Saya bukanlah penggemar karya Orhan Pamuk, tapi keinginan untuk membacanya tetap ada. Sama seperti saya bukanlah penggemar Murakami, tapi tetap beli dan baca semua bukunya. Berbeza kali ini, saya ada keyakinan yang lebih semasa membeli A Strangeness in My Mind. Pertama kerana I judge the book by its cover, memang awal-awal lagi saya sudah jatuh hati. Kedua apabila membaca blurb, saya fikir saya akan suka dengan ceritanya. Ternyata tepat. Saya sukakan ceritanya, cuma masih belum mesra dengan pace Pamuk yang saaaaangat perlahan.
Sudah tiga bulan saya membeli buku ini, tapi baru di bab 11. Saya memang mempunyai masalah dengan buku-buku tebal. Saya cepat bosan. Jadi, ada kalanya saya akan tinggalkan buku ini berminggu-minggu dan membaca buku-buku lain pula.
Ahh.. akan mula baca semula sekarang!

