Friday, July 26, 2013

Separuh Mati

Salam Ramadan.

Tajuk di atas bukan kerana separuh mati berpuasa.

Tadi saya tertonton drama bersiri Maskara di RTM1. Sebelum ini ada juga beberapa kali saya tonton tapi tidak pernah menonton episod penuh. Ada saja urusan lain.

Malam ini pun sama sebenarnya. Hanya dapat tonton dari scene Lynn berkongsi masalah di gym.

Selain sebab ini drama terbitan KRU Studios, saya rasa drama ini menarik kerana mengisahkan isu-isu wanita -dengan empat orang heroin yang menjadi tunjang utama, mereka cuba mengutarakan masalah wanita dan cara untuk mengatasinya (tidaklah dengan pendekatan yang terlalu direct).

Dalam episod kali ini ada salah satu lagu kegemaran saya dalam KRUnomena , Separuh Mati.


Sedap kan? Mendayu-dayu gitu.


Dan untuk awak, dalam lagu tu ada banyak persoalan yang mahu sangat ditanya.