Friday, November 30, 2007

DEMAM!

Selepas mengemas, menyepah dan mengemas balik.

Selesai membaca novel terbaru Serunai Faqir, Lagukan Senandung Itu. Tentu sekali ada sesuatu yang istimewa dengan novel ini, sampai demam saya membacanya. Dalam demam-demam tu dapat juga saya habiskan.

Saya ingat masa posmen hantar novel tu ada bunyi gendang bersenandung, tapi rupanya ada bunyi hon je. jangan marah abg ngah. Hehe.

Banyak yang menarik. Sebagai pembaca, novel ini memberikan sebuah ‘kehidupan’ baru untuk saya. Pusing-pusing menjelajah semenanjung malaysia, malah ke korea untuk gendang. Disulami dengan masalah-masalah natijah daripada dendam (baca betul-betul: dendam, bukan demam=) yang bermula dengan iri hati dan cemburu, orang melayu perlu sedar penyakit hati ini sudah terlalu lama dilabelkan pada masyarakat kita.


Selain baru tahu tentang istilah-istilah gendang (malah nama alatannya pun saya baru kenal), novel ini banyak mengetengahkan ‘senjata-senjata’ melayu seperti santau dan sudi, dan kaedah ‘pertahanan’ seperti pelangkah dan jampi-jampi lain. Memang unik. (ada silap baca jampi kot, sampai saya demam.hehe)


kalau nak cerita satu-satu memang panjang, bagi saya Serunai Faqir sudah berjaya membawakan gendangnya kepada masyarakat. (puji tak ada makna apa2). nak tahu banyak lagi, kenalah baca sendiri, nanti tak suspen=)


Apa yang paling bagus tentang novel sebegini adalah fakta-faktanya. Saya bukan seorang yang begitu tekun kalau membaca buku-buku ilmiah. Kalau letakkan sebuah buku sejarah gendang depan saya, mungkin lambat baru saya boleh habiskan, jadi cara lain yang lebih mudah untuk mendalami ilmuilmu baru adalah denga novel. Kaedah santai yang melancarkan pembacaan tapi dalam masa yang sama mempunyai sasaran ilmu tertentu. Memang, manakan sama banyaknya fakta dalam ensiklopedia berbanding dalam novel, tapi untuk orang yang ada perangai macam saya, lebih baik daripada tak ada, sekurang-kurangnya bentukkan ‘tahu’ dalam minda, mungkin minat akan datang nanti.


2-

hari ini majlis penutup MP2007.

kak rai, saya tak dapat datang, jauh pulak rasanya.hehe


ini gambar masa MPR saya dulu, kalau dapat kumpul ramai2 macam ni best jugak..

Wednesday, November 21, 2007

PASCAMENGEMAS

Asyik mengemas bilik semalam. Bukan mengemas pun sebenarnya, lebih kepada memunggah. Setiap kali berjalan aktiviti kemas/punggah bilik, mesti memakan masa yang lama. Mana taknya. Sambil menyerakkan semua kertas-kertas, buku-buku dan barang-barang, saya belek semuanya sebelum dibuang. Walaupun dah pasti memang ‘sampah’ yang dah bertahun-tahun disimpan tu tak berguna.

Mungkin sedikit pelik, secara tak sengaja, saya memang suka simpan benda yang tak berguna. Contohnya keratan-keratan akhbar tentang berita yang saya sendiri tak tahu kenapa saya simpan. Begitu juga barang-barang yang kononnya ada nilai sentimental, padahal tak ada nilai apa-apa pun. Mungkin waktu itu saya rasakan benda tu menarik dan saya suka, tapi selalunya setahun kemudian saya pasti buang juga=)

Sambil belek-belek harta karun dalam bilik, selak-selak diari lama, saya bukan orang yang aktif menulis diari, cuma catat sebaris dua, itupun bukan setiap hari. Selalu saya dengar penulis-penulis bermula aktif menulis dengan minat mencatat di diari. Entah kenapa saya tak rajin menulis diari. (tapi saya suka baca diari=) Saya lebih cenderung meletakkan ‘barang’ di diari. Sewaktu pertama kali buat ujian darah sendiri dahulu, saya lebih suka melekatkan kad ujian darah yang digunakan daripada menulis panjang-panjang. Setiap kali nampak kad tu, saya akan ingat jerih-payah semasa buat ujian darah dalam makmal waktu tu. Memang payah. Bayangkan perlu cucuk hujung jari sendiri untuk dapat setitis darah. Cucuk sendiri tau, bukan pakai alat yang selalu nurse guna tu. Pulak tu, bukan boleh cucuk perlahan, nanti darah tak keluar, perlu beri impak yang kuat. Jadi, saya yang tak sampai hati buat sendiri terpaksa minta kawan saya yang buatkan.haha. Cuma terfikir kalau-kalau saya terlebih cucuk. Tapi hal macam tu secara logiknya tak boleh berlaku kerana jarum tu adalah jarum khas.

Kembali pada hal belek-belek barang tadi, saya pun terjumpa surat-surat dari kawan-kawan pada zaman tak ada handphone dulu. Seronok apabila baca kembali surat-surat lama. Walaupun hanya cerita budak-budak, tapi kemesraan tebal. Sekarang, lebih kerap berSMS, mesra juga, tapi lebih ringkas selalunya. Walau apapun, yang paling penting :sekali berkawan, tetap kawan selamanya!

ini bukan salah satu sampah dalam bilik saya, sengaja saya letakkan buat kenangan di sini

Sunday, November 18, 2007

SIBUK

apabila selalu lama tak update, dan tak layan shoutbox..
tandanya saya sedang seronok bercuti=)
sekarang banyak masa saya habiskan dengan membaca, mencari ilmu2 baru.

nantilah saya update yang lain..

Thursday, November 08, 2007

BANYAK

salam
haha tak nak cakap pasal angkasawan lagi. mungkin bila2 senang nanti saya cuba2 senaraikan macam yang Arzee minta tu. (kalau memang saya betul2 rajin nak buat macam tu, lepas tu nampaknya kena minta claim dari kerajaan)


saya sebenarnya tak nak fikir panjang2 hal yang tak terlalu berkaitan. kalau nak sebut pasal duit tu lebih baik guna untuk buat pelancar, macam tak biasa pulak dengan persekitaran kita ni, ada lagi yang tak betulnya nanti. hal tu pun boleh jadi masalah. lagipun, dah org tawarkan hantar angkasawan, terima seadanya. itupun dah banyak pakai belanja. (aduh tadi kata tak nak cakap pasal angkasawan)

bertukar! (macam dalam cerita yang
guna kad untuk jadi super hero tu, saya lupa nama dia)
selepas berakhir era suka sangat dengan doraemon, saya suka tengok shin chan, tapi mak saya memang anti shin chan (mesti semua org tau kenapa).
lama2 tengok shin chan tu pun boleh jadi tension.

tapi kalau disuruh pilih antara shin chan dengan chibi maruko chan (betul ke ejaan ni?) saya lebih rela pilih shin chan. maruko tu,
masyaAllah, rasa macam nak lempang je.
haha
tapi sebenarnya saya lagi suka pingu. kawan2 saya selalu pelik macam mana saya boleh suka kartun ni. kalau tengok betul2, pingu ni boleh menjana minda tau. satu contoh, kita boeh faham (atau cuba faham) apa yang dia cakap, walaupun kita tak faham bahasa dia.pingu pingu tapi kadang2 geram juga!

tak kisahlah yang mana pun. kita boleh buat banyak pilihan. hiudp ni bukan objektif. dalam satu ceramah oleh Prof. Khoo Kay Kim dulu beliau menyebutkan bahawa kita tak perlu pilih. tapi kita perlu menilai. yup saya setuju. hidup adalah subjektif. kita tak perlu susah2 pilih antara nasi lemak dan nasi goreng yang mana paling best, paling kita suka, paling elok dimakan. tapi kita perlu menilai kedua-duanya, bukan untuk cari yang terbaik tapi untuk memahami.
faham ke? macam mana nak huraikan ni, mungkin lain kali boleh cerita tentang topik ni. sebelum saya melalut-lalut, lebih baik stop.

kalau nak tahu what we want most, mungkin boleh pinjam kompas jack sparrow.
rasa macam nak pergi belayar pulak!


gambar ni kalau tengok betul2, ada bentuk kalimah Allah, gambar diambil dari satelit Apollo kalau tak silap. saya jumpa di internet.

kak rai, lagu ferhad tu saya dengar kat radio je, kak rai siap burn dalam cd, ish ish ish