaknya belum sampai.

jalan punya jalan, jam sudah pukul 1 lebih. bas kak safi pukul 3. jadi kami berpisah haluan, kak safi dan adiknya ke pudu, saya terus ke stesen LRT. saya beri kak safi novel Hud karya A. Samad Ismail. di KL sentral nanti boleh beli lain.

dalam bas balik, memang sendat. gerun juga berdiri dengan kebanyakannya rakyat asing tu. ada seorang lelaki indonesia cuba sentuh-sentuh seorang perempuan cina yang sedang duduk, perempuan tu menjerit (bercakap kuat sebenarnya) dan lelaki tu cuba bela diri tapi kemudiannya dia lari turun bas. pemandu bas tu warning dekat orang lain, jangan nak buat tak senonoh. lega juga dengar ke'jantan'an pemandu bas tu. tapi saya dah seram, keliling saya ramai lelaki pendatang yang berdiri, ada juga dua tiga perempuan dan seorang lelaki melayu.

wah lelaki melayu itu rasanya seperti Tun Putih, sepupu merangkap kekasih hati Tun Kudu, ketua Barisan Demak yang menjaga keamanan dan kehormatan meleka. Tapi kalau dalam cerita ni saya Tun Kudu, tentulah jodoh saya dan Tun Putih itu tak kesampaian, kerana Sultan Muzaffar Syah ada menunggu. tapi kalau betullah dalam cerita ni saya Tun Kudu, saya tak akan sesekali berkorban dua kali!! Biarlah ceritanya habis dengan happy-ending bersama Sultan. hahahah melalutnya!

memang penat sungguh. tapi sampai shah alam, sempat pulak saya singgah MPH. balik rumah, memang penatnya macam nak pengsan. lepas solat asar, saya baring dan terus terlena. hahah nasib baiklah sedar masa berbuka.

untuk yang rindukan kelibat kak safi, gambar ini saya ambil dari belakang. orangnya masih comel lagi. hehe. tekalah yang mana...

Wednesday, September 10, 2008

SAKIT YANG SEMAKIN TERUK

Akhir-akhir ini, entah kenapa, saya semakin sakit dengan akhbar tempatan. saya baca berita harian, jadi muak, baca utusan, jadi geram, baca malaysiakini, muak dan geram lagi, baca harakah, tak ada perasaan, dan macam-macam lagilah.

saya beralih ke segala macam laman web gosip artis di internet, murai ada, mangga ada dan macam-macam ada. tapi masuk dua hari, saya memang yakin laman-laman tersebut memiskinkan diri. saya berhenti saja. sekarang, saya hanya baca (di internet) utusan di seksyen sastera, megabait dan sikit-sikit hiburan (hehe baca juga hiburan sekali-sekala), begitu juga dengan berita harian. dan saya akan layari dulu laman BBC UK, tengok di seksyen asia-pacific, kalau-kalau ada berita tentang malaysia dari sudut pandang 'orang luar'. tapi akhir-akhir ini tak ada pun berita malaysia :)

ini semua gara-gara berita politik yang saban hari di halaman depan. nak buat macam mana, sudah memang saya tidak sukakan politik malaysia. tapi walaupun tak suka, saya tetap ambil tahu dan diam-diam menilai sendiri. cuma kali ini, mintak maaflah, saya berhenti sekejap

Thursday, September 04, 2008

LAYANG-LAYANG

Saya sudah mulakan cuti hujung minggu hari ini. Tapi saya ada banyak kerja perlu diselesaikan. haha itu kan tanggung jawab yang biasa. tapi malam ini, saya rehat-rehat dulu, perancangannya nak menonton lagi The Kite Runner. Rasanya sudah lima kali saya tonton filem ini, ceritanya begitu mengesankan. Bagi saya, pelakonnya seolah-olah memang dilahirkan untuk wataknya. terutama watak Hassan semasa kecil. melihat mukanya saja sudah tersentuh hati. saya belum membaca novelnya, tapi memang berkira-kira untuk mencarinya.

gambar ini saya ambil di PCB, angin memang kuat, tapi segan pulak nak main sebab tengok yang main semuanya budak-budak sepuluh tahun kebawah

sekarang, saya teringin sangat nak main layang-layang. Aduh nak main kat mana ni...

--------------------------------------
Salam Ramadan,
saya terkenang sebuah hadis yang disebut dalam novel Faisal Tehrani, Tuhan Manusia:


"akan datang sebuah masa atas umatku di mana mereka tidak mengenal ulama kecuali dengan busana yang indah. mereka tidak mengenal al-Quran kecuali dengan lantunannya yang merdu dan mereka tidak menyembah Allah kecuali di bulan suci Ramadhan. maka jika hal ini terjadi Allah akan memerintahkan atas mereka penguasa yang tidak memiliki kelayakan, kesabaran dan belas kasihan"

Tuesday, September 02, 2008

SEPTEMBER dan ...

saya membelek-belek Dewan Masyarakat terbaru. Sebuah puisi saya termuat di ruangan 'Sajak'nya. Terima kasih editor, kerana sudi menyiarkan karya saya. Sebuah puisi yang awalnya saya tulis lama selepas Nargis, tapi kemudian Fengshen pula tiba.

Sepanjang beberapa buah karya saya yang tersiar di media cetak, puisi inilah yang setakat ini paling banyak diedit oleh editornya. Malam ini, saya membaca puisi yang tersiar itu betul-betul dan saya bandingkan dengan puisi asal yang saya hantar kepada editor. waahhhh ada lebih lima tempat yang diedit, tak termasuk tanda-tanda baca yang awalnya ada tapi ditiadakan.

Ada satu kesalahan tatabahasa, memang salah saya. Terima kasih editornya kerana membetulkan. Ada dua tempat imbuhan yang awalnya tiada, tapi kemudian di'ada'kan. Saya menerimanya dengan lapang dada, mungkin imbuhan itu sesuai dengan ayat bahasa Melayu yang betul.

Ya, saya akan belajar daripada kesalahan-kesalahan ini.

Cuma saya agak terkilan dengan perubahan susunan perkataan dalam baris-baris tertentu. Awalnya warna-warna duka menjadi warna-warni duka. Paling saya terkilan ayat atau tua seorang wanita diubah menjadi atau seorang wanita tua. Hmmmm

Friday, August 29, 2008

MENGANYAM PERTEMUAN

zaman internet, biasalah, apa-apa pun ada 'pro dan kon'nya. bagi saya, internet banyak memudahkan. masa awal-awal internet popular, yang paling menarik bagi saya ialah emel dan chating. masa tu paling popular MiRC. YM pun masih belum establish lagi. selalu saya dan kawan-kawan sekolah berhubung melalui emel dan chating. kami akan ramai-ramai chat dalam channel sekolah di MiRC. saya tak pasti siapa yang buat channel tu, tapi di situ barulah kenal dengan junior dan senior. walaupun sekolah asrama, bila cuti sekolah, kami akan suka-suka berhubung dengan emel. memang kelakar. waktu itu masih kanak-kanak rebina emel pun baru-baru buat, memang gembira cuba satu bentuk perhubungan baru.

dengan emel dan chat, bukan saja berhubung dengan kawan-kawan sekolah, malah kadang-kadang dapat ramai kawan baru. dalam ramai-ramai kawan baru tu, ada seorang yang masih lagi berhubung denga saya. kami kenal dengan chating (rasanya), kemudian dengan emel. kami lebih kurang sebaya, dia di johor, saya di perak. kebetulan dua-duanya sekolah asrama, jadi kami hanya berbalas-balas emel. itupun memang lambat sangat, yelah cuti masing-masing tak sama. mungkin dia emel saya minggu ini, tapi cuti saya sebulan lagi, jadi sebulan lagi baru saya balas, begitu juga dia, bila dia cuti, baru balas. seronok. bersembang dengan orang yang kita tak kenal.

entah macam mana, persahabatan yang 'aneh' ini boleh kekal sampai sekarang. seingat saya sewaktu form 5, lama juga terputus hubungan, selepas SPM ada juga bersurat-surat. tapi sekarang (bila teringat) kami berhubung dengan telefon. tapi baru-baru ini, dia hubungi saya, rupanya dia di shah alam, saya juga di shah alam. jadi entah macam mana kami rancang berjumpa. akhirnya jumpa juga. bila difikirkan, unik juga, kami sudah kenal lebih 5 tahun, saya berkali-kali ke johor dan dia juga ada beberapa kali ke perak. sampaikan saya tak pernah terfikir pun yang kami akan jumpa. tapi itulah, zaman teknologi, walaupun tak bersua muka, kita akan rasa seperti sudah kenal lama. tambah-tambah lagi sekarang, dengan blog dan segala macam friendster, facebook kita boleh 'kenal' orang yang kita tak pernah jumpa.

sekarang ni, saya sedang menyemak emel-emel lama yang masih 'tersimpan' dalam emel. baca kembali emel-emel 5,6 tahun lepas, dengar balik lagu-lagu dan gambar-gambar yang pernah dikirimkan. melalui satu demi satu babak 'filem lama'. banyak yang perlu dilupakan. melupakan kenangan tak semudah men'delete' emel. saya boleh delete emel-emel yang perlu dilupakan dengan satu klik, tapi saya perlu masa yang panjang untuk perlahan-perlahan menghapukan kenangan. hari ini biarlah saya baca, dan saya akan delete mana yang perlu, dari emel dan kepala :)

Sunday, August 24, 2008

SUDAH PULANG KE BUMI

ya. saya sudah ada umur baru.
pesanan saya kepada diri sendir: sedorle diri tu, mike dah besor.

saya sedikit sibuk, bukan sedikit, sangat sibuk. tapi saya masih sempat online dan update blog.haha. dah memang bidang saya berkaitan komputer, jadi saya sibuk di depan monitor.

saya dah lama tak ada karya rupanya. baru tersedar diri. apa daa, tak apa - tak apa. lepas ni mungkin kurang sibuk depan monitor, jadi saya akan menulis depan monitor. ye ye je.
tapi, seorang sahabat yang dekat tapi jauh menghadiahkan sebuah puisi untuk hari lahir saya. ya ya sangat terharu.

Rentak nadiku
seakan memutar memori
membuai seribu rasa merimbun
sejernih rona bunga pagi

bunga itu harum, ku sisip kemas ke bajumu
agar ia mekar mewangi
menyegar alam yang akan engkau lewati

sekalung nafas suci ku tiupkan di setiap jejakmu
agar dirimu basah dalam rahmat-Nya
menyusuri rentak alam indah dunia
yang pasti menjanjikan duri yang berbisa

duri itu jika bisa akan ku berikan penawar
suapaya pelangi setia mewarnai hidupmu...

terima kasih naa, tahun depan buatla lagi. hehe!!!

Sunday, August 17, 2008

Tuesday, August 12, 2008

PENYAMUN (lagi)

saya dan mak di halaman rumah ketika dua orang lelaki tak dikenali memanggil dari luar pagar besar. saya dah mula curiga. mereka mulanya bercakap secara baik, tapi intuisi hati saya seolah-olah boleh membaca niat tak baik mereka.

segalanya begitu pantas, saya dan mak lari ke dalam rumah dan bersembunyi di bahagian ruang tamu. ayah ada di dalam bilik. itu sajalah satu-satunya lelaki yang ada dalam rumah waktu itu. saya mengintai dari celah tingkap, dua lelaki tadi keluarkan pistol dan menembak bertalu-talu kemudian mereka serbu masuk rumah. saya hanya ingat: polis. saya dail 999 melalui handphone, tapi saya sendiri tak sedar bila saya laporkan hal ini kepada polis. saya juga tak sedar bila saya cuba panggil ayah (rasanya melalui handphone)

sedar-sedar ada 2 kereta polis sampai dan serbu masuk rumah. kemudian mereka berkas ramai suspek. sangat ramai, hampir berbelas-belas orang, saya sendiri tak tahu bagaimana orang seramai itu boleh ada dalam rumah saya. tapi saya lega bila polis bawa mereka pergi, cuma saya berharap dua lelaki yang betul-betul merompak tu akan dihukum (ialah, dengan komplikasi mahkamah negara sekarang ni, tak mustahil orang salah boleh bebas).

banyak yang pelik, dan perjalanan terlalu cepat. sedar-sedar, saya di katil. mana tak mimpi yang bukan-bukan. tidur dengan bantal entah ke mana, kertas bersepah-sepah atas katil dan laptop yang masih terpasang.

huh mujur hanya mimpi. na'uzubillah min zalik!!!

Sunday, August 10, 2008

SESI REHAT

Hujung minggu yang panjang, tapi mejadi sekejap. sejak akhir-akhir ini saya rasa seperti hilang fokus.haha apa daa. kerja memang banyak, maka saya isytiharkan hujung minggu ini sebagai sesi penenangan hati.hahaha. tapi sebenarnya, taklah seindah namanya pun. hari jumaat -siapkan beberapa tugasan trtangguh sampai ke pagi, sabtu -rehat dan jalan-jalan shoping tingkap, tapi taklah sekadar tingkap saja, beli juga barang-barang. ahad -ada program dari pagi ke petang. alahai penatnya. esok, isnin -kerja masih menimbun. malam ni kena cari sumber-sumber motivasi. moga minggu depan lebih bermotivasi.yaa

sesi penenangan hati itu, rasanya lebih baik saya namakan sesi apresiasi indonesia! haha. mana taknya, saya layan puisi chairil dan puisi terjemahan indonesia khalil gibran (baca dua-tiga buah saja pun), kemudian saya tengok filem love is cinta, filem dah lama, baru terasa nak menonton, dan sepanjang hari saya layan lagu-lagu tashiru.

menonton filem love is cinta, tak habis pun, separuh saja, yang pasti saya terpegun dengan part fauzi baca puisi kunang-kunang. kemudian, saya lihat-lihat di internet, ramai yang menyukai babak puisi itu, malah ramai yang suka puisinya. bukan komen baik dari indonesia saja, malah ramai orang malaysia juga suka. produksi filem malaysia juga wajar buat begitu. masukkan puisi dalam filem, seperti mana perlunya lagu dalam filem. tak apalah puisi jiwang pun, asalkan bukan puisi ntah apa-apa.

Friday, August 08, 2008

BERFIKIR DI LUAR KOTAK

sebelum apa-apa, ini bukan entri promosi. hanya tulisan pendapat =)
saya mahu ulas sedikit tentang antologi terbaru Mantan MPR, Kacak-Jelita. antologi ini sememangnya adalah antologi gila-gila. seperti taglinenya: antologi paling sensasi dalam sejarah penerbitan antologi!

antologi ini mengumpulkan 15 cerpen tulisan 15 penulis terpilih, dan penulis-penulis ini terpilih bukan hanya kerana bakat penulisan mereka yang luar biasa, malah juga kerana wajah mereka yang kacak dan jelita. memang kedengaran tak masuk akal. bahkan seperti taglinenya juga, antologi ini nampaknya sudah membangkitkan kontroversi apabila nampaknya seperti ada mantan MPR yang tidak puas hati (seperti yang boleh dibaca pada blog rasmi MPR).

tapi sebenarnya, saya rasa ramai mantan yang tidak kisah.
secara peribadi, saya gembira dan bangga dengan antologi ini, walaupun saya tak tersenarai (hehe) tapi antologi ini membuktikan kita mampu buat sesuatu yang luar biasa.

nampaknya
sebuah kotak pemikiran sudahpun di pecahkan. hasilnya? menerusi kacak-jelita, sudah banyak cadangan-cadangan dan idea-idea baru daripada para senior MPR yang berpusu-pusu meluahkan kelainan contohnya
-antologi kaya-raya (untuk penulis yang ada wang lebih dari 100k dalam akaun bank mereka)
-antologi yatim-piatu (untuk mereka yang yatim piatu atau yatim atau sebatang kara)
-antologi kerajaan malaysia (untuk alumni mpr yang kerja dengan kerajaan, yang ini mungkin boleh menarik pembaca politik)

(ini idea abg Saharil)


-Antologi cerpen2 dlm Dewan Siswa yg dilupakan.

(idea ust Zaid Akhtar)

-Antologi Karya-karya yang Tak Sanggup Aku Nak Ingat
(idea abg Salman Sulaiman)

-Antologi Surat-surat

(idea kak Salina)

bahkan banyak lagi idea baru yang keluar. kerana tak logiknya penulis dikumpulkan mengikut paras rupa, keluarlah pelbagai lagi cadangan yang tak logik tapi munasabah (macam mana tu, hehe). inilah lebihnya berfikir di luar kotak!!

nota:
1) untuk lebih memahami entri ini, sila baca dahulu Nota Hujung Kacak Jelita di sini
2) antologi ini boleh dibeli daripada penulis-penulis yang tersenarai

Tuesday, August 05, 2008

BERDAKWAH ITU BAGAIMANA?

saya memang bukan manusia 'baik'.tapi saya juga sedar ada tanggung jawab untuk dakwah. hehe bila saya sebut 'dakwah', bukanlah maksudnya saya bagus, kerana bagi saya, manusia tak akan mencapai tahap 'sempurna'. jadi kita perlu saling ingat-mengingatkan.

saya seorang yang tak suka bercakap di depan. saya tak suka bagi ceramah. hehe.memang tak ada orang yang suruh saya bagi ceramah pun, cuma masa zaman sekolah, masa muda-muda dulu, bila disuruh bercakap di depan junior, persis seorang senior yang sudah khatam ilmu agama, saya memang failed! kalau dalam usrah, boleh jugalah sikit-sikit.

tapi masuk universiti, saya tak join usrah pun.sebab saya lihat usrah di universiti saya nampak sedikit memaksa. maaf, jangan ambil hati dengan ayat ini, saya berbahasa denga telus (macam mana nak tulis dengan halus ni), saya ada ramai kawan yang ber'usrah' juga. cuma saya tidak berapa suka dengan cara di unniversiti saya (universiti saya ya) yang nampak seperti banyak memaksa, dan saya tak suka dipaksa-paksa.

jadi berbalik pada perenggan pertama, pengenalan saya dah melalut nampaknya ni. straight to the point, bila-bila bosan, saya suka masuk chatroom. saja cari kenalan baru. dan di samping itu boleh juga berdakwah!
haha inilah cara yang saya suka, selain CUBA menulis yang baik-baik.selalu kalau masuk chatroom, mungkin akan jumpa manusia yan tak senonoh. samada dari malaysia atau luar negara. kalau ada orang yang ajak saya chat benda-benda tak senonoh, saya mula buat sesi pembasuhan fikiran. saya suka buat macam tu. sebab orang tu tak kenal saya, saya tak kenal dia. jadi peluang untuk menasihat dengan tenang tu lebih besar.

bergantung, kadang-kadang nasihat sikit, ada yang minta maaf. ada juga yang lawan balik.apapun, sekurang-kurangnya saya sudah lakukan amar makruf nahi munkar. moga-moga usaha kecil itu boleh diredhai Allah.siapa tahu kan?

sekejap tadi, saya terchating dengan seorang manusia ni. mulanya, dia ajak chat yang bukan-bukan. saya katalah saya sayang pahala saya. dia pula balas dengan persoalan akidah. katanya saya gila pahala, dan mula persoalkan tentang apa perlunya pahala, kenapa mesti jadi gila pahala dan sebagainya. kemudian soalan-soalannya sudah berjangkit hal-hal tauhid, bercakap soal kalimah syahadah dan sebagainya. aduh. ini dah parah. saya hanya kata, kena jaga amalan sebab kita tak pernah tahu kita akan mati bila. dia sudah bangkitkan hal perbezaan tuhan dan Allah. dan katanya saya ni belajar pun tak habis, cuba ambil tugas malaikat, rukun iman pun tak khatam. ish ish ini sudah lebih. dahlah mata saya mengantuk.

sejujurnya ini adalah cabaran. ini baru dakwah dalam chatroom. bukan jadi penceramah. hehe. dengan manusia tadi tu, saya berbincang dengan dia apa yang termampu, saya tahankan hati baca hujah-hujahnya. sedangkan tangan saya dah menggeletar tahan marah. jantung saya pun dah rasa macam nak gugur. tapi akhirnya, dia pun tak nak mengaku kalah. dia pula kata saya sesat. ish ini dah parah. akhirnya sesi chating tu tergantung begitu saja. saya cuba guna ayat yang baik, dan tidak asyik-asyik 'menyerang'. ada ke patut, saya pula kena cop sesat? aik. tapi memang, manusia ada ego sendiri. mungkin dia tak mahu mengaku silap. saya pun tak harap yang dia akan mengaku silap pada saya. cukupla dia sedar dan insaf. walaupun sekejap. mungkin nanti dia akan fikir balik.

inilah sebenarnya malaysia, sebuah negara islam. masih ramai warganya yang begitu. tugas kita semua, adalah ajak kepada kebaikan, larang yang buruk. itu adalah tanggung jawab semua umat islam. kita perlu saling mengingatkan. kalau Allah turunkan bala, kita semua terkena.walaupun saya bukan 'ustazah' tapi saya boleh bezakan mana baik, mana tak. saya yakin semua orang pun boleh. jadi jom kita saling mengingatkan. guna cara bwah sedar pun tal apa. selemah-lemah iman tegur dengan hati -asalkan tanggung jawab selesai =)

Sunday, August 03, 2008

SELEPAS DISKUSI

Tak tahu macam mana nak mula cerita. Semalam yang gembira. 2 Ogos 2008. Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja.

Pagi-pagi saya dah bertolak ke DBP. Sampai lebih kurang jam 9. Agak terlambat jugak sebenarnya. Niat di hati nak sampai pukul 8. Nak buat macam mana. Masalah logistik. Mintak maaf sahabat-sahabat urusetia!

kata orang, ini geng-geng solo.hehe

Sampai DBP, ramai peserta yang sudah hadir. Kawan-kawan dan senior-senior MPR pun dah ramai juga. Saya pun daftar diri dan tolong apa yang patut. Tak tolong apa pun, settingkan slide dan multimedia. Kemudian duduk atas pentas menjadi ‘penunggu’ laptop. Kelas gitu. Pasangan pengacara hebat Kak Hani Salwah-Azree Ariffin pun hanya di bawah. Hehe

Kehadiran bagi saya begitu memberansangkan. Peserta ramai, cuma kehadiran mantan MPR kurang sedikit berbanding diskusi tahun lepas. Terharu juga rasanya apabila nama-nama besar seperti Prof. Amida Abdul Hamid dan Ketua 1 PEN, Puan Mahaya Yassin sudi datang. Sempatlah juga saya mintak tandatangan Puan Mahaya pada kumpulan pusi terbaru beliau. Ambil peluang=)
semua mantan yang hadir, (kecuali kak rai yang balik awal)

Selain diskusi, ada majlis pelancaran antologi terbaru mantan MPR, Kacak Jelita dan 4 buah buku perseorangan mantan. Kacak Jelita bagi saya agak istimewa, antologi yang setakat ini mengambil masa paling lama untuk disiapkan berbanding antologi 9! dan 12!, seperti kata Kak Hani. Memang pun, mungkin juga akan jadi antologi paling sensasi.hehe.

Alhamdulillah, ramai juga rakan-rakan MPR 2006 yang hadir. Lan dari UPM, Azree (UIA), Fairuz (ASWARA), Firdhaus (UiTM), Biha (UiTM Johor), Dayah (PTPL) dan Ina (Sg. Buloh).

Gembira jumpa senior-senior yang hebat-hebat. Mentor-mentor MPR 2006, Kak Nisah, Abg Shamsudin, Abg Lutfi, Ust Zaid dan Kak Rai. Juga senior-senior yang lain. Segan dengan mereka ni.
bersama yang kacak dan jelita (ini gambar selepas meeting, semua dah nak balik)