Friday, August 21, 2009

OH OH RAMADHAN TIBA

SAYAP-SAYAP CINTA

Cinta suci
Bertebaran di taman ini

Sayap-sayap mengapung jiwa
Semilir halus mendesir sukma

Di sini bintang-bintang turun berlangir
Saling berpuisi dalam rapsodi sang penyair

Tekunilah harum cinta nan segar
Dari bebunga rindu yang kian mekar

Giringlah langkah ke taman pilihan
Madrasah jiwa mengasuh iman

Silakan berteduh di rimbunan kasih
Sejahteralah dengan hati bersih

Namun, awas, berhati-hati
Taman ini bukan abadi

Aku hanyalah sebelah sayap yang akan gugur
dari cinta ranum,
Hamparkan aku kasih-Mu
kerana akukan terhempas
dan hancur.

Nissa' Yusof
Mingguan Malaysia, 16 Ogos 2009








Friday, August 07, 2009

GOSIP TENTANG HEBAT DAN PERASAN HEBAT

Semasa di universiti dulu, ada seorang pensyarah yang selalau dilabel sebagai perasan hebat.

Pensyarah yang bukan dari fakulti saya itu saya jumpa semasa satu kursus kepimpinan universiti. Memanglah ayat-ayatnya selalu kelihatan seperti meninggi diri dan menyebabkan ramai sangat yang tak suka @ takut dengannya. Tapi pada saya sebenarnya dia memang hebat. Dalam usia muda sudah menjadi pensyarah yang ada karisma tersendiri. Ada satu cerita dia melarang pelajar-pelajar lelaki bermain futsal waktu malam dengan alasan waktu itu sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji. Ramai yang marah, dia cabar mereka semua berjogging di stadium pukul 5 pagi esoknya jika betul-betul mahu bersenam. Seorang pun tak datang. Jadi sebenarnya dia bukanlah perasan hebat pun, Cuma biasanya manusia ini yang tak nak mengakui ada orang yang hebat.

Tiba-tiba teringat tentang pensyarah ini kerana ada berita tentang Penulis MPR Perasan Hebat di Berita Harian minggu lepas. Kelakar juga bunyinya. Tapi sebagai mantan MPR takkanlah saya nak cakap yang MPR ini memang hebat, kalau begitu memang dah sah lah perasannya. Haha.

Saya selalu ada imaginasi nakal bahawa Dewan Sastera ada ruangan gosip. Jika ada, jadi artikel tentang perasan hebat mungkin akan jadi begini:

Dengarnya, dalam sebuah majlis yang dianjurkan untuk para penulis muda, ada sebuah persatuan penulis ini yang tak mahu bercampur dengan penulis-penulis muda biasa. Nak jaga status agaknya. Sedangkan mereka itu bukannya bagus mana pun, karya pun boleh dikira dengan tangan.

Kui kui kui.

Dalam ruangan gosip pojok yang ditulis oleh pemilik nama pena Jarum Peniti pula akan ada gosip seperti:

Baru-baru ini, Jarum terjumpa dengan seorang penulis sudah agak lama menyepi. Menurutnya ada cerpenis muda nampak gayanya sudah ada ehem-ehem dengan seorang penulis senior. Amboi senyap-senyap saja dah ada apa-apa.

Kih kih kih. Tak bolehlah over-over. Majalah sastera.

Wednesday, August 05, 2009

GLOSARI

Glosari ‘Malaysian English’ @ Manglish.

Briton: Am I allowed to enter through here?
Malaysian: (pointing): Can or not?

Briton: Hi. Please sit down. Make yourself at home.
Malaysian: Don’t shylah.

Briton: I need to make a little, er, pitstop. I’ll catch up with you in a moment.
Malaysian: Toilet-toilet!

Briton: Why are you looking at me like that? Do you have a problem?
Malaysian: See what?

Briton: Now what shall we do?
Malaysian: So how, ah?

Disalin daripada buku Megabest Jokes Malaysia.
Maka ternyatalah Manglish lebih ekonomik daripada British English.

Sunday, August 02, 2009

IPOH OH IPOH

Suatu hari yang tenang, di pasar tani...

Pembeli: Telur sepapan berapa harganya?
Penjual: Telur ayam atau telur itik?
Pembeli: Telur ayam.
Penjual: Telur ayam biasa atau ayam kampung?
Pembeli: Ayam biasa.
Penjual: Yang tempatan atau yang import?
Pembeli: Tempatan.
Penjual: Mahu yang dari Ipoh, Sungai Petani atau Kangar?
Pembeli: Yang Ipoh lah... (dengan muka bengang)
Penjual: Mahu Ipoh Pusat, Barat, Timur atau Selatan?
Pembeli: Awak ni nak jual telur atau nak jalan-jalan?
Penjual: Maaf kak, saya penjual apam balik kat sebelah. Penjual telur ni pegi tandas. Dia minta saya berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

p/s: Bukan hal sebenar. Sengaja saya salin daripada majalah. Ketawa kan pengubat duka :)