anak jati Perak Darul Ridzuan yang mahu jadi manusia cemerlang dan teringin menjadi penulis gemilang.Suka menjadi penyair, cuba menjadi cerpenis, tetap mahu digelar penulis!
Tuesday, December 25, 2007
KENDURI
Paling tak best bila ada kenduri kat kampung. Kalau tak pergi tak bolehla pulak. Sebelum dapat free lecture, lebih baik pergi.
Dua minggu lepas, ada sedara kahwin. Saya tak kenal sangat memandangkan yang nikah tu anak kepada sepupu mak yang tak berapa saya kenal. Sedara-mara sebelah mak memang ramai, tapi bukan semua duduk di kampung lagi (saya pun tak duduk di kampung), ramai yang merantau sana-sini, jadi bukan salah sayala kalau tak kenal semua.hehe.
Waktu kenduri tu, memang ramailah sedara, pendek kata memang semuanya rakan-rakan sepermainan mak saya. Saya je yang tak kenal ramai orang. Yang membuatkan rasa tak seronok tu, soalan paling popular ialah ‘bila nak kahwin?’. Jadi bila mak saya bergebang dengan sedara-sedara, mesti last2 orang akan tanya bila saya nak kahwin. Alahai. Boring betullah, sebab saya terpaksala sengih-sengih dan buat-buat malu. Gadis melayu sejati la kononnya. Haha. Nak lari tempat lain tak boleh pulak, sebab saya bukan kenal orang. Macamla saya ni dah boleh kahwin sangat, kalau kahwin betul2 karang terkejut pulak. Saya memang tak suka pergi kenduri kahwin sekarang!
Tuesday, December 11, 2007
SENDIRI
Ada pesta orkid di Ipoh. Mak saya yang ‘gila’ bunga memang jadi bersemangat di situ. Saya yang tak berapa minat ni, cuma (terpaksa) jadi pengikut. Haha. Pamerannya bukan panjang sangat pun, tapi kalau dah ulang-alik banyak kali, lenguh juga kaki. Macam nilah agaknya, rasa boring mak saya bila saya tunggu saya ‘menempek’ di kedai buku.
Sebab itu kalau ke kedai buku saya lebih suka sendiri. Lebih tenang. Memang kita perlu ada masa sendiri.
Friday, November 30, 2007
DEMAM!
Selesai membaca novel terbaru Serunai Faqir, Lagukan Senandung Itu. Tentu sekali ada sesuatu yang istimewa dengan novel ini, sampai demam saya membacanya. Dalam demam-demam tu dapat juga saya habiskan.
Saya ingat masa posmen hantar novel tu ada bunyi gendang bersenandung, tapi rupanya ada bunyi hon je. jangan marah abg ngah. Hehe.
Banyak yang menarik. Sebagai pembaca, novel ini memberikan sebuah ‘kehidupan’ baru untuk saya. Pusing-pusing menjelajah semenanjung malaysia, malah ke korea untuk gendang. Disulami dengan masalah-masalah natijah daripada dendam (baca betul-betul: dendam, bukan demam=) yang bermula dengan iri hati dan cemburu, orang melayu perlu sedar penyakit hati ini sudah terlalu lama dilabelkan pada masyarakat kita.
Selain baru tahu tentang istilah-istilah gendang (malah nama alatannya pun saya baru kenal), novel ini banyak mengetengahkan ‘senjata-senjata’ melayu seperti santau dan sudi, dan kaedah ‘pertahanan’ seperti pelangkah dan jampi-jampi lain. Memang unik. (ada silap baca jampi kot, sampai saya demam.hehe)
Apa yang paling bagus tentang novel sebegini adalah fakta-faktanya. Saya bukan seorang yang begitu tekun kalau membaca buku-buku ilmiah. Kalau letakkan sebuah buku sejarah gendang depan saya, mungkin lambat baru saya boleh habiskan, jadi cara lain yang lebih mudah untuk mendalami ilmuilmu baru adalah denga novel. Kaedah santai yang melancarkan pembacaan tapi dalam masa yang sama mempunyai sasaran ilmu tertentu. Memang, manakan sama banyaknya fakta dalam ensiklopedia berbanding dalam novel, tapi untuk orang yang ada perangai macam saya, lebih baik daripada tak ada, sekurang-kurangnya bentukkan ‘tahu’ dalam minda, mungkin minat akan datang nanti.
Wednesday, November 21, 2007
PASCAMENGEMAS
Mungkin sedikit pelik, secara tak sengaja, saya memang suka simpan benda yang tak berguna. Contohnya keratan-keratan akhbar tentang berita yang saya sendiri tak tahu kenapa saya simpan. Begitu juga barang-barang yang kononnya ada nilai sentimental, padahal tak ada nilai apa-apa pun. Mungkin waktu itu saya rasakan benda tu menarik dan saya suka, tapi selalunya setahun kemudian saya pasti buang juga=)
Sambil belek-belek harta karun dalam bilik, selak-selak diari lama, saya bukan orang yang aktif menulis diari, cuma catat sebaris dua, itupun bukan setiap hari. Selalu saya dengar penulis-penulis bermula aktif menulis dengan minat mencatat di diari. Entah kenapa saya tak rajin menulis diari. (tapi saya suka baca diari=) Saya lebih cenderung meletakkan ‘barang’ di diari. Sewaktu pertama kali buat ujian darah sendiri dahulu, saya lebih suka melekatkan kad ujian darah yang digunakan daripada menulis panjang-panjang. Setiap kali nampak kad tu, saya akan ingat jerih-payah semasa buat ujian darah dalam makmal waktu tu. Memang payah. Bayangkan perlu cucuk hujung jari sendiri untuk dapat setitis darah. Cucuk sendiri tau, bukan pakai alat yang selalu nurse guna tu. Pulak tu, bukan boleh cucuk perlahan, nanti darah tak keluar, perlu beri impak yang kuat. Jadi, saya yang tak sampai hati buat sendiri terpaksa minta kawan saya yang buatkan.haha. Cuma terfikir kalau-kalau saya terlebih cucuk. Tapi hal macam tu secara logiknya tak boleh berlaku kerana jarum tu adalah jarum khas.
Kembali pada hal belek-belek barang tadi, saya pun terjumpa surat-surat dari kawan-kawan pada zaman tak ada handphone dulu. Seronok apabila baca kembali surat-surat lama. Walaupun hanya cerita budak-budak, tapi kemesraan tebal. Sekarang, lebih kerap berSMS, mesra juga, tapi lebih ringkas selalunya. Walau apapun, yang paling penting :sekali berkawan, tetap kawan selamanya!

ini bukan salah satu sampah dalam bilik saya, sengaja saya letakkan buat kenangan di sini
Sunday, November 18, 2007
SIBUK
nantilah saya update yang lain..
Thursday, November 08, 2007
BANYAK
haha tak nak cakap pasal angkasawan lagi. mungkin bila2 senang nanti saya cuba2 senaraikan macam yang Arzee minta tu. (kalau memang saya betul2 rajin nak buat macam tu, lepas tu nampaknya kena minta claim dari kerajaan)
saya sebenarnya tak nak fikir panjang2 hal yang tak terlalu berkaitan. kalau nak sebut pasal duit tu lebih baik guna untuk buat pelancar, macam tak biasa pulak dengan persekitaran kita ni, ada lagi yang tak betulnya nanti. hal tu pun boleh jadi masalah. lagipun, dah org tawarkan hantar angkasawan, terima seadanya. itupun dah banyak pakai belanja. (aduh tadi kata tak nak cakap pasal angkasawan)
bertukar! (macam dalam cerita yang guna kad untuk jadi super hero tu, saya lupa nama dia)
selepas berakhir era suka sangat dengan doraemon, saya suka tengok shin chan, tapi mak saya memang anti shin chan (mesti semua org tau kenapa).
lama2 tengok shin chan tu pun boleh jadi tension.
tapi kalau disuruh pilih antara shin chan dengan chibi maruko chan (betul ke ejaan ni?) saya lebih rela pilih shin chan. maruko tu,
masyaAllah, rasa macam nak lempang je.haha tapi sebenarnya saya lagi suka pingu. kawan2 saya selalu pelik macam mana saya boleh suka kartun ni. kalau tengok betul2, pingu ni boleh menjana minda tau. satu contoh, kita boeh faham (atau cuba faham) apa yang dia cakap, walaupun kita tak faham bahasa dia.pingu pingu tapi kadang2 geram juga!
tak kisahlah yang mana pun. kita boleh buat banyak pilihan. hiudp ni bukan objektif. dalam satu ceramah oleh Prof. Khoo Kay Kim dulu beliau menyebutkan bahawa kita tak perlu pilih. tapi kita perlu menilai. yup saya setuju. hidup adalah subjektif. kita tak perlu susah2 pilih antara nasi lemak dan nasi goreng yang mana paling best, paling kita suka, paling elok dimakan. tapi kita perlu menilai kedua-duanya, bukan untuk cari yang terbaik tapi untuk memahami.faham ke? macam mana nak huraikan ni, mungkin lain kali boleh cerita tentang topik ni. sebelum saya melalut-lalut, lebih baik stop.
kalau nak tahu what we want most, mungkin boleh pinjam kompas jack sparrow.
rasa macam nak pergi belayar pulak!

kak rai, lagu ferhad tu saya dengar kat radio je, kak rai siap burn dalam cd, ish ish ish
Wednesday, October 31, 2007
KOKOK AYAM & PENGAJARAN

Ini adalah catatan promosi diri: KEMPEN!
sebuah website menganjurkan pertandingan puisi, kata penganjur, maklumkan kepada para peminat supaya mengundi. Jadi para peminat saya, mari mengundi! haha. sesiapa yang nak undi boleh klik sini, kalau tiba-tiba rasa terus nak undi saya, kod puisi saya Puisi 10.
tapi, maaf, saya tak mampu memberikan duit minyak untuk anda mengundi, tak mampu untuk menurap jalan tanah merah kat kampung anda yang memang sejak belum merdeka lagi begitu. begitu juga saya tak cukup kewangan untuk memberi duit kopi, atau duit rokok. maaf banyak-banyak, duit raya saya pun dah habis.haha, moga ini undian yang bersih!
Selamat menjalani hari-hari yang gemilang.
Pertama kali mendengar lagu baru nyanyian Ferhad, Kukoo, memang saya terpegun. Pertama kerana liriknya yang begitu sinis dan kedua kerana deklamasi-rap oleh Pak Samad yang begitu selamba dan sedap didengar. Secara peribadinya, saya sangat suka lagu-lagu sebegini sebab ramai yang sukakan hiburan, dengar radio dan tengok tv. Jadi dengan adanya lagu-lagu begini, selain hiburan, dapat juga beri pengajaran dan teguran. (selain dapat juga kenalkan kepada orang yg tak tau bahawa A.Samad Said tu sasterawan negara!)
Selain lagu ferhad ni, Ahli Fiqir juga antara artis muda yang banyak masukkan unsur teguran dan pengajaran dalam lagu. Bagus. Kalau artis nasyid, dah tentulah banyak pengajarannya, cuma berapa ramai golongan muda terutamanya yang dengar nasyid? Ditambah lagi dengan prinsip ntah apa apa kebanyakan radio swasta yang tak banyak putarkan lagu nasyid, pengajaran dalam lagu-lagu nasyid hanya mampu diselami insan-insan yang dengar IKIM contohnya.
Jadi adalah sangat penting sebenarnya artis-artis dan komposer-komposer (kawan-kawan yang bakal jadi komposer, take note ya!) hasilkan lagu yang tak hanya hidup dalam kepompong kisah cinta yang tak kemana.
Begitu juga penulis. Penulis perlu menjadi pencetus kepada sesuatu yang bagus. Setelah saya mengenali ramai penulis-penulis muda, membaca tulisan penulis-penulis mapan, saya faham bahawa penulis bukan semata-mata menjadi pencerita, tetapi perlu jadi pemikir, penegur, penyebar ilmu, pencetus budaya positif dan banyak lagi sebenarnya.
Banyak perkara yang boleh dipandang positif. Kalau sesuatu dipandang positif, tentu namapk cantik, baik dan kita pun tak pening dengannya. Saya masih berfikir, adakah perlu mencari negatif dahulu atau saya yang memang kurang merasa masin dunia ni yang terlalu fikir positif. Menyentuh isu angkasawan negara. Saya dengar-dengar ramai yang memberi tanggapan negatif. Antara yang popular ialah penghantaran angkasawan negara adalah suatu pembaziran.
Dari sudut pandangan saya sendiri, hal ini sangat baik. Dengan penghantaran seorang angkasawan dari projek timbal balik pembelian dengan rusia ni, ramai anak-anak muda belia yang berminat dengan sains angkasa, ramai yang tak lagi ‘takut-takut’ dengan sains. Kalau sebelum ini orang kata anak melayu bukan ‘berotak’ sains. Hari ini, anak melayu yang pergi ke angkasa.
Tahniah untuk Dr.Sheikh Muszapha!
Katakanlah, bukan anak malaysia yang jadi angkasawan tu, angkasawan dari negara jiran contohnya yang naik Soyuz tma11 tu ke ISS, tentu orang-orang yang bising-bising kata projek angkasawan malaysia tak patut ada sekarang ni akan berdiri dan menjerit “mana perginya anak malaysia!” huuu agaknyalah.hehe
Saturday, October 20, 2007
SALAM AIDILFITRI LAGI
banyak saya ingin kongsikan sebenarnya.. tentang kisah-kisah beraya (selamat hari raya), tentang jejaka hebat malay yang berada di angkasa (oh saya bangga walaupun dia bukan siapa2 pada saya!), tentang bulan puasa, tentang seoran gtengku yang bilala agaknya nak berakhir (ape ni?), tentang macam2 lagila.
tapi, dalam sebulan lepas raya ni, saya memang akan menjadi manusia yang sangat sibuk (kononnya?)
tapi tetap ada masa kalau ada sesiapa yan gnak jemput ke open house! haha
doakan saya!
Monday, October 08, 2007
SALAM AIDILFITRI
Salah satu perubahan yang paling hampir dengan kita adalah cara berhubung. Kalau dahulu, guna surat, kalau kecemasan guna telegram, ataupun maju sedikit guna telefon. Surat selalunya bertulis tangan, mahu cantik sedikit guna typewriter, lebih baik bertaip komputer. Tapi sekarang sudah terlalu maju. On komputer, boleh hantar e-mel. Rasa mahu bersembang, chatting di IM. Bukan boleh chat sahaja, boleh tengok muka secara life juga.
Kalau kecemasan, handphone sentiasa ada di tangan. Bila-bila boleh call. Mahu jimat, hantar sms.
Menjelang sambutan-sambutan tertentu, hari raya yang tak lama lagi misalnya, alat-alat perhubungan begini memang hot. Musim-musim perayaan contohnya. Antara kad-kad biasa atau kad-kad maya anda lebih suka yang mana?
Kad-kad digital selalunya lebih menjadi pilihan. Mungkin kerana mudah, murah, cepat, selamat dan macam-macam lagi. Mudah, tak perlu setem, tak perlu tulis. Murah, tak perlu beli kad di kedai, pilih saja yang disukai. Cepat, tak ambil masa untuk pos, untuk pilih kad, satu kad yang sama boleh dihantar kepada semua orang. Atau saja, kalau rasa terlalu banyak corak-corak menarik, sampai tak terpilih, boleh hantar seberapa banyak kad pun, kos masih sama. Tentu sekali selamat, dijamin sampai sekarang=) Selain itu, tarikan utama kad-kad digital ini selalunya pada animasinya. Bukan sekadar kad, ada video, kartun, lagu dan macam-macam lagi.
Cara yang lebih ringkas. Hantar sms saja. Tak perlu susah-susah, taip ucapan, terus send.
Tapi sejauh mana keberkesanan perutusan-perutusan digital ini? Selalunya kalau inbox e-mel penuh, mana-mana yang tidak penting, akan di’delete’. Termasuklah kad-kad cantik tadi. Namanya pun alam maya, macam tak ada. Begitu juga dengan sms, namanya pun short message, tentu sahaja jangka hayat ucapan-ucapan tadi lebih pendek lagi.
Dalam gaya hidup diselubungi teknologi, cara ‘manual’ masih juga disukai ramai (berdasarkan pemerhatian). Kad-kad, atau surat-surat ini boleh disimpan lama. Boleh jadikan harta warisan keluarga=)
Tapi ini tidak bermakna, ucapan-ucapan yang temporary ini tidak dihargai. Tentu saja setiap ingatan itu berharga.
Kalau saya sendiri, saya lebih suka yang manual. Em tak juga. Sebenarnya saya suka menerima kad-kad manual/biasa. Tapi suka menghantar kad-kad atau ucapan-ucapan digital. Hahaha hipokrit sungguh!
Anda pula bagaimana? Mungkin ada yang suka sms, ada yang suka surat berjela. Mungkin ada juga yang tak suka apa-apa=)
Saturday, September 29, 2007
BLOG MANTAN MPR
Atas inisiatif beberapa orang mantan MPR, sebuah blog rasmi mantan Minggu Penulis Remaja telah ditubuhkan.
Tidak dapat dinafikan, pembinaan blog ini bermula setelah melihat "kejayaan" Blog Rasmi MPR 2006 mengumpul dan "mengikat" kami, mantan-mantan MPR 2006 (dan juga para mentor tersayang).Saya amat berharap agar blog Mantan MPR akan berjaya mencapai objektifnya. Sekurang-kurangnya dengan berkah bulan Ramadan.
Monday, September 24, 2007
SAINS LAGI..
Moga kita semua terus-terusan sihat dan hebat di bulan puasa. Puasa adalah sesuatu yang sangat menyihatkan. Rahsianya, puasa merupakan kaedah rawatan tertua di dunia. Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu rawatan kepada pesakit-pesakit mereka. Malah, Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi adalah antara golongan bukan Islam yang sering kali berpuasa.
Berdasarkan kajian, antara penyakit yang dapat disembuhkan puasa ialah athma, radang sendi, sukar tidur, gangguan pada system penghadaman dan penyakit kulit. (saya percaya tentu ada banyak lagi)
Dari sudut kesihatan, puasa sebenarnya selalu diamalkan oleh para haiwan=)
Menurut Dr. Cindy Engles, binatang jika sakit, akan menjauhi makanan. Kalau ada yang tak percaya boleh lakukan kajian. Puasa mampu mempercepatkan kadar penyembuhan kerana secara umumnya, bakteria memerlukan zat besi untuk bertindak, maka dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan ini akan melemahkannya.
Sedikit petikan dari Dr. Lonny J.Brown “sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan puasa semasa sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.”
Justeru, alangkah hebatnya orang-orang Islam. Sepanjang hayat kita diwajibkan memasuki bulan pembersihan badan (detoksifikasi; pembersihan badan daripada toksin), di samping pahala yang begitu mudah diberikan.
Rujukan: Quran Saintifik; Dr. Danial Zainal Abidin.
Monday, September 17, 2007
SALAM RAMADAN
Masuk saja bulan puasa, memang ada banyak cerita. Kalau zaman budak-budak,ramai yang puasa yang yok – makan nyorok-nyorok. Tapi saya masa kecil-kecil dulu kiranya dalam kategori budak baik la juga, jujur puasa=)
Saya selalu dengar cerita, ramai orang yang akan datang penyakit, seiring dengan kedatangan bulan puasa. Tapi sampai hari ni, saya masih belum pernah berdepan dengan golongan macam ni, setakat dengar cerita saja.
Bulan puasa ni sebenarnya bulan ajaib. Satu contoh, orang yang dalam kategori perokok tegar, boeh stop merokok waktu puasa. Fuh, tak ke ajaib tu! Contoh lain, orang yang tak pernah boleh bangun subuh pada hari-hari biasa, waktu bulan Ramdan mulia ni boleh pula bangun sahur. On time pulak tu. (golongan-golongan macam ni memang saya biasa jumpa)
Puasa sebenarnya sesuatu yang sangat menyihatkan. Sangat saintifik. Sudah ada beberapa kajian yang dibuat berkenaan puasa (Ramadan). Antaranya pada tahun 1984, kajian dilakukan oleh Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman, Jordan. Beliau melakukan kajian terhadap 42 oang lelaki dan 26 orang wanita Islam. Darah setiap orang diperiksa bagi mengenal pasti kadar cortisol, testosterone, potassium, sodium, urea, glucose, cholesterol dan asid lemak. Pada akhir bulan didapati paras gula dalam darah mereka menurun ke tahap rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Begitu juga dengan paras lemak dlam darah yang secara umumnya turut menurun. Selain itu, kadar kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL menurun dan sebaliknya kolesterol ‘baik’ iaitu HDL meningkat.
Banyak lagi rahsia puasa yang belum dapat kita singkap. Setiap ibadah datangnya dari Allah, hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk umat terbaik ini.
Terakhir; jangan lupa bersahur, kerana “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” Hadis Nabi, riwayat Muslim, Amad, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai.
Rujukan: Quran Saintifik; Dr. Danial Zainal Abidin.
Sunday, September 09, 2007
SASTERAWAN dAn TAULADAN
Saya lebih suka mencari contoh yang realistik. Realistik di sini saya maksudkan dengan contoh-contoh yang lebih dekat dengan kehidupan. Mudah diterima serba–serbi. Oleh itu saya lebih suka membaca karya-karya sastera. Novel dan cerpen contohnya, tentu sekali berkisar tentang kehidupan manusia, kalau cerita tentang binatang pun, masih tetap dikira sebagai kehidupan. Di sinilah saya temui tauladan!
Masalah bagi orang seperti saya, kalau penulis tersebut memberikan cerita yang bagus, alhamdulillah. Tetapi kalau sudah menyimpang ke sana sini, alahai, saya akan jadi apa? Memang selalu dikatakan, kalau ketemu sesuatu, fikir dahulu baru terima. Kalaulah pembaca waras masa tu=) Kalau otaknya memang kosong...

Tuesday, August 28, 2007
MALAYSIA MERDEKA!

Oh, ada yang bertanya soalan sebegini: “Kenapa artis-artis kita tak boleh pakai seksi-seksi, kenapa artis barat boleh”
Ataupun soalan lebih kurang seperti ini: “Kenapa kita tak boleh bebas kesana sini, kenapa orang lain boleh.”
Atau yang mana-manapun, tapi formatnya begini: Kenapa kita tak boleh …….., kenapa orang ……. boleh.
Jawapannya?
Kerana kita ada dua, agama dan bangsa. Agama, memang jelas. Bangsa?
Bangsa kita ada adat, ada budaya, ada resam turun temurun, ada unsur lembut nan sopan dalam jiwa terdalam, ada bahasa tutur bijaksana yang jadi sandaran, ada warisan zaman-berzaman. Semua ini ada dalam jati diri kita –membentuk integriti.
Ya integriti.
Kalau disebut semangat cintakan bangsa,
Integriti tinggi bukan pada modennya cara hidup. Bukan pada hebatnya berasimilasi. Bukan pada pandai meniru-niru gaya yang entah apa-apa. Integriti ada pada budi, pada fikir waras, pada pekerti yang dilentur dari kecil-kecil lagi.
Jadi orang Melayu, sedar-sedarlah diri Melayu. Bukan asyik melayu atau meniru.
bukannya bermaksud disuruh puji yang baik-baik saja. Tapi kita ikut warisan yang baik, tegur mana yang macam tak kena, betulkan mana yang salah, pertahankan mana yang patut.
Jadi, tak timbul soalan apa perlunya GPMS perjuangkan Sains dan Matematik kembali ke Bahasa Melayu@ Malaysia. Tak perlu kritik kenapa badan itu, badan ini, sibuk-sibuk perjuangkan warisan yang entah dari zaman mana. Tak perlu pelik kenapa ada yang minta pertahankan peratus itu, kurangkan peratus ini.
Huhuhu. Saya paling tak suka orang asyik kutuk bangsa sendiri. Kalau kutuk untuk kebaikan tak apalah juga. (ini bukan tandanya saya fanatik perkauman)
Macam orang yang duduk belakang saya masa satu sesi ceramah. Namanya pun ceramah yang ada kena mengena dengan bangsa, tarikh pun dah dekat merdeka. *Biasalah kalau kita imbas sejarah-sejarah gemilang bangsa. Biasa juga kalau penceramah tegur tentang kebejatan anak-anak bangsa yang dah jadi macam tak berbudaya. Biasalah kan (*berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa)
Orang yang duduk belakang saya tadi, asyik bagi komen tak rasmi. Apa-apa yang penceramah cakap tentang bangsa, dia kritik. Kritikan yang bagi saya langsung tak membina. Kalau komen-komen dia tu pada saluran betul, tak apalah juga, contohnya macam beritahu terus pada penceramah, “saya tak setuju!”. Tapi dia asyik mengomel, belakang saya pulak tu. Huh.
Habis program, dengan rasa tak sabar-sabar, saya pusing belakang (semasa dia bagi kritikan macam-macam waktu program, saya malas nak pandang. Nanti dia ingat saya berminat dengan idea-idea tak bertempat dia tu=)
Tengok orangnya, oh patut pun. Kenapa? Kalau tak kerana rambut hitam, mata hitam dan kulit coklat Melayu, saya ingat dia orang US. Hahaha. Ops!
Mudah-mudahan dia beroleh kesedaran dari jati diri sendiri sempena merdeka ni=)
................................................................................................
Setelah beberapa lama asyik terkejar-kejar, berlari-lari, penat sana sini. Akhirnya, saya boleh cutiiii !!!!
Terima kasih Malaysia, kerana merdeka!
Jangan ada yang tak tahu –Malaysiaku Gemilang!
(agaknya orang yang duduk belakang saya tadi tu tahu tak?)
Hahaha saya kalau tengah geram memang tak berapa stabil.
Monday, August 20, 2007
BEBERAPA CATATAN
i- Diskusi Karya Alumni Minggu Penulis Remaja
Pada pagi Sabtu itu, saya tiba di DBP agak terlewat, memandangkan sebagai salah seorang urusetia, seharusnya saya sudah sedia di sana seawal 8 pagi. Tetapi, nak buat macam mana, masalah logistik, alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang timbul. Sampai di tingkat dua, ramai ajk yang sudah mula bekerja. Ada Kak Ummu Hani, Abang Fahd Razy, Kak Hani Salwa, Izzah, Ode dan Firdhaus.
Majlis bermula lewat (seperti biasa?) tetapi tetap berjalan lancar. Bermula dengan diskusi tiga buah novel dari tiga orang mantan MPR, Justeru Impian di Jaring –Zaid Akhtar, Ladang Hati Mustika –Ummu Hani dan Misi Piramid –Ida Munira.
Tamat diskusi novel, montaj ringkas ditayangkan. Memang agak ringkas, memandangkan pengarahnya, Azree, terlalu sibuk dan terpaksa akur dengan tuntutan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan perhatian. (jangan marah tuan pengarah)
Majlis diteruskan dengan deklamasi puisi mantan-mantan MPR. Deklamasi dimulakan oleh Ode, seterusnya duet Firdhaus – Hidayah, Fahd Razy dan akhir sekali gurindam Sembilan oleh kak Nisah Haron.
Selain acara deklamasi, turut terselit program pelancaran Antologi 9! oleh Dr. Amida Abdulhamid, yang memuatkan sembilan cerpen karya sembilan penulis mantan MPR dan program baca cerpen Hizairi Othman. Cerpen Hati Milik Kesuma karya Hizairi Othman dibaca oleh empat orang mantan.
Seterusnya, berlangsung Diskusi Cerpen dan Puisi mantan-mantan MPR yang telah tersiar di media cetak tahun 2005-2007. Lapan buah cerpen didiskusikan oleh saudara SM Zakir manakala sepuluh buah puisi didiskusikan oleh saudara Rahimdin Zahari.
Sebelum makan tengah hari, acara wajib yang paling dinanti tentu sekali sesi bergambar. Bukan mudah bertemu selalu.
Banyak yang menarik. Sebuah keindahan yang tak terungkapkan J Selain mendengar sebuah puisi saya didiskusikan, gembira juga dapat bertemu rakan-rakan batch 2006 (semestinya kami golongan majoriti =) dan berkenalan dengan para senior.
Nyata pilihan yang dibuat tepat J
Program tamat sekitar jam empat. Saya balik menumpang kereta cantik Kak Rai (ikhlas ni, bukan mengampu). Terima kasih kepada Kak Rai yang sudi menghantar sampai ke depan tangga. Hehe.
Gambar-gambar bakal menyusul kemudian. InsyaAllah.
ii- Hari lahir yang entah keberapa
Bulan Ogos begitu banyak nostalgia. Selain hari lahir saya, blog ini juga sebenarnya lahir sekitar Ogos. Tetapi oleh kerana pelbagai eksperimen dan proses edit-delete, saya sendiri tidak pasti tarikh yang sebetulnya. Yang pasti tetap Ogos. Selamat menyambut ulang tahun pertama blogku. Selama setahun ini, rasanya sudah tiga kali berlaku pertukaran besar-besaran cat@template –gara-gara eksperimentasi saya yang kadang-kala (selalunya) tak menjadi.
Usia sudah bertambah, kematangan mesti bertambah juga (boleh ke?).
Tahun ini, rasa teruja menyambut hari lahir sudah berkurangan. (tanda-tanda kematangan agaknya=). Saya terfikir, kalau setiap tahun rasa teruja menyambut hari lahir berkurangan, mungkinkah sepuluh tahun lagi saya terlupakan tarikh lahir sendiri?
Teruskan eksperimen.
Terima kasih untuk semua ucapan, sejak di program diskusi lagi.
iii- 21 Ogos
21 Ogos bakal tiba. Alertlah wahai umat Islam. Selamat menyambut Hari Memperingati Al-Aqsa.
(entri ini ditulis sambil mendengar lagu-lagu Adibah Noor dari cd, hadiah pemberian Kak Hani Salwa. Thanks!)
Friday, August 10, 2007
HARI TERBUKA MPR
Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput para penggiat dan peminat sastera ke program HARI TERBUKA MPR & DISKUSI KARYA ALUMNI MPR 2007 (NOVEL, CERPEN DAN PUISI) yang akan diadakan pada 18 Ogos 2007 (Sabtu) bertempat di DBP. Maklumat lanjut berkenaan diskusi tersebut adalah seperti berikut:
TARIKH : 18 OGOS 2007
TEMPAT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KL
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
(Sepanjang hari juga akan ada jualan buku, foto, catan, kek, t-shirt MPR. Mantan MPR diundang datang untuk berinteraksi dengan penulis serta masyarakat pembaca. Semua diundang, termasuk khalayak sastera. Akan ada juga baca puisi santai dan bicara ringan.)
9.00 PAGI - PENDAFTARAN
9.20 PAGI - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS DAN BACAAN DOA
9.30 PAGI- DISKUSI NOVEL
NOVEL 1- JUSTERU IMPIAN DI JARING KARYA ZAID AKHTAR
PEMBENTANG : DR KAMARIAH KAMARUDDIN (UPM)
NOVEL 2- LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN
PEMBENTANG : PROF MADYA AMIDA ABDUL HAMID (UM)
NOVEL 3 - MISI PIRAMID KARYA IDA MUNIRA ABU BAKAR
PEMBENTANG : DR MISRAN ROKIMIN (UKM)
11.30 PAGI - BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENULIS NOVEL
PEMBENTANG :
ZAID AKHTAR
UMMU HANI ABU HASSAN
IDA MUNIRA ABU BAKAR
12.30 PETANG - REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI
2.00 PETANG - DISKUSI CERPEN DAN PUISI
SESI SATU (CERPEN)
PEMBENTANG : SAUDARA SM ZAKIR
CERPEN :
1. J e Zu Be (Ummu Hani Abu Hassan) Dewan Siswa 2007
2. Surat Buat Kristina (Ghafirah Idris) Dewan Kosmik 2007
3. Selembar Sejadah di Lantai Madrasah ( Salman Sulaiman)
4. Mencari Qudwah (Ainul Muaiyanah Muhd Sulaiman) Dewan Siswa 2006
5. Mati Pasti Menang ( Abdul Rauf Baharuddin) Tunas Cipta 2005
6. Sayang Si Mamat (Nur Afiqah Abu Samah) Tunas Cipta 2006
7. Ustazah Es (Amir Muhkriz) Antologi Kudeta
8. Warkah Perang Melaka (Khairul Nizam Raub)
SESI DUA (PUISI)
PEMBENTANG : SAUDARA RAHIMIDIN ZAHARI
PUISI:
1. Menyembelih Haiwan (Fahd Razy) Dewan Sastera 2006
2. Mantera Ababil ( Azizul Ikhwan) Tunas Cipta 2005
3. Kasih Siapa (Nurul Iman Dashuki) Dewan Siswa 2006
4. Segugus Kunci ( Nissa' Yusof) Utusan Melayu 2007
5. Nyanyian Seorang Teman (Azree Arifin) Dewan Siswa 2007
6. Tangisan Luka (Farahana Hussain) Tunas Cipta 2006
7. Kisah Kasih II (Mohd Hafiz Abdul Latiff) Remaja 2005
8. Azam Baru (Nimoiz TY) Dewan Sastera, 2007
9.Salam Buat Nablus II (Khairun Nasriah Abdul Salam)
10. Bukan Remang Sangka (Ida Munira Abu Bakar) Tunas Cipta 2006
4.00 PETANG- MINUM PETANG DAN BERSURAI
Friday, August 03, 2007
POSITIF
selalulah berfikiran positif..
yang positif itu selalunya lebih baik dari yang negatif
ii
pandanglah masa depan dengan positif, yakini kejayaan, elakkan "kalau" dalam hati
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. di sinilah letaknya kekuatan tawakkal dalam setiap perkara yang kita lakukan.
iii
cuba renungi setiap kejadian negatif dengan sudut berbeza, insyaAllah (kalau ada) kita akan nampak nilai positifnya, yang mungkin tak mampu dilihat orang lain.
orang selalu berkata, jangan jadi lalang, tidak ada pendirian,
tapi lalang itu sebenarnya kukuh pegangan
...
jadilah lalang berakar tunjang
ditiup ribut pun tidak melayang
kita tetamu istimewa
utusan melayu mingguan
2 JULAI 2007
Wednesday, July 25, 2007
BLOGGER SUDAH MELAMPAU?
Dewan Negara: ISA bagi penulis blog sentuh isu sensitif
-berita harian
'Pihak Berkuasa Bebas Pantau Blog'
-berita harian
Amaran kepada penulis blog
-berita harian
Pengendali bangkit isu perkauman, hina agama akan kena tindakan tegas: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak (gambar) malam tadi menegaskan pengendali dan penulis laman blog yang membangkitkan isu berbau perkauman atau menghina agama tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.
adakah dunia tanpa sempadan mendatangkan lebih banyak kemudaratan? mungkin.
Wednesday, July 18, 2007
DUA PERKATAAN
wartawan: bagaimana tuan berjaya menguruskan cawangan ini dengan begitu baik?
manager: dua perkataan.
wartawan: apa dia dua perkataan itu?
manager: KEPUTUSAN BETUL
wartawan: bagaimana tuan dapat membuat keputusan dengan betul?
manager: dua perkataan
wartawan: apa dia?
manager: KEPUTUSAN SALAH.
maka, kita sebenarnya boleh banyak belajar daripada kesilapan.
jangan marah andai sesekali tersilap, kerana itulah sebenarnya pendorong kejayaan sebenar.
tapi sebenarnya, kalau tersilap bagi jawapan dalam exam, tension juga=)
Thursday, July 12, 2007
IMPIAN
terasa bagaikan sudah terlalu lama tak update blog. nak mulakan ayat pertama pun susah..
hmmm
saya tiba-tiba teringat tentang azam-azam yang saya ter'lupa'kan.
dalam menuju sebuah impian, banyak cita-cita sampingan yang saya pesakkan sepanjang jalan. saya yakin hal ini biasa kepada kebanyakan orang lain.
cuma baru-baru ini, sewaktu berchatting dengan seorang bekas guru, beliau bertanya tentang sebuah impian yang pernah saya ceritakan kepada beliau.(impian ini dirahsiakan)
MasyaAllah.. saya hampir lupa impian sendiri. terima kasih cikgu, kerana ingatkan saya.
perkara ini membawa saya menyusuri hari-hari mendatang. selepas membaca entri KaK Rai
tentang mantan-mantan MPR yang hilang, saya terfikir sendiri, adakah suatu hari nanti saya akan menjadi seperti golongan yang banyak itu. adakah saya akan meninggalkan penulisan dan tunduk kepada tuntutan tanggung jawab semasa seperti orang lain.
walau apapun, mudah-mudahan tidak!
setakat sekarang, saya masih berkobar-kobar, walaupun jarang karya tersiar. saya cuba-cuba saja.
Wednesday, July 04, 2007
DARI PASAR
orang melayu terlalu lembut. kita boleh lihat hal ini dari isu yang besar hingga yang kecil. dari parlimen ke pasar.
yang besar.
baru-baru ini nama bahasa melayu ditukar kepada bahasa malaysia. atas alasan perpaduan.
seperti biasa, orang melayu mesti mengalah.
yang kecil.
kalau kita ke pasar, lihatlah orang-orang melayu yang berjual beli.
kalau pembeli melayu ke gerai ikan cina, bahasa melayunya akan jadi seperti loghat bm-cina.
kalau ke gerai sayur india, bahasa melayunya akan jadi lebih dahsyat.
seperti biasa, orang melayu mesti mengalah.
bangunlah. jangan selamanya melayu di tanah!
ii
baru-baru ini.
orang paling berkuasa sebuah institusi pengajian yang majorotinya penganut islam membatalkan acara bacaan doa dan tilawah untuk sebuah majlis perasmian acara wajib institusi tersebut.
dia mahu tambahkan slot nyanyian, dan dia sendiri mahu menyanyi!
saya tak pasti berapa lama lagi institusi itu boleh bertahan.
-------------
daripada cerita i dan ii
kita seperti tak punya apa-apa.
pertama bahasa @ bangsa, kedua agama.
kalau kedua-keduanya tiada....
Friday, June 15, 2007
NOVEL
Saya kata, kalau dia asyik baca novel pop (kawan saya ini bukanlah penggila novel, cuma baca kadang-kala) yang perkataannya standard, bahasanya ringkas, sampai kurun ke berapa baru dia boleh habiskan berpuluh-puluh ribu perkataan dalam Kamus Dewan.
Kemudian, katanya, bahasa para sasterawan ni terlalu hebat, sampai kadang-kadang menyukarkan pemahaman jalan cerita. Yelah, apabila baca karya yang bermutu, kita memang perlu banyak berfikir, tidak seperti karya-karya yang ringan yang terlalu mudah.
Saya beritahu dia, penulis tu belajar sastera sampai PhD, takkanlah dia nak tulis novel pop pulak!
Wednesday, May 30, 2007
PONTIANAK YANG RINGKAS
baru sekejap tadi, saya menonton Pak Agi ditemuramah di TV1. Yang saya sedar, sejak bertemu Pak Agi di MPR dahulu, saya mula jadi peminat beliau. Hebat orangnya! Dalam rancanagn ogy& salih tadi Pak Agi ada menyebut bahawa puisi adalah ringkasan kepada sebuah cerita.
Kesimpulan ringkas yang dapat saya ambil dari temuramah ringkas tadi ialah, yang panjang lebih mudah dari yang pendek.. seperti kata Pak Agi, membuat filem 2 jam lebih mudah dari 5 minit!
Ahad lepas, saya menonton Supernatural di TV3. Minggu ini tentang pontianak. Wow. Hebat pontianaknya, pakai jeans, ada kereta, ada pacar-pacaran lagi tu. Agaknya vampire mat saleh ni memang maju kot. Yelah di Malaysia kan pakai kain putih je. Macam yang dia tunjuk dalam filem tu..
Saturday, May 19, 2007
HATI DAN OTAK
Orang barat berpegang kuat kepada falsafah 'hasil setiap perbuatan bergantung kepada fikiran'kerana mereka yakin semuanya berpusat di otak.
Apalah salahnya sesekali, kita orang Islam ni, bercanggah pendapat dengan orang lain.
Ibnu Sina boleh berjaya mempelopori penemuan baru yang membawa kepada kemajuan perubatan bermula dengan percanggahan pendapat juga. Pada zaman Ibnu Sina dahulu, majoriti ulama usuluddin menafsirkan perkataan "kalbu" yang terdapat dalam ayat
'dalam jasad manusia ada seketul daging, jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan; jika baik daging itu, baiklah seluruh badan; daging itu adalah kalbu.'
sebagai 'hati'. Tetapi Ibnu Sina menafsirkan perkataan 'kalbu' itu secara fizikal, iaitu sebagai jantung, atas alasan kesihatan jantung mempengaruhi kesihatan seluruh badan. Semestinya berlaku percanggahan. Tapi, lihat hasilnya kini, jika beliau tidak berani memlantangkan pendapatnya itu, mungkin Qanun Fi At-Tibb tidak akan wujud hari ini.
Berbalik kepada soal hati dan niat. Kalau dirujuk semula, sebenarnya, Rasulullah telah menyebutkan dalam hadisnya : sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. (Jadi sebenarnya orang baratlah yang bercanggah pendapat dengan kita!)
Cuba minum secawan kopi pada waktu malam dengan niat sekadar untuk minum-minum. Anda tidak akan mendapat sebarang gangguan tidur. (InsyaAllah). Melainkan sambil minum-minum tu hati anda berdetik "malam ni mesti susah nak lelap". Walaupun anda hanya berkata-kata dalam hati, percakapan itu sebenarnya dengan jelas didengar oleh otak, dan otak akan menggunakan 'kepantasannya' memproses setiap patah perkataan yang tidak pun tercapai dek telinga itu. Maka 'pekeliling' rasmi akan dihantar secepat mungkin kepada mata supaya "malam ini susah lelap"
Ataupun cuba makan nasi lemak sebelum ke pejabat, dengan niat untuk sarapan. Pasti anda boleh menjalani hidup seperti biasa, kecuali telah terdetik di hati yang "kalau makan nasi lemak mesti mengantuk"
Perhatikan kembali contoh-contoh tadi. Setiap 'lintasan' yang mengganggu bermula di hati, barulah otak mula berfikir mengenainya.
Jadi, adakah anda percaya, hasil setiap perbuatan kita bergantung kepada niat dan 'ibu pejabat' badan adalah hati?
Wednesday, May 09, 2007
BUKU
Aduh.. ralat sungguh rasanya, buat kesekian kalinya tahun ini masih lagi tidak berjaya menjejakkan kaki di Pesta Buku Antarabangsa. Padahal, secara analitikalnya, tahun ini merupakan permulaan paling mudah untuk saya hadir. Tapi, inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk sesuatu yang lebih perlu diutamakan.
Bercakap tentang pesta buku, sewaktu saya sedang duduk-duduk bersantai pada suatu petang yang tenang, saya terdengar perbualan antara dua orang pelajar universiti. Lebih kurang begini:
pelajar1: kau tak pegi pesta buku kat PWTC tu ke?
pelajar2: kau nak suruh aku cari buku ape kat situ?
Lah, macam ni rupanya pemikiran remaja-remaja cemerlang sekarang. BUKU hanyalah teks yang perlu dibaca untuk lulus exam.. Buat malu universiti jelah!
Budak U mana la tu agaknya...
ii
Cara yang paling berkesan untuk mendapat kefahaman yang sempurna berkenaan
sesuatu ilmu ialah mengulangi bacaan. Sebagai buktinya, bacalah riwayat hidup para ilmuan dan ulama Islam. Antaranya:
1) Ibnu Sina mengulangi kitab "Apa di Sebalik Metafizik" karya Aristotle sebanyak 40 kali.
2) Al-Farabi mempelajari kitab "Jiwa" 200 kali dan
kitab "Pendengaran Semulajadi" 40 kali.
3) Abbas Al-Farisi membaca sebuah kitab sebanyak 1000 kali.
4) Ibnu Ats-Tsaban menekuni kitab "Al-Mudawwanah" 1000 kali.
5) Al-Abhari Al-Maliki mengulang kitab "Mukhtasar Ibnu Abdil Hakam" 500 kali,
kitab "Al-Muwatta" 45 kali,
kitab "Mukhtasar Al-Barqiy" 70 kali dan
kitab "Al-Mabsut" 30 kali.
6) Al-Hafiz As-Samarqandi membaca "Sohih Muslim" sekitar 30 kali.
7) Ibnu Atiyah membaca "Sohih Bukhari" 700 kali.
8) Al-Muhaddis Sulaiman bin Ibrahim membaca "Sohih Bukhari" 280 kali.
Maka apakah lagi contoh yang lebih baik untuk berjaya melainkan mengikuti jejak mereka yang sudahpun berjaya?
Jadi ayuh kita mulakan! (mudah-mudahan kita akan punya masa untuk mengikut jejak para ulama)
Sumber: Petua Menjadi Manusia Pintar-Cerdas, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.
Monday, April 30, 2007
satu nisbah lima!
Catatan kali ini saya tulis dalam keadaan saya mendapat tekanan dari 300 darjah. Adus. Cuma 60 darjah lagi yang terbuka.60:300=1:5.Dalam kesibukan yang sengaja dibuat-buat, saya tahu, saya perlu luahkan perasaan!
Kadangkala saya sedih+hairan dengan perangai mahasiswa-mahasiswi sekarang. Ada yang belajar untuk jadi cikgu yang disegani , tapi tak reti-reti hormat guru mereka sendiri. (macam tau je cerita siapa ni)
Ada yang gunakan study week yang universiti bagi sepenuhnya dengan 'dating' tanpa halangan, dari pagi ke pagi. Ada juga yang menggunakan masa terluang tanpa kuliah dengan bertukar-tukar kisah pakwe dan umpat mengumpat sesama mereka. Maka terwujudlah orang-orang yang menjadi 80% tertekan macam saya. (kalau nak buat apa pun, jangan libatkan saya!)
Kemunculan orang-orang begini(dan yang sespesies dengan mereka), sebenarnya membuka ruang untuk gejala tidak sihat yang mereka amalkan berleluasa ke seluruh buana. Bayangkan, kalaulah semua budak universiti menggunakan peluang dengan belajar dan kalau bersembang pun, buka topik-topik yang bagus dan menjana minda(bukan sekadar ; pakwe aku suka makan sambal belacan, bopren aku kerja overtime..bla bla bla, kalau ya pun nak promote kan lebih elok cakap ; bakal suami aku hafal 3 surah (walaupun hanya 3 kul), dan hal-hal yang lebih bagus daripada cuba meneka-neka budak katil sebelah ni dah berpunya atau belum!), sekurang-kurangnya generasi-generasi freshie yang masih 'baik' tak akan terlau terpengaruh dan meyumbang kepada keruntuhan moral mahasiswa.
Paling tidak pun, bolehlah orang-orang tertentu yang tidak sekepala dengan mereka ni, buat kerja dengan tenang.
Sesekali menulis berapi-api begini syok juga=)
Saya masih mengharapkan doa anda untuk ketenangan hidup saya..
Nota: Saya bukan anti-cinta.
Thursday, April 26, 2007
TERKEJUT?
I
Seronok jalan-jalan dengan Mantan-mantan MPR minggu lalu. Ode memang saya kenal di e-sastera tapi tak pernah jumpa, begitu juga Azree Ariffin yang pernah saya nampak namanya di situ. Kak Hani pula saya jumpa di friendster dan Fieda, memang dah lama tak jumpa semenjak tamat MPR.
ewaktu makan air-cond di Times Square kami bertemu sesuatu yang mengejutkan dan menjadikan kami teruja.
Ini dia, buku-buku sastera DBP dipamerkan di Times Squre! Lihat betul-betul. Buku-buku ini bukan dipamerkan di kedai buku, tetapi di kedai baju. Tentunya bukan untuk dijual, tetapi menjadi latar kepada patung-patung yang memperagakan pakaian. Buku-buku tersebut disusun di rak-rak seperti di dalam gambar, dan diletakkan di antara patung-patung. Setiap ruang di dalam cermin kaca itu menempatkan 2 atau 3 rak dan terdapat 3 ruang pameran semuanya.

Di dalam tempurung itu hanya boleh ada buku! Tetapi mustahil saya boleh jadi begitu sebenarnya. Doakanlah kecemerlangan saya selamanya.
Nota gambar: Katak di dalam gambar adalah model semata-mata.
Monday, April 23, 2007
PERTEMUAN
Sabtu lalu, saya bertemu beberapa orang mantan MPR dalam sessi ringkas perbincangan beberapa aktiviti kami. Seronok dan teruja apabila dapat berkenalan dengan senior-senior MPR yang kebanyakan hanya saya kenal melalui nama.
Selesai mesyuarat, saya, Fieda, Kak Hani, Azree Ariffin dan Ode menggunakan masa sepenuhnya dengan jalan-jalan sekitar Pasar Seni sebelum kami menemui sesuatu yang mengejutkan di Times Square(akan diceritakan kemudian).
Pada hari Ahad, saya bertemu seorang lagi mantan MPR(ini bukan mantan sembarangan), mentor saya, Kak Nisah Haron bersama Azree dan Fieda sempena Seminar Pencinta Buku di Perpustakaan Shah Alam. Sempat juga saya bergambar bersama Pak Samad sebelum kami semua mendengar pembentangan Kak Nisah berkenaan Ujana Ilmu sebagai sebuah kedai buku maya.
Inilah ciri-ciri protégé yang baik, sanggup duduk bersila walaupun ada kerusi=)
Saturday, April 14, 2007
KATAKAN
1) Saya memang tak suka dengan orang-orang yang tak pandai hormat orang lain. Aduh ini memang saya menyampah sangat-sangat. Rasa macam nak balas, tapi etika diri saya melarang.
2) Lebih-lebih tak suka orang yang bangga mengaku dia bekas ‘budak sekolah agama(BSA)’ tapi bangga pakai baju sendat, seluar ketat, tudung tersekat, buat maksiat dan boleh pulak cerita dengan bangganya apabila ada orang tegur dan dia balas. Contohnya begini (contoh sahaja):
Orang(katakan jantina lelaki): Eh baju kau tu nampak pusatla.
BSA: Lah kau ni, kalau orang dah bagi tengok tu, tengok jela. Janganla bising-bising.
3) Lagi tak suka dengan orang yang asyik cerita pasal boyfriend. Saya fahamlah dalam Malaysia ni dia seorang saja yang ada boyfriend tapi tak payahla kepoh-kepoh macam orang lain tak ada cerita.
4) Tak suka lagi dengan orang yang akan kata pada saya, (contohnya), “kau ni asyik tak suka orang, macamlah kau tu baik sangat” kerana orang bercakap tu tak rasa apa yang saya rasa. Dia boleh bagi hujah-hujah meleret dengan contoh lengkap sedangkan dia tak pernah ada pun dalam situasi macam saya.
Minta maaf saya buat luahan emosi. Mungkin boleh jadi renungan untuk kita semua (terutama saya). Mungkin ramai yang mahu kata “kau ni asyik tak suka orang, macamlah kau tu baik sangat”. Anda boleh kata, kerana anda tak rasa. Atau ada yang mahu kata “alah itu baru sikit, cabaran hidup aku lagi dasyat dari tu”. Anda boleh kata juga kerana mungkin sifat sabar anda lebih hebat daripada saya.
Saya bukan orang yang baik sangat, atau hebat sangat, atau bagus sangat sampai mahu tegur orang itu,ini. Tapi saya ada sedikit ilmu dan juga terlalu sedikit kebaranian untuk menegur.
Cuma satu ayat yang menjadi pegangan saya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah, ayat 286)
Tuesday, April 10, 2007
KUNCI
Akhir-akhir ini saya agak kurang motivasi. Hilang kunci inspirasi agaknya. Tapi apabila terlihat sajak saya Segugus Kunci disiarkan di Utusan Melayu (Jawi) semalam, rasa gembira juga. Naik juga semangat. Secara kebetulan ada dua buah sajak disiarkan semalam dan yang menjadi peneman karya saya ialah karya Zulfazlan Jumrah yang merupakan sahabat se-MPR 2006. Tahniah untuk Zulfazlan.
Dan entah kenapa tiba-tiba saya jadi "gila glamour@glemer". Saya mencanang Segugus Kunci seantero Malaya. Tapi apa salahnya, bukan senang nak tengok karya sendiri versi jawi. Saya pun tidak pernah menulis puisi dengan tulisan jawi. Ya tak?
Ungkapkan aku segugus kata
jujur dari merah hatimu
Berikan aku cebisan-cebisan semangat
suci dari putih jiwamu
Putih darimu, putih diriku
Merah darimu, merah diriku
Friday, April 06, 2007
HADIS
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Si pemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Si pemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik-Nya atau yang buruk-Nya.
Si pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut )
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Monday, April 02, 2007
LAWAK SANTAI
Selepas temuduga berlangsung selama 45 minit...
Penemuduga: Adakah puan mempunyai pencapaian-pencapaian lain yang boleh saya pertimbangkan?
Calon: Ya, dua buah cerpen saya pernah diterbitkan di sebuah majalah yang mempunyai paling ramai pembaca di negara ini, lima buah puisi saya pernah tersiar di dua buah akhbar arus perdana dan novel sulung saya baru sahaja diterbitkan oleh penerbit bertauliah.
Penemuduga: Wah, bagus sekali. Tetapi adakah puan mempunyai pencapaian-pencapaian hebat yang dilakukan dalam waktu pejabat?
Calon: Oh. Semua itu saya lakukan dalam waktu pejabat!
Wednesday, March 28, 2007
KATA SAYA
kata saya: penaklukan keliling dunia bermula dengan langkah pertama
kerana:
anda tidak akan dapat menakluk dunia jika cuma ada impian, tapi kaki masih di situ juga. impian dan usaha mesti seiring!
kata saya juga: masalah setinggi gunung tidak akan selesai jika hanya dilihat dari bawah!
kerana:
mustahil anda punya kuasa Superman yang boleh menggunakan aura mata.
Wednesday, March 21, 2007
SEBUAH HUJAN
cuaca sudah kurang panas, tidak seperti seminggu lepas. Sekurang-kurangnya tengah hari tidaklah terlalu berbahang.
Akhir-akhir ini, saya terlalu suka hujan. Apabila dengar sahaja guruh pertama berbunyi, saya sudahtersenyum lebar.
Semakin lebat hujan, saya semakin seronok. Kadang-kala saya rasakan seolah-olah hujan turun membawakan ilham unuk saya menulis. Sayangnya, sampai kini saya masih belum punya karya baru yang baik. Ada sahaja tak kena.
Namun, saya masih sukakan hujan. Hujan bersama bunyi-bunyian asli dan udara nyaman.Aduh seronoknya...Moga-moga akan ada hujan yang benar-benar membawakan ilham=)
11.17 pm
(Entri ini saya tulis sewaktu hujan sedang menggila,hati saya berbunga)
Sunday, March 18, 2007
PETUA DIET
Khas untuk orang-orang yang sedang berdiet. Ini diet yang diamalkan Rasulullah S.A.W
Elakkan makan SUSU + DAGING
Elakkan makan DAGING + IKAN
Elakkan makan IKAN + SUSU
Elakkan makan AYAM + SUSU
Elakkan makan IKAN + TELUR
Elakkan makan IKAN + DAUN SALAD
Elakkan makan SUSU + CUKA
Elakkan makan BUAH + SUSU, contohnya KOKTEL
Elakkan makan buah-buahan selepas makan nasi. Makanlah terlebih dahulu sebelum makan nasi.
Elakkan sama sekali dari meninggalkan makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malam akan dimakan usia dan kadar kolesterol dalam badannya akan berganda.
Dalam kitab tercatat larangan memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Hal ini telah dibuktikan oleh sains yang menemui ion +(positif) di dalam ayam dan ion –(negatif) dalam ikan. Secara saintifiknya, jika ion negatif dan ion positif bercampur dalam suapan, biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Monday, March 12, 2007
Monday, March 05, 2007
CATATAN
Pada hari Ahad, semalam, sebuah akhbar menyiarkan temuramah bersama SN Arena Wati. Kakaguman saya menggunung, dalam keadan yang uzur, Pak Arena masih aktif menulis. Salah satu katanya “Menulis ialah peranan yang saya pilih dalam hidup ini. Dari dulu saya memilihnya dan saya mahu terus menulisnya”
Secara peribadi, Pak Arena merupakan antara contoh terbaik untuk orang seperti saya. Beliau sanggup ‘berkurung’ untuk menulis. Saya, yang sihat sejahtera sebegini sepatutnya perlu lebih tekun!
ii
Tahniah kepada Firdhaus Hassan(sahabat se-MPR 2006) kerana berada dalam senarai pemenang pertandingan mencipta logo kemerdekaan Malaysia ke-50. Penyampaian hadiah dilakukan pada hari ini. Lumayan juga hadiah yang bakal diterima Firdhaus. Boleh buat kenduri doa selamat ya. Tahniah!
Thursday, March 01, 2007
SALAHKAH?
“Pergi ajelah, bukannya mereka tahu kalau awak tak beritahu!”
“Betul. Apa salahnya sesekali keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan. Tensionlah kalau semua benda tak boleh!”
Siapa yang bersalah? Salahkah remaja yang mahu mencari erti kehidupan? Atau salah rakan-rakan yang mempengaruhi? Atau salah keluarga yang terlalu mengongkong jiwa yang sedang/ingin terbang tinggi?
Mengenai dialog di atas tadi, kerapkali saya dengar begitu. Secara peribadi, apalah salahnya jika mahu bersiar-siar seketika. Melepaskan tension, kata kebanyakan orang.
“Kalau ke kolej, cukup sekadar belajar, belajar dan belajar. Jangan ke mana-mana.”
Namun, ada keluarga yang terlalu mengongkong. Itu memang sepatutnya. Tapi mungkinkah seorang remaja yang jiwanya mahu terbang ke awan, hatinya hendakkan pengalaman dan otaknya perlukan kerehatan mematuhinya sepenuh jiwa? (Alhamdulillah, setakat ini, keluarga saya tidak begitu)
Sebenarnya, hidup perlu toleransi, saling faham sesama sendiri. Keluarga perlu beri sedikit kebebasan dan remaja pula perlulah menjaga amanah, maruah dan kepercayaan keluarga. Apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini, selalunya itu BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG, TAPI SALAH ANAK YANG TIDAK TAHU MENGENAL UNTUNG!
Saya tersedar, beberapa entri kebelakangan ini banyak bercerita tentang orang lain. Seolah-olah saya terlalu baik. Sejujurnya, itulah yang saya lihat di sekeliling saya. Itu yang saya nampak. Bukan mahu menuding jari, menjuih bibir atau membuat surat layang=)
Wednesday, February 21, 2007
CATATAN TERTANGGUH
Saya di Ipoh. Tengah hari tadi saya ke pusat bandar. Sewaktu melalui perhentian bas Medan Kidd, ramai sungguh pelajar-pelajar sekolah asrama berada di sana. Pelajar-pelajar yang memakai baju batik sekolah ini ada yang baru turun dari bas, ada juga yang mahu menaiki bas. Dalam warna-warni pakaian batik yang pelbagai itu ada juga saya nampak pelajar-pelajar yang memakai baju batik sekolah-sekolah saya dahulu (saya mempunyai dua sekolah menengah, tingkatan 1-3 dan tingkatan 4-5). Terimbau juga kenangan lama. Dahulu saya begitulah.
Rindu juga untuk berada di zaman itu. Malam sebelum pulang ke kampung selalunya adalah malam yang paling meriah. Kami akan duduk di bilik study dan berbual-bual dengan wajah ceria. Mestilah ceria, dapat bercuti daripada peraturan dan jadual sekolah. Jika diberi pilihan untuk kembali ke zaman bersekolah dahulu, saya tidak akan terima. Walaupun waktu itu adalah masa-masa yang penuh keseronokan, siapa yang mahu kembali ke kehidupan penuh peraturan dan jadual!
Kemudian saya makan tengah hari di medan selera bersebelahan masjid negeri. Terkejut juga melihat pakcik-pakcik yang sedang makan-makan, minum-minum dan hisap rokok. Lepak sungguh. Saya hairan betul. Santai sahaja pakcik-pakcik ini mendengar khutbah jumaat yang sayup-sayup itu sambil hisap rokok.
Kadang-kadang rasa malu sungguh. Sempena tahun melawat Malaysia ini tentu sekali ramai warga asing yang datang. Apalah agaknya pandangan mereka terhadap warga kita yang pakai tudung tapi bajunya tidak cukup kain atau kainnya cantik tapi tudungnya hilang. Itu kalau difikirkan pandangan warga asing. Kalau pandangan rakyat Malaysia yang bukan Islam pula bagaimana?


