Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Penerimaan

Penerimaan
Chairil Anwar

Jika kau mau, kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Tapi untukku sendiri
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi

(Maret 1943)

Penerimaan, sebuah puisi Chairil Anwar yang mungkin tidak begitu mesra dengan pembaca yang biasanya mengenal Chairil dengan "aku ini binatang jalang, dari kumpulannya terbuang". Penerimaan, menerusi sebuah diskusi dengan beberapa rakan, lama dahulu, kami menyimpulkan ini sebagai sebuah puisi patriotik. selepas belanda menjajah indonesia. Chairil tidak mahu berkongsi negaranya, sedang dengan cermin dia enggan berbagi.

Tuesday, February 08, 2011

Intelektual Politik

Jika di bidang fiqh yang kadang-kala menghajatkan kepastian hukum, para ulama saling menghormati, apalagi masalah perbezaan pandangan politik. Di bidang yang tidak sering 'hitam putih' ini, umat Islam semestinya jauh lebih dapat saling menghargai. [Dua sisi Umar bin Khattab]


saya barangkali adalah remaja tipikal yang tidak begitu suka kepada politik kepartian. saya memang tidak gemarkan sepak terajang politik ini yang selalunya berputar belit, penuh dengan kritikan-kritikan pelik dan saling menjatuhkan.

menggunakan pentas ceramah agama, contohnya, untuk menyebarkan kritikan dan pembelaan bukanlah sesuatu yang salah. tetapi biarlah berpada, mungkin cukup sekadar 10%. senario sekarang, para penceramah cenderung menjadikan isu-isu politik sebagai 'umpan' ceramah mereka dengan jenaka-jenaka yang menjatuhkan pihak lain. jadi di mana intelektualnya? walaupun tidak semua orang perlukan yang intelek-intelek, tapi mengapa perlu merendahkan audien.

sebuah kritikan, pada saya, perlulah ada sebab dan pilihan. sebab; mengapa perkara itu salah, pilihan; cadangan lain untuk menggantikan perkara yang dikritik. memang, sudah lumrah, orang yang berada di luar padang bola lebih kecoh daripada yang bermain. kalau tak ada pengkritik di luar padang, pemain akan bermain sambil-lewa. tapi, kalau semuanya mahu didengar, barangkali tak ada lagi yang mahu main bola.

saya barangkali adalah remaja tipikal yang tidak begitu suka kepada politik kepartian. tetapi tidak suka tak bermakna tidak ambil tahu. ramai kawan-kawan saya cenderung untuk tidak ambil tahu. sebabnya? apa yang terpapar di media (arus perdana dan alternatif) langsung tidak menjana pemikiran mereka. layan novel jiwang lagi baik. ada juga ruang berimaginasi!

Tuesday, May 26, 2009

FANATIK

Dalam apa hal pun, menjadi fanatik adalah tidak bagus. Seeloknya sederhana saja. Tapi fanatik dan suka atau minat adalah dua perkara yang berbeza.

Kalau saya kata "saya fanatik biawak" maksudnya saya sangat suka biawak, sayang biawak, ada kostum biawak, ada kulit biawak, simpan gambar biawak dan biawak adalah yang terbaik dalam hidup saya, kalau biawak curi anak ayam saya, tak mengapa, mungkin tak sengaja.

Tapi kalau saya kata "saya suka/minat biawak" maksudnya saya hanya suka pada beberapa hal berkaitan biawak seperti kelambatannya bergerak, tapi tidak suka yang lain-lainnya.

Maka tentulah menjadi satu masalah jika saya fanatik biawak, kerana saya tidak akan percaya bila dikata yang biawak itu tak baik dan saya mungkin akan menyelar orang yang mencipta kata 'biawak hidup'.

Tentu sekali itu hanyalah contoh. Saya tidak fanatik biawak, malah tidak suka pun. Tapi nampaknya spesis ini yang suka persekitaran rumah saya. haha.

Fanatik memang sangat tidak bagus, terutama dalam politik. Bila fanatik, kita akan cenderung menuduh tanpa mengkaji. Saya teringat satu contoh; semasa menonton rancangan bual bicara Di Luar Lingkungan di TV1 tentang topik buku dan pembacaan beberapa minggu lalu. Yang menjadi panelnya kak Nisah Haron, Puan Ainon PTS dan Encik Khair ITNM. Di pertengahan segmen, Puan Ainon bercakap sedikit tentang PPSMI. Kemudian kak Nisah juga menambah sedikit dan isu PPSMI dibangkitkan beberapa ketika. Kemudian tiba-tiba seorang kawan yang datang entah dari mana berdiri di tepi saya dan kata, "aku bosanlah, diorang mesti bela kerajaan punya". Saya kata,"eh mana ada, diorang bagi hujah tak menyokong PPSMI". Dia sambung, "habis tu apa diorang kata?". Haha ini sudah jadi masalah, dah berapa puluh minit rancangan tu, penatlah saya nak ulang siar balik. Saya suruh saja dia duduk menonton sama, tapi dia tak berminat kerana tetap yakin bahawa ini semua penyokong PPSMI (kerajaan).

Ini salah satu contoh orang yang fanatik. Kawan saya ini memang penyokong kuat pembangkang. Memang fanatik ke'pembakangan'nya. Jadi lihat, dia nampak saja rancangan yang sebenarnya sangat ilmiah ini ditayangkan RTM, maka dia melabel panel-panel yang dijemput mestilah tidak membangkang kerajaan. Apabila dia mendengar beberapa perkataan tentang PPSMI terus dia menerjah bahawa ini hujah menyokong PPSMI.

haa kan bermasalah di sini.

Nabi pernah berpesan supaya umat Islam bersederhana saja dalam apa saja. Dalam hidup, apa-apa pun mesti dikaji dahulu. Mesti fikir. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!

Tuesday, April 07, 2009

BERALIH KEPADA YANG LEBIH BAIK

pertamanya, tahniah datuk seri Ir Nizar yang sudah rasmi memenangi parlimen bukit gantang. semoga isu ppsmi yang turut dibawa beliau dapat kesudahan yang sewajarnya.

sebagai seorang pemerhati biasa, satu perkara yang menarik perhatian saya dalam ketiga-tiga prk ini ialah lambang-lambang calon bebas.

saya tidak pasti dengan guideline spr, tapi saya rasa seharusnya calon bebas juga mendapat logo-logo yang lebih meyakinkan. lebih menonjolkan karisma, fantastik, popular, educated, dan sebagainyalah.

merujuk kepada logo calon bebas di bukit selambau, sebagai contoh, apa kejadahnya guna logo jam loceng, telefon, ayam dan lain-lain tu. sudahlah tu, hitam putih pula.

harap-harap lepas ini, ditukarlah logo-logo tu.

Friday, April 03, 2009

R A H M A N

Agak-agaknya, selepas teori rahman, mungkinkah ada teori lain. najib mungkin?

Pagi ini selepas dikhabarkan Datuk Seri Najib selesai mengangkat sumpah, dengan tidak sabar-sabarnya saya masuk ke laman web pejabat perdana menteri. Hehe masih lagi gambar Pak Lah.

Manalah tahu. Kot kot jadi macam di perak dulu, mb tu baru nak angkat sumpah, sudah dicampak keluar semua barang Ir Nizar.

Wednesday, April 01, 2009

KENAPA PAK LAH TAK LETAK JAWATAN HARI INI

Pak Mail 3m, sejak aktif dengan persatuan mari mengembara, segalanya ada di malaysia, tidak ladi lagi aktif dengan mana-mana hal politik. masa awal-awal dulu, diminta jadi penasihat belia 4b pun dia tolak.

petang tadi, pak mail kata, "aku tahu kenapa pak lah tak letak jawatan hari ini (1 april). Sebab kalau dia beri tarikh hari ini, mana tahu, dia buat april bodoh*"

*nota:
ini hanyalah gurauan. jangan sesekali sambut hal-hal yang sama spesies dengan april fool, valentine dan sebagainya. Semuanya taktik jahat untuk memesongkan umat Islam. april fool, sebagai contoh, adalah hari yang diaraikan orang kristian semasa mereka menyerang umat Islam sepanyol (moors) secara kejam tanpa umat Islam bersedia kerana mereka diberitahu bahawa mereka boleh keluar dari sepanyol dengan selamat.

semasa mereka bersedia untuk bertolak, tentera kafir membakar rumah dan harta benda kemudian membunuh semua umat Islam.

Monday, February 09, 2009

BELASUNGKAWA

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Roslan Shaharum, ahli parlimen Bukit Gantang.

Allahyarham merupakan kenalan rapat keluarga saya, juga bekas jiran (sebelum saya berpindah).

Selepas berhenti sebagai kakitangan tinggi kerajaan, untuk menjadi aktivis politik, Allahyarham banyak melibatkan diri dalam aktiviti setempat, bahkan menjadi pencetus pelbagai aktiviti surau dan keagamaan kawasan kami.

Allahyarham kalah sewaktu pertama kali bertanding PRU, tetapi menang menewaskan bendahari umno pada PRU baru-baru ini.

Jasa Allahyarham sebagai pemimpin, ustaz, jiran dan kenalan keluarga akan dikenang sampai bila-bila. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Thursday, February 05, 2009

DiRGAHAYU TUANKU

Tak tahulah bagaimana nak gambarkan perasaan saya sekarang. Saya mendoakan segala yang baik-baik saja untuk negeri tercinta itu.

Saya mungkin tergolong juga sebagai remaja yang tak suka politik, tapi saya tidak pernah menafikan kepentingan politik dan saya sentiasa mengambil tahu semua perkara.

Tapi untuk hal di Perak sekarang ini, saya rasa sangat-sangat sedih. Huh malam ni memang tak boleh nak senyum. Geram pun ada, malam ini tak ada mood. Lain kali saya cerita bagaimana bertuahnya saya rasa apabila dapat MB macam Ir Nizar.

Sekarang, cuma berdoa saja moga segala-galanya baik. Kalau apa yang diharapkan orang-orang keparat otak karat jahat, ish, maksud saya, orang di pusat itu menjadi, saya takut-takut Perak dilanyak garuda. Atau mungkin dilanggar todak.

Balasan Tuhan siapa boleh duga.

Kedaulatan sultan mungkin sesuatu yang tak penting bagi orang-orang sekarang. Tapi malam ini saya harap sangat kedaulatan sultan itu benar-benar ada. Saya yakin sultan saya tersangat bijak. Baginda kan baru saja mencapai jubli perak 25 tahun pemerintahan aman makmur semalam. Kalau ada yang kena muntah darah esok pun ok juga rasanya. Dirgahayu tuanku!

Saya memang masih tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya. Cuma sekarang ni saya ada rasa macam nak bunuh orang. Ada sesiapa boleh bekalkan C4?