Friday, April 30, 2010

koc merah jambu


koc merah jambu sudah mula beroperasi. saya masih belum lihat dengan mata sendiri. cuma lihat di tv dan akhbar. sesuatu langkah yang positif. selepas ini tentu akan rasa lebih selamat untuk ke KL. hehe

cuma, harapan saya, semoga penguatkuasaannya benar-benar dilaksanakan. pihak berwajib perlu pantau juga. bimbang ada kaki-kaki asing yang masuk mencemarkan koc comel ini :)



Saturday, April 17, 2010

"Baru balik mengajar?"

Kata orang, terapi paling baik ialah membeli-belah. Kadang-kala saya merasakan perkara ini sangat betul. Cuma biasanya selepas menjalani ‘terapi’ ini, saya akan sedikit menyesal kerana membeli barang-barang tak berfaedah. Tapi menyesal sedikit saja. Paling kurang kebaikannya ada dua; satu, boleh redakan tekanan, dua, saya akan membeli barang-barang dalam kategori kehendak. Yang mana, kalau dalam keadaan tenang, saya akan berfikir lima enam kali untuk membelinya dan selalunya akan tewas kepada barang-barang keperluan. Haa tengok, kan ada faedahnya :)

Beberapa hari lalu. Selepas sedikit tertekan dengan sesuatu perkara yang tiba-tiba bangkit dan ditambah pula dengan perjalanan di lebuh raya persekutuan yang sesak dalam cuaca petang yang panas, saya membuat keputusan untuk ber’terapi’. Memandangkan hari yang hampir sampai waktu maghrib, saya memilih ke pasar malam sahaja. Supaya saya lebih sedar diri ketika membeli dan sensitif kepada waktu. Haha sekurang-kurangnya masih juga ‘membeli-belah’!
Semasa sedang menunggu air tebu dibungkus, adik penjual air itu menegur saya, “baru balik mengajar ke, kak?” Saya pun senyum-senyum saja dan jawab ‘tidak’.

“Oh, bukan cikgu ke?”

“Bukan.”

“Ingatkan cikgu”

Wah kalau mak ayah saya dengarlah dialog ringkas ni, tentu akan disambung dengan dialog versi mereka tentang kelebihan dan kesenangan menjadi guru. Menjadi guru adalah antara cadangan profesion untuk saya semenjak selepas SPM lagi, selain satu lagi; bekerja dengan kerajaan. Tapi saya memilih untuk apa yang telah saya pilih sekarang (dengan sedikit timbang rasa ayahanda-bonda). Semoga saya berjaya.


Sunday, April 04, 2010

APABILA TEKNOLOGI BERBICARA

salam hormat. apa khabar selepas pesta buku? bagi saya, sekarang perlu mula berjimat cermat. hahaha. ini adalah bayaran untuk shopping sakan di pesta buku tempoh hari. tak apa, asalkan hati gembira. tapi, mujur hanya setahun sekali!

kali ketiga ke pesta buku 2010 pada hari sabtu terakhir lebih kepada pertemuan bersama rakan-rakan penulis, mpr khususnya. berjalan dari pagi sampai petang, menjenguk setiap booth, dalam masa yang sama bersembang-sembang dan bertukar-tukar cerita. cukuplah sekadar begitu, sekurang-kurangnya pertemuan yang tidak selalu ini mengukuhkan kembali keakraban kami.

sekarang adalah masa untuk membaca pada sela-sela waktu yang ada, belum lagi ditolak masa-masa yang digunakan untuk berinternet (seperti sekarang). internet dan teknologi bagaikan sudah sebati dalam hidup kebanyakan kita. tak perlu bersembang panjang, cukup sekadar melayan facebook, kita sudah tahu tentang rakan-rakan!

harap tidak sampai jadi begini:

atau tersilap kod seperti ini:




cabaran untuk soalan yang terlalu hi-tech seperti ini:



*gambar-gambar daripada sumber emel.