Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Kuliah Ramadan

saya fikir sekarang sudah ramai para penceramah yang turun ke dalam masyarakat. dan memang itulah tugas pendakwah, membetulkan masyarakat supaya masyarakat boleh membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.

tapi seharusnya kita belajar dengan lebih banyak guru supaya pemahaman lebih luas walaupun kadang-kadang keluasan pemahaman itu mendatangkan keraguan dalam diri sendiri kerana ada hal-hal yang bercanggah sesama ustaz sendiri. kalau ia berkenaan mazhab, tidak mengapa. kita boleh merujuk pada hadis-hadis sahih dan ulama-ulama yang muktabar.

antara pendakwah yang saya fikir sangat mudah diahami kuliahnya ialah ustaz kazim elias. pendekatan beliau kebanyakannya sederhana dan tidak menyukarkan khalayak umum. ada sebuah ceramah lama beliau berkenaan ramadan yang sangat saya suka. sudah beberapa kali juga saya ulang dengar walaupun ceramah ini adalah ceramah lama.

kuliah ini menjawab beberapa persoalan semasa berkenaan solat tarawih, berbuka puasa, bersahur dan sebagainya. di sini juga sudah ada jawapan tentang persolan panjang lebar saya dalam entri yang lepas berkenaan buffet berbuka puasa.

saya kongsikan sumber mp3 di sini. boleh download jika berminat. saya tidak tahu siapa yang upload, tapi kira public domainlah kan :)

Kazim Elias - Digigit Jin

selamat meneruskan pelajaran dalam madrasah ramadan!

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadan

i
Masa kecil-kecil dahulu, perkara pertama yang akan tiba di kepala saya tatkala menyebut tentang Ramadan ialah ‘tiada syaitan’. Semakin dewasa, pengertiannya semakin berbeza.

Malah tahun ini saya menyambut Ramadan dengan tanggungjawab yang berbeza. Sebagai anak, kakak, adik, pekerja, ketua, kawan dan sebagainya.



ii
Alhamdulillah, Gerhana sudah diterbitkan. Tapi masih di kilang dan belum memasuki pasaran. Sementara itu, sinopsis (yang sangat ‘wow’) boleh dibaca di laman web PTS.

Friday, February 26, 2010

MENGENANG NABI S.A.W

sekarang jika bercuti, 'cuti peristiwa' terutamanya, saya tidak ambil kisah pun tentang 'peristiwa' itu. hanya tahu 'cuti' sahaja. cuti, rehat dan peluang melakukan hal-hal yang disukai akan memadamkan semua hal yang lain.

tapi hari ini, saya mengajar diri untuk menjadi lebih mengingati nabi. hidup ini bukan berhenti setakat dunia. selepas mati, ada kehidupan lain lagi. dan di mahsyar nanti, nabi muhammad yang akan memberi syafaat. jadi, mari sama-sama kita jadikan hari ini sebagai penanda untuk lebih mengingati baginda.

ini adalah antara lagu berkenaan nabi yang saya suka. liriknya, menyentuh.





We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Friday, August 21, 2009

OH OH RAMADHAN TIBA

SAYAP-SAYAP CINTA

Cinta suci
Bertebaran di taman ini

Sayap-sayap mengapung jiwa
Semilir halus mendesir sukma

Di sini bintang-bintang turun berlangir
Saling berpuisi dalam rapsodi sang penyair

Tekunilah harum cinta nan segar
Dari bebunga rindu yang kian mekar

Giringlah langkah ke taman pilihan
Madrasah jiwa mengasuh iman

Silakan berteduh di rimbunan kasih
Sejahteralah dengan hati bersih

Namun, awas, berhati-hati
Taman ini bukan abadi

Aku hanyalah sebelah sayap yang akan gugur
dari cinta ranum,
Hamparkan aku kasih-Mu
kerana akukan terhempas
dan hancur.

Nissa' Yusof
Mingguan Malaysia, 16 Ogos 2009








Saturday, March 28, 2009

AMRULLAH / earth hour

Sejak kebelakangan ini, saya asyik sekali dengan lagu ini. Ketika sedang buat kerja, lagu ini berulang-ulang saya pasang. Betapa selama ini saya sudah terlepas pandang pada hadith ini.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ،لا يضرهم من خالفهم ، ولا ما أصابهم من البلاء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك , قالوا يا رسول الله وأين هم ؟ قال في بيت المقدس و أكناف بيت المقدس"

Akan sentiasa wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Illahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya 'Di mana mereka itu?' Baginda menjawab 'Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya'
(Musnad Imam Ahmad)



Jadi, apa yang boleh dikatakan lagi. Marilah kita bersama-sama membantu menyelamatkan Palestin. Kalau mampu boikot, boikotlah!

Oh ya, entri ini ditulis semasa earth hour. Sedang bergelaplah ni. Sudah dapat amaran dari Dr. Fahd Razy, 'rosak mata main internet dalam gelap'. Sudah habis tulis entri. Sekarang nak keluar. Maklumlah rumah dah gelap. Hehe.

Tuesday, March 10, 2009

YANG GHAIB-GHAIB

pertama;

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

kedua;

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak ada penularan, tidak ada pengaruh atau tanda bahaya daripada suara burung dan tidak ada hantu.

Tuesday, February 17, 2009

AKU BUKAN MUSUH HARTA

Lirik hari ini. Lagu puisi bertajuk Aku Bukan Musuh Harta karya bekas mufti Perlis, Dr. MAZA, yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa dan kumpulan nasyid baru, Algebra.


Lagu ini di haramkan oleh RTM. Menurut RTM, liriknya kasar. Lalu lagu ini diharamkan oleh RTM (sahaja). Dalam dunia yang semakin canggih dan cerdik ini, saya rasa langkah pengharaman lagu ini bukanlah sesuatu yang cerdik. Seperti orang kepedasan termakan cili terjun perigi sahaja lagaknya.

Dari sisi lain, ini kan puisi. Apa 'puisi' perlu syahdu-syahdu dan sayu-sayu saja?

Boleh dengar lagu ini dalam album pertama Algebra, Yang Benar Tetap Benar.

Wednesday, February 11, 2009

WAJARKAH BOIKOT?

Israel nampaknya terus-terusan mengganas. Kereta kebal dan jet mereka terus-terusan membedil wilayah Palestin. Umat Islam seluruh dunia meluahkan protes dengan pelbagai cara.

Saranan-saranan boikot juga ada merata-rata. Merata-ratalah juga persoalan samada wajar atau tidak tindakan boikot ini.

Jawapannya berbalik pada diri masing-masing sebenarnya. Kalau pada anda wajar, maka wajarlah. Kalau pada anda ini tidak perlu, maka tidak perlulah. Yelah, kalau tak ada orang makan McD, ramai pulak anak watan yang kena buang kerja, ya tak? :)

Pegangan saya, ini adalah jihad kecil saya untuk Palestin. Saya tidak mampu mengangkat senjata ke sana, wang pun tidak seberapa yang dapat disumbangkan. Maka saya berjihad begini. Jihad dengan nafsu sendiri. Nafsu untuk membeli barang-barang yang menyokong yahudi ini.

Memanglah tak ada yang boleh lawan kesedapan burger McD, tapi itulah jihad namanya! Tak mati kebuluran pun kalau saya gantikan burger McD dengan burger Mahadi tepi jalan tu. Biarlah tak sedap pun, asalkan tidak saya sedap-sedap makan di sini, saudara-saudara di sana dimakan peluru sumbangan duit saya tadi.

Memanglah terlalu banyak yang perlu diboikot, kita cubalah sikit-sikit. Kalau dah beli handphone nokia N95, takkan nak buang kot. Malah kalau nokia 3310 sekalipun, tak bolehlah campak begitu saja. Membazir tu, innalmubazzirina kanu ikhwanusyayatin!

Agak-agakla kan. Kalau sudah beli, sudah. Tadi pun saya dah terbeli air nestle. Tak perasan. Nak buat macam mana, minum sajalah :)

Lepas ni kena tampalkan senarai barang boikot di belakang pintu. Sebelum keluar rumah, tengok dulu.

Friday, February 06, 2009

ISTIDRAJ

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]

Nikmat yang dikurniakan Allah, dengan bahasa yang saya mudahkan, ada dua; rahmat dan istidraj. Satu nikmat yang diberi atas kebaikan dan usaha yang berkat, manakala satu lagi adalah nikmat yang semakin merosakkan balasan kepada kemungkaran yang dilakukan.

Istidraj adalah yang kedua itu. Apabila Allah mengurniakan dia rezeki melimpah ruah, sedangkan hidupnya bergelumang dengan perkara mungkar, sentiasa melangkaui perintah-Nya, meninggalkan solat dengan alasan kerja. Nikmat itulah istidraj.

Allah memberikan kemewahan sebagai balasan kepada kemungkaran agar dia akan terus lalai dan leka dalam dunia mungkarnya itu. Istidraj adalah pembalasan secara senyap. Pembalasan yang paling menyakitkan.

Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj”.

Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]

Secara ringkasnya begini, apabila kita melihat seorang yang zalim semakin berkuasa, seorang yang memfitnah untuk kuasa semakin bermaharajalela atau seorang yang kita tahu mengamalkan rasuah jadi semakin kaya-raya. Nah, inilah contoh-contoh istidraj.

Tidak perlulah kita rasa bahawa zalim, memfitnah atau makan rasuah untuk berjaya ini adalah perkara-perkara yang diberkati Allah, semata-mata kerana dia semakin berjaya, sedangkan orang yang jujur, amanah dan sabar dengan fitnah; dijatuhkan, dimalukan atau semudah-mudahnya disingkirkan. Begitulah. Yang mungkar tetap mungkar, walaupun zahirnya nampak baik.

Rujukan:
http://www.islamonline.net
http://www.muftisays.org
http://saifulislam.com

Tuesday, November 11, 2008

MENCONTOHI PEMIMPIN ULUNG

“Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Sudah lama sebenarnya saya menamatkan novel ini, tapi baru sekarang sempat menulis tentangnya. Sebetulnya, sejak mengetahui bahawa penulis hebat, Abdul Latip Talib sedang menukangi novel berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh ini, memang saya tunggu-tunggu kelahirannya. Akhirnya novel ini saya dapat percuma saja. Hehe. Terima kasih, Pak Latip.

Saya mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usia muda lela, menerusi sebuah pembacaan. Mengenali tokoh pemimpin dari golongan remaja ini membuat saya berkobar-kobar. Hey siapa kata dunia ini milik orang yang makan garam dulu saja! Memang saya selalu mencari-cari bahan bacaan tentang Sultan ini. Mungkin kerana kemalasan saya mencari atau kurang prihatin, memang saya jarang jumpa tentangnya...

Bagi saya, inilah tokoh pemimpin yang sebenar. Selepas Nabi Muhammad dan para sahabat, tentunya. Sultan Muhammad memimpin dengan teladan sejarah, belajar daripada contoh terdahulu, berani dan yakin pada Tuhan. Itulah sebenar-benarnya pemimpin! Bukan tidak ada politik kotor pada zamannya, malah hal-hal ‘main belakang’ memang ada pada zaman manapun, kebijaksanaan sahajalah yang mengatasi, dan paling penting adalah kebergantungan pada agama, iaitu Tuhan dan Rasul-Nya. Dua ciri inilah yang menjadikan tokoh ini begitu hebat di mata dunia. Keyakinan pada agama menjadikan beliau yakin untuk menakluk Konstantinopel yang menjadi kubu kuat kristian ketika itu dan menukar namanya kepada Istanbul, atau asalnya Islam bol (lebih kurang) yang membawa maksud Islam seluruhnya.


Beliau membina tembok, melatih tentera, malah melayarkan kapal perang di atas daratan! Oh kalaulah semua orang mengenalinya. Sesungguhnya setiap orang adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Bacalah, anda akan kagum dengan tokoh ini juga.

Malah sesuatu yang perlu dipuji tentang penulisan Pak Latip adalah cara santainya. Bertepatan dengan kata ‘novel’, Pak Latip menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Contoh paling baik ialah dalam novel sejarah Melayu beliau, Setelah Roboh Kota Melaka misalnya, tidak menggunakan sepatahpun perkataan arkaik yang selalu membuatkan kebanyakan remaja hari ini menjauhi sejarah. Jadi, sekarang tak wujud soal tidak suka membaca untuk remaja atau siapa sahaja. Jika ingin versi klasik, banyak bahan-bahannya, jika mahu yang moden pun sudah tersedia. Inilah masanya mendekati tokoh yang sebenar-benar tokoh.

Wednesday, October 22, 2008

DIGABUNGKAN PUASA ENAM DAN PUASA QADHA?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hari ini 22 oktober, bermaksud sudah masuk 22hb Syawal. Lupakan adakah sekarang masih ‘raya’ atau tidak. Masuk ke 22 Syawal, maka tinggal beberapa hari lagi untuk sesiapa yang belum berkesempatan berpuasa enam (sunat Syawal) untuk melakukannya.

Selalu timbul isu atau salah faham, kepada golongan wanita terutamanya, tentang puasa enam dan puasa ganti (puasa qadha). Selalu kita dengar tabiat menggabungkan sunat Syawal dengan puasa qadha. Maka sebenarnya wujudkah situasi di mana puasa sunat Syawal dan puasa qadha disekalikan?

Dengan sedikit sela-sela masa yang ada, saya simpulkan hasil rujukan saya kepada pendapat-pendapat ulama’ dan berdasarkan dalil-dalil yang ada untuk sama-sama kita jadikan panduan dan ingatan untuk saya sendiri juga.

TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN DUA PUASA

1- Tiada dalil yang membuktikan Nabi Muhammad S.A.W pernah melakukan gabungan kedua-dua puasa sunat dan qadha ini ataupun menggalakkan para sahabat melakukannya.

2- Imam Syafie (al Umm) menolak penggabungan ini. Beliau berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibezakan ibadah puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qadha dan puasa tatawwu' (sunat-sunat).

Begitu juga pendapat Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) bahawa hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunat

3- Bekas ahli Lajnah Fatwa Iraq, Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy dan ulama Jordan, Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan gabungan pasti akan mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam

4- Pendapat lain menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat pula menyatakan bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Hal ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R : Muslim)

Hadith ini menggunakan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

5- Ada ulama’ yang berpendapat tindakan menggabungkan niat puasa sunat boleh merosakkan kepastiannya. Ini kerana amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ iaitu tepat dan pasti. Maka ulama’ yang mengizinkan penggabungan ini mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, sunat Syawal tidak diniat bersama tetapi dengan harapan Allah menerimanya.

Walaupun bersetuju, ulama ini tetap menyatakan dengan jelas bahawa tindakan menggabungkan kedua-dua puasa ini mengurangkan pahala sunat Syawal kerana tidak diniat dan dilaukan sepenuhnya. (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa)

BOLEH DIGABUNGKAN
Walau bagaimanpun, terdapat pendapat ulama yang membolehkan gabungan ini.
1- Terdapat beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar dan beberapa yang lain yang membolehkan penggabungan berdasarkan sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

2- Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha dibulan Syawal beroleh double bonus iaitu dia beroleh pahala puasa qadha, dan pahala puasa sunat Syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari Isnin/Khamis; dia juga mendapat pahala sunat Isnin/Khamis.

3- Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla)juga bersetuju berdasarkan tidak ada nas atau dalil nas yang menegah, Rasulullah S.A.W tidak menyuruh kita kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu sebelum berpuasa enam.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha pada bulan Syawal, tetapi menyempurnakan puasa sunat Syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadhanya di bulan lain.
Aisyah R.A menyebut:
Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

Kesimpulannya, adalah tidak wajar menggabungkan puasa sunat (puasa enam) dengan puasa wajib (qadha). Walaupun terdapat pendapat yang membolehkan gabungan ini, mereka tetap menolak berniat kedua-duanya sekali gus. Apa yang dibenarkan ialah yang disebut double bonus dan begitu juga atas alasan rukhsah. Apapun, atas kehendak Allah juga semuanya. Sekadar simpulan saya yang serba kurang tahu. Wallahu a'lam.

Rujukan saya:
http://soaljawab.wordpress.com/
http://www.islamonline.net
dan rujukan-rujukan lain.

Tuesday, August 05, 2008

BERDAKWAH ITU BAGAIMANA?

saya memang bukan manusia 'baik'.tapi saya juga sedar ada tanggung jawab untuk dakwah. hehe bila saya sebut 'dakwah', bukanlah maksudnya saya bagus, kerana bagi saya, manusia tak akan mencapai tahap 'sempurna'. jadi kita perlu saling ingat-mengingatkan.

saya seorang yang tak suka bercakap di depan. saya tak suka bagi ceramah. hehe.memang tak ada orang yang suruh saya bagi ceramah pun, cuma masa zaman sekolah, masa muda-muda dulu, bila disuruh bercakap di depan junior, persis seorang senior yang sudah khatam ilmu agama, saya memang failed! kalau dalam usrah, boleh jugalah sikit-sikit.

tapi masuk universiti, saya tak join usrah pun.sebab saya lihat usrah di universiti saya nampak sedikit memaksa. maaf, jangan ambil hati dengan ayat ini, saya berbahasa denga telus (macam mana nak tulis dengan halus ni), saya ada ramai kawan yang ber'usrah' juga. cuma saya tidak berapa suka dengan cara di unniversiti saya (universiti saya ya) yang nampak seperti banyak memaksa, dan saya tak suka dipaksa-paksa.

jadi berbalik pada perenggan pertama, pengenalan saya dah melalut nampaknya ni. straight to the point, bila-bila bosan, saya suka masuk chatroom. saja cari kenalan baru. dan di samping itu boleh juga berdakwah!
haha inilah cara yang saya suka, selain CUBA menulis yang baik-baik.selalu kalau masuk chatroom, mungkin akan jumpa manusia yan tak senonoh. samada dari malaysia atau luar negara. kalau ada orang yang ajak saya chat benda-benda tak senonoh, saya mula buat sesi pembasuhan fikiran. saya suka buat macam tu. sebab orang tu tak kenal saya, saya tak kenal dia. jadi peluang untuk menasihat dengan tenang tu lebih besar.

bergantung, kadang-kadang nasihat sikit, ada yang minta maaf. ada juga yang lawan balik.apapun, sekurang-kurangnya saya sudah lakukan amar makruf nahi munkar. moga-moga usaha kecil itu boleh diredhai Allah.siapa tahu kan?

sekejap tadi, saya terchating dengan seorang manusia ni. mulanya, dia ajak chat yang bukan-bukan. saya katalah saya sayang pahala saya. dia pula balas dengan persoalan akidah. katanya saya gila pahala, dan mula persoalkan tentang apa perlunya pahala, kenapa mesti jadi gila pahala dan sebagainya. kemudian soalan-soalannya sudah berjangkit hal-hal tauhid, bercakap soal kalimah syahadah dan sebagainya. aduh. ini dah parah. saya hanya kata, kena jaga amalan sebab kita tak pernah tahu kita akan mati bila. dia sudah bangkitkan hal perbezaan tuhan dan Allah. dan katanya saya ni belajar pun tak habis, cuba ambil tugas malaikat, rukun iman pun tak khatam. ish ish ini sudah lebih. dahlah mata saya mengantuk.

sejujurnya ini adalah cabaran. ini baru dakwah dalam chatroom. bukan jadi penceramah. hehe. dengan manusia tadi tu, saya berbincang dengan dia apa yang termampu, saya tahankan hati baca hujah-hujahnya. sedangkan tangan saya dah menggeletar tahan marah. jantung saya pun dah rasa macam nak gugur. tapi akhirnya, dia pun tak nak mengaku kalah. dia pula kata saya sesat. ish ini dah parah. akhirnya sesi chating tu tergantung begitu saja. saya cuba guna ayat yang baik, dan tidak asyik-asyik 'menyerang'. ada ke patut, saya pula kena cop sesat? aik. tapi memang, manusia ada ego sendiri. mungkin dia tak mahu mengaku silap. saya pun tak harap yang dia akan mengaku silap pada saya. cukupla dia sedar dan insaf. walaupun sekejap. mungkin nanti dia akan fikir balik.

inilah sebenarnya malaysia, sebuah negara islam. masih ramai warganya yang begitu. tugas kita semua, adalah ajak kepada kebaikan, larang yang buruk. itu adalah tanggung jawab semua umat islam. kita perlu saling mengingatkan. kalau Allah turunkan bala, kita semua terkena.walaupun saya bukan 'ustazah' tapi saya boleh bezakan mana baik, mana tak. saya yakin semua orang pun boleh. jadi jom kita saling mengingatkan. guna cara bwah sedar pun tal apa. selemah-lemah iman tegur dengan hati -asalkan tanggung jawab selesai =)