Monday, April 30, 2007

satu nisbah lima!


Catatan kali ini saya tulis dalam keadaan saya mendapat tekanan dari 300 darjah. Adus. Cuma 60 darjah lagi yang terbuka.60:300=1:5.Dalam kesibukan yang sengaja dibuat-buat, saya tahu, saya perlu luahkan perasaan!


Kadangkala saya sedih+hairan dengan perangai mahasiswa-mahasiswi sekarang. Ada yang belajar untuk jadi cikgu yang disegani , tapi tak reti-reti hormat guru mereka sendiri. (macam tau je cerita siapa ni)

Ada yang gunakan study week yang universiti bagi sepenuhnya dengan 'dating' tanpa halangan, dari pagi ke pagi. Ada juga yang menggunakan masa terluang tanpa kuliah dengan bertukar-tukar kisah pakwe dan umpat mengumpat sesama mereka. Maka terwujudlah orang-orang yang menjadi 80% tertekan macam saya. (kalau nak buat apa pun, jangan libatkan saya!)

Kemunculan orang-orang begini(dan yang sespesies dengan mereka), sebenarnya membuka ruang untuk gejala tidak sihat yang mereka amalkan berleluasa ke seluruh buana. Bayangkan, kalaulah semua budak universiti menggunakan peluang dengan belajar dan kalau bersembang pun, buka topik-topik yang bagus dan menjana minda(bukan sekadar ; pakwe aku suka makan sambal belacan, bopren aku kerja overtime..bla bla bla, kalau ya pun nak promote kan lebih elok cakap ; bakal suami aku hafal 3 surah (walaupun hanya 3 kul), dan hal-hal yang lebih bagus daripada cuba meneka-neka budak katil sebelah ni dah berpunya atau belum!), sekurang-kurangnya generasi-generasi freshie yang masih 'baik' tak akan terlau terpengaruh dan meyumbang kepada keruntuhan moral mahasiswa.

Paling tidak pun, bolehlah orang-orang tertentu yang tidak sekepala dengan mereka ni, buat kerja dengan tenang.
Sesekali menulis berapi-api begini syok juga=)
Saya masih mengharapkan doa anda untuk ketenangan hidup saya..

Nota: Saya bukan anti-cinta.

Thursday, April 26, 2007

TERKEJUT?

I

Seronok jalan-jalan dengan Mantan-mantan MPR minggu lalu. Ode memang saya kenal di e-sastera tapi tak pernah jumpa, begitu juga Azree Ariffin yang pernah saya nampak namanya di situ. Kak Hani pula saya jumpa di friendster dan Fieda, memang dah lama tak jumpa semenjak tamat MPR.
ewaktu makan air-cond di Times Square kami bertemu sesuatu yang mengejutkan dan menjadikan kami teruja.

Nota: Hal ini mengejutkan dan menerujakan kami, tetapi mungkin anda tidak merasa apa-apa.

Ini dia, buku-buku sastera DBP dipamerkan di Times Squre! Lihat betul-betul. Buku-buku ini bukan dipamerkan di kedai buku, tetapi di kedai baju.

Tentunya bukan untuk dijual, tetapi menjadi latar kepada patung-patung yang memperagakan pakaian. Buku-buku tersebut disusun di rak-rak seperti di dalam gambar, dan diletakkan di antara patung-patung. Setiap ruang di dalam cermin kaca itu menempatkan 2 atau 3 rak dan terdapat 3 ruang pameran semuanya.

Nota gambar: penulis-penulis remaja yang hebat sedang berapi-api memberi krtikan masing-masing.

II

Pada waktu sekarang, saya perlu menjadi seperti ini


Di dalam tempurung itu hanya boleh ada buku! Tetapi mustahil saya boleh jadi begitu sebenarnya. Doakanlah kecemerlangan saya selamanya.

Nota gambar: Katak di dalam gambar adalah model semata-mata.

Monday, April 23, 2007

PERTEMUAN

Setelah melalui hari-hari penuh kegeraman dan rasa tidak suka yang tak sudah-sudah, akhirnya saya berjaya melalui minggu-minggu penuh ceria termasuklah hujung minggu yang menggembirakan.

Sabtu lalu, saya bertemu beberapa orang mantan MPR dalam sessi ringkas perbincangan beberapa aktiviti kami. Seronok dan teruja apabila dapat berkenalan dengan senior-senior MPR yang kebanyakan hanya saya kenal melalui nama.



Dari kiri: Rauf(MPR 2004), Ode(MPR 2002), Kak Hani(MPR 2000), Kak Ida Munira(MPR 2004), Kak Ummu Hani(MPR 1999), Fieda(MPR 2006), Firdhaus(MPR 2006), Azree Ariffin(MPR 2005), Azree Hanifiah(MPR 2006) dan saya (sedang mengambil gambar(“,)

Selesai mesyuarat, saya, Fieda, Kak Hani, Azree Ariffin dan Ode menggunakan masa sepenuhnya dengan jalan-jalan sekitar Pasar Seni sebelum kami menemui sesuatu yang mengejutkan di Times Square(akan diceritakan kemudian).

Pada hari Ahad, saya bertemu seorang lagi mantan MPR(ini bukan mantan sembarangan), mentor saya, Kak Nisah Haron bersama Azree dan Fieda sempena Seminar Pencinta Buku di Perpustakaan Shah Alam. Sempat juga saya bergambar bersama Pak Samad sebelum kami semua mendengar pembentangan Kak Nisah berkenaan Ujana Ilmu sebagai sebuah kedai buku maya.


Fieda dan Kak Nisah di tempat jualan Ujana Ilmu.

Inilah ciri-ciri protégé yang baik, sanggup duduk bersila walaupun ada kerusi=)

Saturday, April 14, 2007

KATAKAN

Katakan saya memang marah, geram dan bengang. Entahlah.

1) Saya memang tak suka dengan orang-orang yang tak pandai hormat orang lain. Aduh ini memang saya menyampah sangat-sangat. Rasa macam nak balas, tapi etika diri saya melarang.

2) Lebih-lebih tak suka orang yang bangga mengaku dia bekas ‘budak sekolah agama(BSA)’ tapi bangga pakai baju sendat, seluar ketat, tudung tersekat, buat maksiat dan boleh pulak cerita dengan bangganya apabila ada orang tegur dan dia balas. Contohnya begini (contoh sahaja):
Orang(katakan jantina lelaki): Eh baju kau tu nampak pusatla.
BSA: Lah kau ni, kalau orang dah bagi tengok tu, tengok jela. Janganla bising-bising.

3) Lagi tak suka dengan orang yang asyik cerita pasal boyfriend. Saya fahamlah dalam Malaysia ni dia seorang saja yang ada boyfriend tapi tak payahla kepoh-kepoh macam orang lain tak ada cerita.

4) Tak suka lagi dengan orang yang akan kata pada saya, (contohnya), “
kau ni asyik tak suka orang, macamlah kau tu baik sangat” kerana orang bercakap tu tak rasa apa yang saya rasa. Dia boleh bagi hujah-hujah meleret dengan contoh lengkap sedangkan dia tak pernah ada pun dalam situasi macam saya.

Minta maaf saya buat luahan emosi. Mungkin boleh jadi renungan untuk kita semua (terutama saya). Mungkin ramai yang mahu kata “kau ni asyik tak suka orang, macamlah kau tu baik sangat”. Anda boleh kata, kerana anda tak rasa. Atau ada yang mahu kata “alah itu baru sikit, cabaran hidup aku lagi dasyat dari tu”. Anda boleh kata juga kerana mungkin sifat sabar anda lebih hebat daripada saya.

Saya bukan orang yang baik sangat, atau hebat sangat, atau bagus sangat sampai mahu tegur orang itu,ini. Tapi saya ada sedikit ilmu dan juga terlalu sedikit kebaranian untuk menegur.

Cuma satu ayat yang menjadi pegangan saya

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah, ayat 286)

Tuesday, April 10, 2007

KUNCI

Salam.
Akhir-akhir ini saya agak kurang motivasi. Hilang kunci inspirasi agaknya. Tapi apabila terlihat sajak saya Segugus Kunci disiarkan di Utusan Melayu (Jawi) semalam, rasa gembira juga. Naik juga semangat. Secara kebetulan ada dua buah sajak disiarkan semalam dan yang menjadi peneman karya saya ialah karya Zulfazlan Jumrah yang merupakan sahabat se-MPR 2006. Tahniah untuk Zulfazlan.

Dan entah kenapa tiba-tiba saya jadi "gila glamour@glemer". Saya mencanang Segugus Kunci seantero Malaya. Tapi apa salahnya, bukan senang nak tengok karya sendiri versi jawi. Saya pun tidak pernah menulis puisi dengan tulisan jawi. Ya tak?

Ungkapkan aku segugus kata
jujur dari merah hatimu
Berikan aku cebisan-cebisan semangat
suci dari putih jiwamu

Putih darimu, putih diriku
Merah darimu, merah diriku

Friday, April 06, 2007

HADIS

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?

Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si pemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )

Si pemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?

Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik-Nya atau yang buruk-Nya.

Si pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?

Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.

Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.

Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya

Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?

Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut )

Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?

Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.

Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Monday, April 02, 2007

LAWAK SANTAI

Seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an menghadiri satu sesi temuduga untuk jawatan Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat tempatan.

Selepas temuduga berlangsung selama 45 minit...

Penemuduga: Adakah puan mempunyai pencapaian-pencapaian lain yang boleh saya pertimbangkan?

Calon: Ya, dua buah cerpen saya pernah diterbitkan di sebuah majalah yang mempunyai paling ramai pembaca di negara ini, lima buah puisi saya pernah tersiar di dua buah akhbar arus perdana dan novel sulung saya baru sahaja diterbitkan oleh penerbit bertauliah.

Penemuduga: Wah, bagus sekali. Tetapi adakah puan mempunyai pencapaian-pencapaian hebat yang dilakukan dalam waktu pejabat?

Calon: Oh. Semua itu saya lakukan dalam waktu pejabat!