Terminus A Quo – judul kumpulan puisi Raihani Mohd. Saaid. Buku ini merupakan kumpulan puisi pertama Kak Rai dan merupakan salah satu daripada hanya beberapa kumpulan puisi penyair muda wanita.
Saya belum habis membaca buku ini kerana sudah menjadi kebiasaan saya membaca buku puisi mengikut ‘mood’. Cuma sementara buku ini masih ‘panas’ mahu juga menulis sedikit untuk kononnya menjadi ‘gelombang’ pertama. Ewah..
Ketika Kak Rai minta saya menulis sedikit untuk ‘nota kawan-kawan’ dalam buku ini, saya memang sangat terharu. Malu pun ada. Saya kenal Kak Rai semasa MPR tahun 2006, ketika itu Kak Rai menjadi mentor kami. Sebelum itu penah sekali (kalau tak salah) sajak kami bertembung di Berita Minggu tapi tentulah saya tidak kenal siapa Raihani Mohd. Saaid tu. Selepas itu, saya memang terus mengikuti sajak-sajak Kak Rai. Mungkin juga kerana fakta kami sama-sama minat dengan karya-karya SN Muhammad Haji Salleh, saya mudah menyenangi sajak-sajak Kak Rai. Tapi dalam malu-malu mahu tulis ‘nota kawan-kawan’ tu, saya tulis juga, masuk nama di kulit buku puisi tu! Haha.
Kumpulan puisi ini mengumpulkan 52 buah sajak yang dibahagikan kepada lima bahagian. Kalau mahu dapatkan, perlu pesan segera. Cetakan terhad dan khabarnya memang laku keras!
![]() |
| RM 15 (tambah RM 2 untuk kos pos) Emel ke deppviggo@yahoo.com untuk pesanan |
Sejujurnya, sejak kenal Kak Rai lagi saya memang menanti buku puisi ini. Banyak bait-bait sajak Kak Rai yang senang melekat dalam kepala saya, antaranya perenggan awal Janji Si Muda Lela;
Si muda lela dan si ayu kirana
Ibarat keris dengan pendua
Kalau harus jadi cendekia
Jadilah Nadim yang rindu putih jiwa
Kalau harus jadi juita
Jadilah Fatimah yang rindu timbang saksama
Kalau harus jadi setia
Jadilah Tuah yang rindu sebuah empayar kembali terbina.


