Thursday, December 21, 2006

MINGGU PENULIS REMAJA II

Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sudahpun menjangkau usia 21 tahun pada tahun ini. MPR pada tahun ini telah diadakan di Port Dickson pada 10-14 Disember dan di DBP Kuala Lumpur pada 14-16 Disember. Bagi saya, segalanya serba-serbi bagus. Baik dari segi tempat, kemudahan dan layanan mahupun barisan penceramah dan mentor yang hebat-hebat, semuanya mengagumkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak DBP kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti program ini.

Sessi awal di Port Dickson dimulakan dengan program-program ceramah yang disampaikan oleh SN S. Othman Kelantan, Pak Agi, Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong, Dr. Robiah K. Hamzah dan Ahmad Patria Abdullah. Peluang bersua muka dengan nama-nama besar ini telah meninggalkan memori manis dalam perjalanan hidup saya.



MPR kali ini telah diberi pendekatan baru iaitu dengan menggunakan format mentor-protege yang mana para peserta dalam lingkungan 3 hingga 5 orang dibimbing oleh seorang mentor. Para mentor yang dipilih merupakan barisan penulis muda yang sudahpun menempa nama besar dalam arena sastera iaitu Puan Nisah Haron (mentor saya), Puan Raihani Mohd. Saaid, Encik Shamsudin Othman, Ustaz Zaid Akhtar dan Encik Lutfi Ishak.






Terima kasih daun keladi saya ucapkan buat mentor saya, Kak Nisah Haron atas segala ilmu, teguran dan tidak lupa untuk cerita-cerita yang menarik hati=) . Mudah-mudahan akan ada pertemuan lagi..

Sunday, December 17, 2006

MINGGU PENULIS REMAJA

Assalamualaikum
Minggu Penulis Remaja telah pun melabuhkan tirainya pada 16 Disember lalu. Pengalaman cukup banyak. Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan ( masih dalam proses penyusunan ayat)
Saya paparkan beberapa keping gambar terlebih dahulu.
Cerita penuh dan gambar-gambar lain akan menyusul kemudian.InsyaALLAH
Bersama SN S. Othman Kelantan
Pada malam penutup