zaman internet, biasalah, apa-apa pun ada 'pro dan kon'nya. bagi saya, internet banyak memudahkan. masa awal-awal internet popular, yang paling menarik bagi saya ialah emel dan chating. masa tu paling popular MiRC. YM pun masih belum establish lagi. selalu saya dan kawan-kawan sekolah berhubung melalui emel dan chating. kami akan ramai-ramai chat dalam channel sekolah di MiRC. saya tak pasti siapa yang buat channel tu, tapi di situ barulah kenal dengan junior dan senior. walaupun sekolah asrama, bila cuti sekolah, kami akan suka-suka berhubung dengan emel. memang kelakar. waktu itu masih kanak-kanak rebina emel pun baru-baru buat, memang gembira cuba satu bentuk perhubungan baru.dengan emel dan chat, bukan saja berhubung dengan kawan-kawan sekolah, malah kadang-kadang dapat ramai kawan baru. dalam ramai-ramai kawan baru tu, ada seorang yang masih lagi berhubung denga saya. kami kenal dengan chating (rasanya), kemudian dengan emel. kami lebih kurang sebaya, dia di johor, saya di perak. kebetulan dua-duanya sekolah asrama, jadi kami hanya berbalas-balas emel. itupun memang lambat sangat, yelah cuti masing-masing tak sama. mungkin dia emel saya minggu ini, tapi cuti saya sebulan lagi, jadi sebulan lagi baru saya balas, begitu juga dia, bila dia cuti, baru balas. seronok. bersembang dengan orang yang kita tak kenal.
entah macam mana, persahabatan yang 'aneh' ini boleh kekal sampai sekarang. seingat saya sewaktu form 5, lama juga terputus hubungan, selepas SPM ada juga bersurat-surat. tapi sekarang (bila teringat) kami berhubung dengan telefon. tapi baru-baru ini, dia hubungi saya, rupanya dia di shah alam, saya juga di shah alam. jadi entah macam mana kami rancang berjumpa. akhirnya jumpa juga. bila difikirkan, unik juga, kami sudah kenal lebih 5 tahun, saya berkali-kali ke johor dan dia juga ada beberapa kali ke perak. sampaikan saya tak pernah terfikir pun yang kami akan jumpa. tapi itulah, zaman teknologi, walaupun tak bersua muka, kita akan rasa seperti sudah kenal lama. tambah-tambah lagi sekarang, dengan blog dan segala macam friendster, facebook kita boleh 'kenal' orang yang kita tak pernah jumpa.
sekarang ni, saya sedang menyemak emel-emel lama yang masih 'tersimpan' dalam emel. baca kembali emel-emel 5,6 tahun lepas, dengar balik lagu-lagu dan gambar-gambar yang pernah dikirimkan. melalui satu demi satu babak 'filem lama'. banyak yang perlu dilupakan. melupakan kenangan tak semudah men'delete' emel. saya boleh delete emel-emel yang perlu dilupakan dengan satu klik, tapi saya perlu masa yang panjang untuk perlahan-perlahan menghapukan kenangan. hari ini biarlah saya baca, dan saya akan delete mana yang perlu, dari emel dan kepala :)


