Wednesday, December 08, 2010

Kerjaya ii

beberapa orang yang rapat dengan saya mempunyai bidang kerjaya yang hampir sama. salah seorangnya adalah sepupu yang beza beberapa tahun dari saya. semasa saya mula bekerja, sepupu saya ini pernah mengeluarkan satu teori bahawa ketakutan utama yang dialami oleh majikan untuk mengambil fresh grad, terutamanya dari bidang teknikal IT, ialah golongan ini cepat bosan dan cenderung untuk bertukar kerja.

melihat apa yang berlaku pada saya sekarang, saya fikirkan teori sepupu saya tadi wajar dipertimbangkan. akhir-akhir ini saya sedikit tertekan. walaupun kadang-kadang saya tahu beberapa perkara wajar ditegur kerana kecuaian saya sendiri, tapi saya tetap rasa itu tak patut berlaku. selepas berfikir lama, saya pasti root causenya adalah hal yang saya sebutkan awal tadi; bosan.

sudah masuk tahun baru hijrah. mungkin saya sebaik-baiknya mencari tempat baru. moga-moga akan beroleh pengalaman baru dan belajar lebih banyak perkara baru dalam bidang yang saya pilih ini. ilmu Allah kan sentiasa luas. walaupun saya hanya memilih satu bidang, tentu ada sahaja perkara yang tidak saya tahu :)

salam maal hijrah.


Sunday, December 05, 2010

Kerjaya

selepas beberapa hari bekerja di luar. saya temui sesuatu yang telah lama saya rindu tanpa saya sedari. apabila saya sebut 'bekerja di luar', situasi sebenarnya ialah keluar dari pejabat kemudian terperap di dalam sebuah bilik super-sejuk, tanpa pemandangan luar, dan hanya ada satu bunyi yang sama.

maka sekarang, saya kembali berfikir, mungkin saya perlu tukar kerjaya. kembali kepada sesuatu yang sememangnya saya suka. hmm peduli apa dengan kadar pengangguran dan harga minyak naik. cewah!

Wednesday, November 24, 2010

Yang Kami Perlukan

Pagi yang sedikit 'pening' bagi saya hari ini. Maka sengaja membelek buku puisi yang saya gemari; lalu saya temui puisi ini untuk permulaan hari...

Yang Kami Perlukan

yang kami perlukan
kata benar,
bukan cerita besar,
ditambah rempah kisah,
kerana dalam alir hikayat
sudah cukup makna dan kias
yang dapat mengalir
ke sungai kecil diri.

jadi, tamanlah pohon cerita
yang berakar pada akal,
supaya dapat kami percaya
dan menjadi ahli kekal.

SN Muhammad Haji Salleh
Aksara Usia

Tuesday, November 23, 2010

Maka Kaulah Yang Menjadi Rebutan Itu

tiga minggu tidak pulang ke kampung halaman, sesungguhnya saya telah tertinggal suatu berita yang sangat-sangat penting. hanya satu malam berkumpul dengan sanak-saudara, barulah saya tahu kewujudan pokke. kemudian saya asyik terfikir, apalah yang saya buat di perantauan sehinggakan keterujaan baru dalam sains ini pun tidak saya sedari.

aduh! baiklah, saya mahu menulis fiksyen sekarang. terasa seperti sudah jauh dari sains dan alam.

Friday, November 05, 2010

Dua Karya November

Tunas Cipta

Puisi bertajuk Diam. Seingat saya, puisi ini terbiar lama. apabila menyemak kembali draf-draf karya, sengaja cuba dihantar ke TC.












Dewan Kosmik

Ini sebenarnya kali kedua (dalam tahun yang berbeza) dua karya saya tersiar serentak di TC dan Kosmik. awal tahun lepas, berlaku sekali begini; puisi di TC, cerpen di Kosmik. sebagai penulis, saya tentu saja sangat gembira diberi ruang sebegini.

Bulan ini, cerpen terbaharu saya; Eskapisme Cinta Pagi Merdeka. sejujurnya, saya memang me'lupa'kan cerpen ini selepas dihantar kepada pihak editor. sampaikan saya tidak ingat langsung tentang watak-watak yang saya tulis.

Sunday, October 17, 2010

Kafe

Menguliti Kafe membuatkan saya lebih menghargai kafe dan kopi. Puisi-puisi abang lutfi ini begitu ringkas dan padat. Sebuah latar –kafe, membawa pemikiran sampai ke parlimen, malah Sorbonne!

Saya dan beberapa rakan berkongsi kegemaran yang serupa di kafe –kopi, laptop dan buku. Adakalanya kami duduk semeja, dengan kopi yang sama, tetapi masing-masing tenggelam dalam buku atau merayau entah ke mana di dalam internet. Malah kerap kali kami berdiskusi tentang buku, berkongsi puisi dan cerita, berkomentar di dinding fb.

Kafe

kami duduk berhadapan
berkongsi buku
tapi berbeza laptop dan menu
berbicara dengan fb
sambil mencicip kopi

Nissa’ Yusof
Shah Alam

Sunday, October 10, 2010

Mahu mendapatkan Gerhana?

Selepas lebih sebulan diterbitkan, Gerhana masih sukar didapati di kedai-kedai buku. Sebagai alternatif kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan novel sulung saya ini, pembelian boleh dibuat secara online di Bookcafe dengan diskaun 15% atau melalui saya sendiri.

Harga buku: RM 13.50
Kos pos ekspress: RM 3.50
Harga selepas diskaun: RM 17 15

Jika berminat, sila maklumkan melalui emel kepada nissa.yusof@gmail.com


Monday, September 13, 2010

Masihkah Kau Bermain Seruling

Ada sesuatu yang membuatkan saya tidak tenteram kebelakangan ini. Membaca; aktiviti yang biasanya memberikan terapi juga tidak berhasil. Malam ini, saya menyelak beberapa buku puisi yang ada.

Terakhir, saya menemui sesuatu yang membuatkan saya tersenyum. Saya turunkan semuanya di sini;

Masihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.

Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.

Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.

Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.

Dr. Zurinah Hassan

Dan saya masih tersenyum, walaupun sudah berkali-kali mengulang baca.

Sunday, September 05, 2010

Pilihan Usia

Semasa ke Rumah PENA beberapa bulan yang lalu, saya terjumpa sebuah kumpulan puisi Baha Zain, Jalan Desa Ke Kota yang tidak pernah saya temui sebelum ini. Selepas dibelek, ternyata buku tersebut terbitan Pustaka Cipta tahun 1994.

Kebetulan Dato’ Baha juga ada di Rumah PENA pada waktu itu, lantas saya membeli saja kumpulan puisi tersebut dan lekas-lekas mengejar Dato’ Baha untuk mendapatkan tanda tangan. Saya fikir perbuatan ini sudah masuk dalam senarai hobi; mendapatkan tanda tangan penulis.

Kumpulan puisi 55 muka surat ini boleh saya sifatkan ‘mewah’ dengan kualiti kertas yang bagus dan ilustrasi kulit depan yang dihiasi sketsa ‘rumah kampung penyair, 1965’ oleh Latiff Mohidin. Malah, Cik Yana juga sudah memberi komen dari sudut pandangan seorang ‘pembuat’ buku tentang betapa mahalnya kos untuk kumpulan puisi itu.

Berbalik tentang kumpulan puisi tadi, ada sebuah puisi yang menarik minat saya. Pilihan Usia. Bila aku dua puluh / aku tidak memilih angin / tetapi api. Entah saya sudah berada dalam keberanian itu; memilih api. Atau masih terbayang ketakutan kerana hidup dalam keadaan terlalu selesa.

PILIHAN USIA

bila aku lapan belas
aku tidak memilih kesenangan
tetapi cinta
bila aku dua puluh
aku tidak memilih angin
tetapi api
bila aku tiga puluh
aku tidak memilih perubahan
tetapi revolusi
bila aku empat puluh
aku tidak memilih resah
tetapi sepi
bila aku dewasa
aku tidak memilih khayalan
kecuali yang pasti
tanpa ketakutan lagi.

Baha Zain

Sunday, August 22, 2010

Persepsi

ada yang beranggapan, masalah perlulah dihadapi dengan stress. ada mata yang tidak puas hati bila seseorang itu boleh tersenyum dan tertawa menghadapai tekanan. perkara ini adalah biasa. setiap orang ada persepsi sendiri. setiap manusia mempunyai 'point of view' sendiri bagi setiap perkara.

sesuatu yang jarang kita fikirkan ialah kenyataan bahawa semua orang mempunyai kebebasan berfikir dan ber'persepsi'. sesuatu yang jarang kita hormati ialah semua orang mempunyai hak untuk bebas menjalani hidup.

pada saya, tidak semua perkara perlu ditegur dan diatur melainkan itu sudah melampaui batas.

salam fasa kedua ramadan yang dijanjikan keampunan.

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadan

i
Masa kecil-kecil dahulu, perkara pertama yang akan tiba di kepala saya tatkala menyebut tentang Ramadan ialah ‘tiada syaitan’. Semakin dewasa, pengertiannya semakin berbeza.

Malah tahun ini saya menyambut Ramadan dengan tanggungjawab yang berbeza. Sebagai anak, kakak, adik, pekerja, ketua, kawan dan sebagainya.



ii
Alhamdulillah, Gerhana sudah diterbitkan. Tapi masih di kilang dan belum memasuki pasaran. Sementara itu, sinopsis (yang sangat ‘wow’) boleh dibaca di laman web PTS.

Sunday, August 08, 2010

Ketibaan Ogos

dalam bulan masihi, Ogos selalu menjadi tanda aras dalam kehidupan saya. jika ditanya, 'mengapa?'. jawapannya tersangat mudah. kerana dalam bulan ini saya dilahirkan ke dunia.

saya jarang mempunyai impian yang besar-besar untuk hari lahir. cukuplah sekadar kegembiraan dan pencapaian tertentu samada untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

hari lahir tahun lalu, awal-awal lagi saya berazam untuk sudah bergelar graduan dan mempunyai degree B.Sc. Jadi, mahu tidak mahu, saya mesti tamat belajar dalam sesi Jun. Alhamdulillah tercapai. Degree itu (walaupun belum lagi majlis konvo) menjadi hadiah untuk diri sendiri.

hari lahir tahun ini, saya mahu hadiahkan buku sendiri kepada diri sendiri. hehe. mengikut perancangan, novel Gerhana yang ditulis bersama mf kencana akan terbit pada 1 ramadan (11 Ogos). mengikut perkiraan, insyaAllah saya boleh membaca buku tersebut pada hari lahir nanti :)




Wednesday, July 21, 2010

Gerhana



mana satu pilihan anda?

Saturday, July 17, 2010

Melihat Dari Beberapa Sisi, Sudut dan Segi

setelah semakin belajar mengenal hidup. saya semakin memahami bahawa hidup bukanlah sebuah garis lurus. maka ia tidak boleh dilihat lurus dan terus.

setelah semakin banyak membaca, lebih daripada dua buku setahun seperti statistik membaca rakyat malaysia beberapa tahun lalu, saya semakin faham dan berani untuk melihat sesuatu dari pelbagai sudut berbeza.

saya fikir, persekitaran menjadikan masyarakat melayu takut untuk melihat dalam pelbagai segi. sesuatu boleh jadi positif dan negatif. tugas kita untuk menimbang dan memilih.

buku dan filem adalah dua perkara yang sekarang sangat memerlukan timbang tara yang baik. terutama yang dihasilkan oleh pemikiran di luar sempadan malaysia. saya terfikirkan filem 'my name is khan' apabila menyebut tentang ini. filem tersebut adalah sebuah karya yang bagus. mereka berani memainkan isu-isu besar dalam sebuah penceritaan ringkas dengan selapis 'kemanusiaan' yang menyimpan luahan 'berani' di sebaliknya.

penonton boleh memilih untuk mengambil sisi agama, kemanusiaan, cinta, kasih-sayang, sosial, politik atau sebagainya. atau mengambil semua, dan kemudian mencerna.


Sunday, July 04, 2010

Baling

catatan ini memang terlewat. semasa sedang berfikir-fikir untuk update blog, hal ini terlintas di fikiran saya. cerita singkat perjalanan ke dua daerah yang menjadi sempadan dua negeri.

bulan lalu, kebetulan sedang bercuti, saya bersiar-siar sampai ke penghujung negeri perak; pengkalan hulu. namanya saja sudah menjadikan perjalanan sangat jauh dan melelahkan. sebenarnya memang ada sedikit urusan di sana, lantas saya gunakan peluang itu untuk bersiar-siar juga. sampai di pengkalan hulu, saya teringatkan rakan baik di universiti yang sekarang bekerja dan menetap di kampung halamannya; baling, kedah.

sebaik menghubungi, dia juga punya masa lapang. lantas kami mengatur pertemuan di pekan baling. lebih mudah saya gambarkan, pengkalan hulu terletak di atas gunung, manakala baling terletak di kaki gunung. sebaik menuruni gunung dari pengkalan hulu, saya sudah terpegun dengan pemandangan baru di baling. sukar sekali untuk di gambarkan. pekannya terletak betul-betul di kaki gunung batu. kalau tidak salah namanya gunung baling. gunung ini bukan gunung yang saya turuni dari perak tadi. kawasan pekan sangat redup dan terlindung dari cahaya matahari yang terbit dari belakang gunung.

pengkalan hulu sebenarnya lebih dekat dengan pekan baling berbanding pekan terhampir dalam negeri perak, gerik.

saya seperti terbayang zaman awal dahulu, pekan baling ini pasti sibuk seperti melaka. menjadi transit kerajaan siam, burma dan lembah bujang. pasar jual-beli di bawah gunung. manakala tentera berkawal di atas gunung. bayangan saya sahajalah.

berbalik kepada rakan saya tadi; atin. kami bertemu di pekan kemudian bergerak ke lata bayu untuk merasai air terjun negeri lain. 5 bintang untuk itu. lata kinjang masih terbaik :)

kemudian pulang ke pengkalan hulu dan kembali ke ipoh melalui gerik (greek?), lenggong, kuala kangsar, sungai siput, chemor...


Sunday, June 20, 2010

Anulus

Anulus lebih dikenali sebagai Gerhana Cincin. barangkali kerana fasanya yang membentuk seolah-olah cincin emas di langit. fenomena gerhana matahari yang berlaku pada 15 Januari, awal tahun dahulu adalah gerhana anulus. sayangnya, malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana paling sempurna, tetapi suasana gerhana itu masih dapat dirasai.


anulus juga ada kena-mengena dengan 'sesuatu yang baharu' seperti yang saya tuliskan dalam entri sebelum ini. rakan-rakan yang rapat barangkali sudah dapat mengagak.

tapi, tunggu sahaja. nanti akan saya tuliskan juga :)

Thursday, June 17, 2010

Sesuatu Yang Baru

semasa menukar 'cat' blog ini dahulu, saya memang sengaja memilih tema bintang dan angkasa. pertamanya, saya memang sentiasa mencintai sains angkasa. semasa sekolah rendah, saya pernah menanam cita-cita untuk menjadi ahli astronomi. ya, cita-cita tipikal kanak-kanak kerana ketika itu saya merasakan jika mahu menjadi angkasawan, ia memerlukan seratus tahun untuk tercapai.

sekarang, apabila malaysia sudah mempunyai angkasawan, saya masih merasakan cita-cita saya itu mustahil kerana kriteria ketat yang diperlukan oleh seorang angkasawan. maka saya memang menyerah kalah dan meneruskan hidup di bumi sahaja. tapi walau apapun, impian mesti tinggi mencecah angkasa.

oh. yang kedua. saya memilih tema bintang dan angkasa ini untuk sesuatu yang bakal muncul tidak lama lagi. nantikan :)

Saturday, June 12, 2010

HUJAN

Guruh berdentum di langit Shah Alam. Hujan baru turun renyai-renyai. Tadi saya sekadar melayan cuti dengan bersantai di katil bersebelahan tingkap sambil membaca novel cinta.


Sekarang saya sudah bangun membuka lampu dan duduk menghadap laptop. Irama rintik hujan juga sudah kedengaran. Entah kenapa dan bagaimana, saya jatuh cinta dengan suasana ini; hujan, kopi, laptop dan buku.

Rancangan untuk keluar bersantai bersama rakan sudahpun ditangguhkan. Dengan suasanan ini, saya lebih selesa di rumah sahaja. Berhenti untuk secawan kopi.

Sunday, May 23, 2010

Akhirnya..

Alhamdulillah. Akhirnya hasrat untuk mendapatkan pasport tercapai juga. Lama sudah menyimpan cita-cita. Selama ini hanya seludup sahaja untuk ke luar negara. hehe.

Pagi Jumaat lepas, sempat singgah di pejabat imegresen. Saya mengisi masa menunggu dengan bersarapan di kedai berhampiran. Selesai sarapan, nombor dipanggil dan urusan hanya seketika. Kerana tidak mahu menunggu dua jam, saya memilih untuk mengambil pasport keesokan harinya.

Taraaa. 'Tiket' wajib saya untuk ke luar negara..


Syukurlah dipermudahkan Tuhan. Paling lewat perancangannya, pasport ini akan dirasmikan sekitar hujung Julai nanti. Seawal-awalnya masih dalam perancangan. Jika tercapai satu lagi hasrat, mungkin boleh melawat-lawat sekitar Brunei atau Singapura dahulu.


Sunday, May 02, 2010

Cat Baru

selamat datang. sengaja menukar cat baru. setelah bosan dengan warna lama yang membuatkan saya semakin malas menulis. maka dengan warna baru yang membawa ke bintang-bintang angkasa raya, saya akan rajin menulis.

selamat datang. selamat membaca. ayuh, sama-sama kita ke angkasa!

Saturday, May 01, 2010

BERPERSATUAN

Facebook banyak membuka kenangan lama. Laman sosial yang menjadi ‘kafe’ bertemu rakan-rakan lama dan menyingkap kenangan silam. Pagi ini, semasa melihat gambar-gambar ‘tagged’ di facebook, saya terimbas kembali zaman berpersatuan. Saya tiba-tiba terfikir adakah persatuan yang saya sertai semasa bersekolah dahulu membentuk siapa saya sekarang.



Sejak boleh memilih persatuan sendiri, bermula di tingkatan dua, saya menyertai Kelab Pidato. Sangat kontra kerana saya langsung tidak pernah malah tidak mahu berucap di hadapan khalayak. Rasanya saya memilih kelab ini kerana ini merupakan antara kelab paling aktif pada waktu. Dengan pelbagai program yang dianjurkan saban minggu. Ya, inilah yang saya suka; menganjur dan menguruskan sesuatu program. Oh ya, dan kami dapat trofi Kelab Terbaik pada tahun itu.

Menganjak ke tingkatan tiga, saya masih dengan kelab yang sama. Masih terus merancang dan menguruskan aktiviti-aktiviti ‘wajib’ seperti pertandingan debat dan pelbagai lagi. Petang Rabu menjadi hari yang ditunggu-tunggu. Dalam waktu perjumpaan dua jam itu kami akan bermesyuarat bersama semua ahli dan diselang-selikan dengan aktiviti dalaman kelab yang sangat menarik. Tetapi pada tahun itu, trofi Kelab Terbaik terlepas kepada kelab lain.

Di tingkatan empat dan lima, (kalau tidak salah) saya menyertai persatuan bahasa. Tingkatan empat di Persatuan Bahasa Arab dan tingkatan lima berpindah ke Persatuan Bahasa Melayu. Dalam masa yang sama juga menyertai Kadet Pertahanan Awam JPA3. Saya sangat benci berkawad. Sebab itu saya pilih pertahanan awam, menjadi anggota penyelamat semasa aktiviti sekolah lebih menyeronokkan.

Di matrikulasi, tiada persatuan. Rasanya matrik adalah tempat untuk belajar sahaja (dan bertemu sebegitu ramai rakan-rakan sebaya. hehehe).

Melangkah ke universiti pula, rasanya perlu buat entri lain kerana baru terasa, banyak juga persatuan dan kelab yang saya sertai semasa di universiti.

Rasanya, walaupun tidak banyak, persatuan dan kelab banyak membantu pembentukan peribadi. Dalam kes saya, saya banyak belajar menguruskan organisasi dan erti tanggung jawab.

Friday, April 30, 2010

koc merah jambu


koc merah jambu sudah mula beroperasi. saya masih belum lihat dengan mata sendiri. cuma lihat di tv dan akhbar. sesuatu langkah yang positif. selepas ini tentu akan rasa lebih selamat untuk ke KL. hehe

cuma, harapan saya, semoga penguatkuasaannya benar-benar dilaksanakan. pihak berwajib perlu pantau juga. bimbang ada kaki-kaki asing yang masuk mencemarkan koc comel ini :)



Saturday, April 17, 2010

"Baru balik mengajar?"

Kata orang, terapi paling baik ialah membeli-belah. Kadang-kala saya merasakan perkara ini sangat betul. Cuma biasanya selepas menjalani ‘terapi’ ini, saya akan sedikit menyesal kerana membeli barang-barang tak berfaedah. Tapi menyesal sedikit saja. Paling kurang kebaikannya ada dua; satu, boleh redakan tekanan, dua, saya akan membeli barang-barang dalam kategori kehendak. Yang mana, kalau dalam keadaan tenang, saya akan berfikir lima enam kali untuk membelinya dan selalunya akan tewas kepada barang-barang keperluan. Haa tengok, kan ada faedahnya :)

Beberapa hari lalu. Selepas sedikit tertekan dengan sesuatu perkara yang tiba-tiba bangkit dan ditambah pula dengan perjalanan di lebuh raya persekutuan yang sesak dalam cuaca petang yang panas, saya membuat keputusan untuk ber’terapi’. Memandangkan hari yang hampir sampai waktu maghrib, saya memilih ke pasar malam sahaja. Supaya saya lebih sedar diri ketika membeli dan sensitif kepada waktu. Haha sekurang-kurangnya masih juga ‘membeli-belah’!
Semasa sedang menunggu air tebu dibungkus, adik penjual air itu menegur saya, “baru balik mengajar ke, kak?” Saya pun senyum-senyum saja dan jawab ‘tidak’.

“Oh, bukan cikgu ke?”

“Bukan.”

“Ingatkan cikgu”

Wah kalau mak ayah saya dengarlah dialog ringkas ni, tentu akan disambung dengan dialog versi mereka tentang kelebihan dan kesenangan menjadi guru. Menjadi guru adalah antara cadangan profesion untuk saya semenjak selepas SPM lagi, selain satu lagi; bekerja dengan kerajaan. Tapi saya memilih untuk apa yang telah saya pilih sekarang (dengan sedikit timbang rasa ayahanda-bonda). Semoga saya berjaya.


Sunday, April 04, 2010

APABILA TEKNOLOGI BERBICARA

salam hormat. apa khabar selepas pesta buku? bagi saya, sekarang perlu mula berjimat cermat. hahaha. ini adalah bayaran untuk shopping sakan di pesta buku tempoh hari. tak apa, asalkan hati gembira. tapi, mujur hanya setahun sekali!

kali ketiga ke pesta buku 2010 pada hari sabtu terakhir lebih kepada pertemuan bersama rakan-rakan penulis, mpr khususnya. berjalan dari pagi sampai petang, menjenguk setiap booth, dalam masa yang sama bersembang-sembang dan bertukar-tukar cerita. cukuplah sekadar begitu, sekurang-kurangnya pertemuan yang tidak selalu ini mengukuhkan kembali keakraban kami.

sekarang adalah masa untuk membaca pada sela-sela waktu yang ada, belum lagi ditolak masa-masa yang digunakan untuk berinternet (seperti sekarang). internet dan teknologi bagaikan sudah sebati dalam hidup kebanyakan kita. tak perlu bersembang panjang, cukup sekadar melayan facebook, kita sudah tahu tentang rakan-rakan!

harap tidak sampai jadi begini:

atau tersilap kod seperti ini:




cabaran untuk soalan yang terlalu hi-tech seperti ini:



*gambar-gambar daripada sumber emel.


Sunday, March 21, 2010

Pasca PBAKL

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk ke pesta buku hari ini. Kaki masih terasa lenguh lagi. Tetapi tentu sahaja berpuas hati kerana berjaya membeli buku! Nikmat yang boleh membuatkan saya tersenyum berminggu-minggu*.

Tetapi dalam masa yang sama, sedikit terkilan juga kerana beberapa buah buku yang sudah saya senaraikan awal-awal tidak ditemui. Ternyata mencari buku dalam pesta buku juga ada kesukarannya. Terlalu banyak buku sampai tak tercari. Tak mengapa, cuba lagi di ziarah yang lain.

Salah satu 'misi' ke PBAKL kali ini ialah untuk mendapatkan memoir ini beserta autograf.
Hehe, tercapai! Bolehlah tidur lena beberapa minggu.

*bergantung kepada buku / penulis

Saturday, March 20, 2010

PWTC Berpesta Lagi

selepas hari ini, pesta buku sudah berlangsung dua hari. dan saya masih belum ke sana lagi. oh tahun ini merancang perjalanan ke pesta buku kelihatan sedikit sukar. pelbagai perkara perlu dipertimbangkan.

sekarang saya terkenang pesta buku tahun-tahun yang lepas. jika pergi pada hujung minggu, pesta buku menjadi medan pertemuan. biasanya dengan teman-teman mpr, memandangkan semuanya memang mahu ke pesta buku. hanya merancang suatu waktu, kami bertemu di pwtc. dan di situ penjelajahan pesta pun bermula.

atau jika memilih untuk tidak bersesak, mudah sahaja membuat keputusan untuk mengambil lrt pada hari biasa. kemudian, sampai di sana, panjang sahaja langkah ke setiap gerai.

tahun ini sedikit berbeza. pertama soal masa. waktu siang hari biasa memang tidak boleh diganggu, sudah ada komitmen tetap. malam? sedikit terkejar, letih dan kesuntukan masa. hujung minggu, ya inilah waktu yang paling sesuai, tetapi terpaksa bersaing dengan hal-hal lain yang menjadi 'komitmen' juga.

keduanya, kewangan. hahah mujurlah dari awal sudah buat simpanan untuk ke pesta buku. termasuklah simpanan-simpanan tambahan yang boleh digunakan.

kesimpulannya, hidup ini memang banyak alasan. dan sejauh mana kita mahu, pasti kita berjaya mengatasinya. moga-moga tidak ada halangan untuk ke pwtc esok :)


Wednesday, March 10, 2010

KATARSIS

karya terkini: Katarsis (cerpen)
Tunas Cipta Mac

..............

mentari membakar duka
gerimis membias cahaya
melakar cerita di wajah pelangi

biarkan aku berlari

Friday, February 26, 2010

MENGENANG NABI S.A.W

sekarang jika bercuti, 'cuti peristiwa' terutamanya, saya tidak ambil kisah pun tentang 'peristiwa' itu. hanya tahu 'cuti' sahaja. cuti, rehat dan peluang melakukan hal-hal yang disukai akan memadamkan semua hal yang lain.

tapi hari ini, saya mengajar diri untuk menjadi lebih mengingati nabi. hidup ini bukan berhenti setakat dunia. selepas mati, ada kehidupan lain lagi. dan di mahsyar nanti, nabi muhammad yang akan memberi syafaat. jadi, mari sama-sama kita jadikan hari ini sebagai penanda untuk lebih mengingati baginda.

ini adalah antara lagu berkenaan nabi yang saya suka. liriknya, menyentuh.





We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Thursday, February 18, 2010

KELIRU

Sengaja saya berjalan-jalan di pasar malam kawasan depan kampung yang ada setiap malam selasa. berjalan-jalan di pasar malam kadang-kala boleh mengubat stress.

tapi nampaknya saya yang terkeliru samada pasar malam itu berada di ipoh atau di padang jawa. tahun lepas, semasa pergi ke pasar malam di padang jawa, saya terkeliru samada malam itu saya di padang jawa atau di jakarta atau di myanmar atau di nepal.

bukanlah terlalu angkuh tidak mahu berkongsi negara, tapi hello, rakyat senegara tak sama bangsa pun sentiasa ada isu, ini pula lain bangsa lain negara lain agama.

uh, susah nak berjalan sekarang ni.

Sunday, January 31, 2010

SUNDAY HAPPY HOUR

oops, wlong countly maa

don't ever come back

uuhh, cannot gi lagu ni

maybe this could help..


Friday, January 15, 2010

Monday, January 11, 2010

2010

alhamdulillah. bulan januari ini dimulai dengan karya pertama yang tersiar di majalah dara.com edisi 01 jan 10.

cerpen: sungai tak bermuara

sekadar secubit kisah berkenaan cabaran remaja muslimah di tanah asing, jauh dari kampung halaman.

ini bukanlah karya besar yang mengangkat isu tauhid atau tasawuf. sekadar secubit cerita.


(cerpen ini mempunyai sambungan pada edisi seterusnya)

Tuesday, January 05, 2010

PAGI AHAD

pagi ahad di ipoh biasanya lebih 'hidup' di kawasan bandar. yang paling menjadi tumpuan pasar lok kim @ loken yang merupakan pasar pagi terbesar di ipoh. kalau rasa malas untuk jogging, datang pagi-pagi dan merewang di sini saja sudah boleh mengeluarkan peluh. satu pusingan tawaf pergi balik dalam loken ini sama dengan satu pusingan padang polo. cuma udaranya tidaklah sesegar padang polo yang di pagari jirat cina tu :)

banyak barang-barang antik


perhatikan yang di tangan sebelah kanan, itu topi besi zaman jepun. tak pastilah topi askar jepun atau askar melayu / inggeris

barang 'second hand'. tak ada gerenti kalau ini barang-barang curi.


pinggan-mangkuk antik yang jadi kegilaan mak saya
saya minat jam loceng kunci ni. RM 50. tapi saya tak beli pun. guna duit beli baju :)


collectors' item


kambing pun ada!

kambing telinga panjang


moh ke ipoh weh.
lokasi pasar loken ini di belakang the store, tepi sungai kinta (?)