Tuesday, August 29, 2006

SAMBUNGAN

Assalamualaikum.. Sedikit sambungan.
Hati saya dipalu sayu tatkala melihat puluhan,atau mungkin ratusan anak-anak Palestin berasak-asak di pintu masuk. Kesemuanya lengkap dengan pakaian dan beg sekolah. Persoalannya, mengapa perlu berasak-asak?

Pertama: Pintu tersebut (kesemua sebelas pintu yang berfungsi) hanya dibuka pada kadar yang sangat singkat. Jadual masa pembukaan pintu adalah seperti di bawah

Pagi : 7.40 AM – 8.00 AM
Petang : 2.00AM – 2.10 PM
Malam : 6.45 Pm – 7.00 PM


Kedua: Semangat mereka untuk menuntut ilmu sangat tinggi.Sebabnya? Mereka hidup di bawah tekana. Hanya ilmu yang mampu meleraikan segalanya. Teorinya memenag begitu.

Setelah melepasi pintu masuk, rakyat Palestin yang memasuki kawasan Israel akan diperiksa di’checkpoint-checkpoint’ yang tersedia. Jumlah keseluruhan ‘checkpoint’ dalam kawasan Israel ialah 763 buah (banyaknya!). Bilangan yang sangat besar ini membolehkan tentera-tentera Israel melakukan pemeriksaan yang sangat ketat. Saya terasa hiba apabila melihat gambar anak-anak kecil Palestin yang berbaris untuk diperiksa badan dan beg sekolah mereka, satu demi satu.

Penceramah pada petang tersebut ialah Dr.Chandra Muzaffar yang merupakan presiden
International Movement For A Just World (JUST) iaitu sebuah badan antarabangsa yang memeperjuangkan hak dan keadilan sosial.

Beliau telah menghuraikan pelbagai perkara penting berkisar tentang isu-isu Palestin. Namun, yang sangat menarik perhatian saya jangkaan beliau mengenai kejatuhan Israel! Beliau menyatakan bahawa Israel tidak akan dapat bertahan lama kerana:
Pertama: Kadar kelahiran di Israel semakin menurun berikutan kadar penghasilan sperma berkualiti yang rendah.

Kedua: Kadar migrasi keluar dikalangan rakyatnya semakin meningkat.

Ketiga: Mereka bergantung kuat kepada sokongan AS. Malangnya, empayar AS akan berakhir tidak lama lagi- sekadar ramalan. Seorang rakan beliau meramalkan bahawa sesebuah Negara atau empayar akan musnah (salah satu sebabnya) apabila menggunakan ketenteraan sebagai tunjang utama, dan inilah yang berlaku kepada Amerika.

Sebagai umat Islam yang saling bersaudara, kita perlu membantu, sekurang-kurangnya denagn doa. Paling uatma, kita perlu bersatu agar kekuatan sebenar Islam terserlah.
Wallahuallam

Friday, August 25, 2006

MUKADDIMAH

Salam Jumaat.
Pada hari yang sama tiga minggu lalu, 4 Ogos 2006, saya menghadiri sebuah dialog umum bertajuk Krisis Palestin. Program yang bermula pada jam 3.00 P.M (terlewat sedikit, seperti biasa), dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk ”The Wall”. Tepat seperti tajuknya, video tersebut berkisar tentang ssejarah Palestin- dari sebesar-besar Negara sehingga terbinanya tembok gergasi yang menjadi tanda sempadan antara kawasan Israel dengan kawasan Palestin (kononnya).

Pada fikiran saya – sebagai remaja Islam yang mentah serba-serbi-, tujuan pembinaan tembok tersebut hanyalah untuk menyeksa rakyat Palestin yang majoritinya Islam. Terang-terangan, tembok sepanjang 750 km dengan ketebalan antara 60-104 m itu adalah satu bentuk penindasan yang nyata. Proses pembinaannya telah memusnahkan sejumlah besar ladang-ladang zaitun dan citrus yang merupakan sumber kehidupan bagi majoriti penduduk Palestin

Saya kira, Israel sebenarnya takut dengan bayangan mereka sendiri. Buktinya, mereka membina tembok tersebut sekukuh yang mungkin.Rangka asasnya ditanam sedalam 24 km!!! Satu perkara yang luar biasa bagi sebuah tembok sempadan-pada pandangan saya. Tembok tersebut dilengkapi dengan 22 buah pintu, tetapi hanya 11 sahaja yang berfungsi bagi membolehkan rakyat Palestin ke sekolah, pejabat, ladang atau menemui kaum keluarga yang dipisahkan.

InsyaAllah, saya akan huraikan mengenai pintu dan 'checkpoint' dalam catatan seterusnya bersama sedikit pengetahuan yang dapat saya timba daripada penceramah solo pada petang tersebut iaitu Dr.Chandra Muzaffar yang merupakan presiden sebuah badan NGO yang aktif diperingkat antarabangsa.
Sekian dahulu untuk mukaddimah.

Tuesday, August 22, 2006

21 OGOS

Bismillah..

Semalam, 21 Ogos, satu tarikh yang saya kita ramai tertunggu-tunggu, saya menerima satu SMS panjang dari seorang rakan.. kira-kira jam 7.23PM.

Begini SMSnya ;
21 Ogos,apa yang terlintas dalam fikiran kita pada tarikh ini? Tarikh perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk K? Jika itu jawapannya, kita semuanya kejam pada AGAMA kita!! Sepatutnya sejak tahun 1969, tarikh ini patut berada dalam ingatan setiap insan yang mengaku dirinya ISLAM! Kerana yarikh itu merupakan 'HARI MEMPERINGATI MASJID AL-AQSA SEDUNIA' selepas peristiwa pembakarannya oleh Yahudi laknatullah!! Berapa ramai dikalangan kita yang tahu? Sempena Isra' Mikraj yang jatuh pada tarikh yang sama pada tahun ini..Muhasabahlah.

Monday, August 14, 2006

AWAS UMAT ISLAM!!!

warna jingga= kawasan Palestin
warna biru = kawasan Israel

dapatkah anda bayangkan apa yang akan berlaku untuk 5 tahun akan datang jika umat Islam sedunia masih tidak bertindak??

Thursday, August 10, 2006

MERDEKA??

ASSALAMUALAIKUM

Seperti biasa..bulan Ogos cukup sinonim dengan MERDEKA tapi sejauh mana kita-terutama remaja-menghayati apa sebenarnya merdeka...

Paling penting kita mesti sedar,di saat kita gembira meraikan merdeka, saudara seIslam di Asia Barat terutamanya, menderita..Jadi yang paling penting ialah hargai keamanan yg kita drasa dan dalam masa yang sama teruskan berdoa untuk kesejahteraan Islam sejagat..



inilah hakikat sebenarnya..org ISLAM (terutama MALAYSIA) seronok dgn konsert,disua dgn perkara-perkara mungkar,terutama pada malam 31 nanti,tapi komuniti Islam di Asia Barat terus-terusan ditindas.Sampai bila kita mahu terus tidur, tidur, tidur dan tidur.Sedangkan saudara-saudara kita tersiksa..cukup-cukuplah mencari keseronokan.

Tuesday, August 08, 2006

AHLAN WA SAHLAN

Bismillah..
Assalamualaikum...
Selamat Berkunjung ke blog saya
satu permulaan untuk melebarkan jaringan kenalan..