Tuesday, September 19, 2006

SEJARAH DAN REALITI

Malam yang tenang dan damai
Assalamualaikum.

Semalam, saya menghadiri sebuah ceramah bertajuk Interaksi Kaum Di Malaysia: Sejarah dan Realiti yang disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim.. Memang mengujakan. Yang menarik, saya dan beberapa orang rakan memang tidak maklum langsung mengenai program tersebut. Kami hanya diberitahu untuk menghadiri kelas gantian.Sampai sahaja di pintu dewan kuliah, kami disambut oleh bungkusan makanan yang perlu diambil setiap orang. Memang terpinga-pinga sekejap. Tapi seperti biasa, mesti sentiasa 'control ayu'. Saya pun melangkah masuk dan duduk di bahagian belakang/atas kerana hampir separuh dewan kuliah sudah penuh. Setelah 10 minit dihabiskan dengan berborak-borak dan makan, urusetia mula mempamerkan 'slide'.Terkejut.

Selepas dipersilakan, Dr.Khoo Kay Kim tampil menyampaikan ceramah beliau. Saya sejak awal sudah teruja kerana beliau berasal dari Perak!

Beliau membawa kami merentas sejarah sebelum perang dunia pertama, meneroka masa sekarang dan memberi nasihat-nasihat peribadi.

Beliau ada menyebutkan satu fakta yang memang tidak pernah saya sedar.
Amerika mahu memerangi seluruh dunia kerana mereka mahukan minyak(yang ini saya yakin semua sudah maklum). Kenyataan seterusnya yang membuka minda saya, beliau menyebut bahawa "kerana itu Amerika melancarkan perang ke atas negara-negara Islam.Kebetulan Tuhan hanya memberi minyak kepada negera-negara Islam!"
Bukti?
-sumber minyak ada di Pattani, tetapi tidak di Thailand utara
-sumber minyak ada di Mindanau, tetapi tidak di Filipina utara
-sumber minyak ada di Malaysia, Indonesia, Brunei, tetapi tidak di Singapura

Cukup dahulu.Saya perlu mengejar buku!

Monday, September 18, 2006

PETUA KESIHATAN ISTIMEWA

Pagi Isnin yang tenang dan sayu.
Assalamualaikum.

Serba-sedikit petua kesihatan untuk dikongsi bersama. Tips bukan sebarang petua, tapi petua dari Al-Quran dan As-sunnah..

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
->air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan pengumpulan lemak.

2.Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
->susah ditimpa penyakit.

3.Sewaktu solat subuh disunatkan betafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa)
->mengelak daripada pening atau migrain
-> Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Kita hanya berusaha, Allah menentukan segalanya.
Jangan lupa, ikuti petua-petua seterusnya di episod akan datang=)

Thursday, September 14, 2006

SENYUMAN YANG TERTINGGAL

Malam yang cerah bersama puputan bayu yang membawa barakah.

Sudah hampir 5 hari saya kembali ke Shah Alam -setelah seminggu dihabiskan di tanah air tercinta Perak. Rasa macam 5 minggu berlalu=)
Masih rindukan Ipoh, rindukan masa bersenang-lenang di rumah, rindukan tv yang jadi kawan sejati dan rindukan novel-novel yang sengaja ditinggalkan.
Kawan-kawan sudah ada yang beli tiket bas untuk cuti Hari Raya(awalnya!) tapi dengar cerita tiket untuk negeri-negeri Pantai Timur hampir habis!
Perasaan masih belum tenteram..senyuman saya tertinggal di Ipoh.

Bercakap tentang perasaan, saya selalu terfikir( sengaja fikir sebenarnya ), saya yakin ramai yang seperti saya
-adakah orang-orang yang saya sayang, sayangkan saya?
-adakah orang-orang yang saya rindu, rindukan saya?
-adakah orang-orang yang saya ingat, ingatkan saya?
-adakah orang-orang yang saya mimpi, mimpikan saya?
-adakah orang-orang yang saya hargai, menghargai saya?
Mudah-mudahan jawapannya menyenangkan=)