Thursday, January 29, 2009

DUA KARYA BAHARU 2009

Akhirnya,
dua karya pertama dalam dua genre untuk tahun 2009:


Cerpen

Pabila Hujan Turun

Dewan Kosmik Februari 2009






Puisi
Pembeli Usia

Tunas Cipta Februari 2009

Monday, January 26, 2009

BELASUNGKAWA - SN ARENAWATI


Saya menerima SMS daripada Kak Nisah Haron jam 9.08am semalam (25 Januari) yang memaklumkan pemergian Allahyarham SN Arenawati ke rahmatullah jam 1.30am sebelumnya.

Sebuah kehilangan besar lagi kepada dunia sastera kita. Tapi, setiap manusia sudah ditentukan masa kembali kepada-Nya.

Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Al-Fatihah.

Tuesday, January 20, 2009

PENULISAN 2009 - melankolika pasca diskusi

Salam pasca diskusi MPR.
Foto daripada kak Nisah

Bersama rakan-rakan MPR selalu membuatkan semangat menulis saya kembali berkobar-kobar. Bekerjasama melaksanakan sebuah program dengan 'kawan-kawan yang suka sama suka' ini lebih-lebihlah lagi membuatkan saya jadi berkobar. Sememangnya kami gembira melaksanakan program ini. Biarlah hampir setiap hari menjelang diskusi terpaksa tidur menjelang pagi untuk menyudahkan montaj dan hal-hal lain, berdikit-dikit setiap hari, saya tidak kisah pun. Malah menjadikan saya bersemangat. Yelah, saya bukan jenis yang buat kerja awal dan konsisten, untuk MPR saja tiba-tiba berubah lebih baik. Biasanya kalau
asignment pun saya bantai buat malam sebelum kena hantar saja. hehehe.

Saya suka menjadi penyair. Saya sangat suka perkataan 'penyair' itu sendiri. Selepas MPR 2006, cinta saya kepada 'penyair' semakin bercambah. Saya sertai MPR 2006 dengan niat mendalami prosa kerana memang sebelum saya serius menulis sekalipun, saya menyukai prosa (cerpen dan novel). Tidak pernah terlintas sekalipun tentang puisi ataupun penyair. Ya 'barangkali apa yang kamu fikir tidak itu baik untuk kamu'. Tapi saya ikuti MPR 2006 atas tiket puisi, dengan niat mendalami prosa, Kak Nisah Haron menjadi mentor saya.

Selepas MPR, saya menulis cerpen juga. Tapi lebih banyaknya puisi. Saya yakin, Kak Nisah tidak akan kecewa jika seorang
protegenya ini tersesat menjadi penyair, bukan cerpenis atau novelis. Haha. Tapi saya pasti ada yang kecewa jika saya berhenti dan menyepi terus. Kalaulah tidak ada orang kecewa sekalipun, saya memang tidak wajar berhenti selepas berjalan sejauh ini. Setakat 2008, alhamdulillah, saya masih menulis. Sepanjang tahun 2006 dan 2007 puisi-puisi saya saja yang tersiar. Tahun 2008 sudah ada puisi dan cerpen, malah artikel juga (yang pertama tersiar di Dewan Masyarakat Disember 2008).

Terima kasih para mentor MPR 2006;
kak Nisah, kak Rai, abang Lutfi, abang Din dan ustaz Zaid, kerana mereka kami, mantan 2006, masih ingat pada apa yang disebut 'tanggungjawab penulis'. Begitu juga kepada para senior MPR yang lain; kak Salina, abang Faisal dan yang lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama), mereka inilah penunjuk jalan sangat baik hati. Jujurnya, sampai sekarang pun saya masih lagi meminta nasihat dan pendapat kak Nisah dalam beberapa hal. Jasamu dikenang, kak!

Wah saya pun tak tahu kenapa saya menulis begini, melankolika pasca diskusi ni. Ucapan begini biasanya ada dua; ucapan orang yang mahu berhenti menulis atau ucapan orang yang menang anugerah. Tapi saya masih bukan di mana-mana. Haha.

Inilah penyair yang dipinggirkan oleh manusia pada zamannya,
Dan hanya dikenali sesudah jasad ditinggalkan
Dunia pun mengucapkan selamat tinggal dan kembali ia pada Ilahi

Inilah penyair yang tak meminta apa-apa dari manusia
kecuali seulas senyuman

Inilah penyair yang penuh semangat dan memenuhi cakerawala
dengan kata-kata indah

Namun manusia tetap menafikan kewujudan keindahannya
......................

Dan oh para penyair,

Kalian adalah kehidupan dalam kehidupan ini:
Telah engkau tundukkan abad demi abad termasuk tirainya.
Penyair..

Suatu hari kau akan merajai hati-hati manusia
Dan, kerana itu kerajaanmu adalah abadi.

Penyair..periksalah mahkota berdurimu..
kau akan menemui kelembutan di
sebalik jambangan bunga-bunga Laurel...

Petikan puisi Penyair, Khalil Gibran

Saya akan menulis tentang diskusi nanti, tunggu gambar-gambar yang menarik.

Tuesday, January 13, 2009

MAJLIS DISKUSI KARYA MANTAN MPR 2009

Semua ahli kelab alumni, para penulis, pembaca, penelaah, pemerhati, peminat dan pencinta ilmu sastera tanah air dengan segala hormatnya diundang untuk menghadiri Majlis Diskusi Karya Mantan MPR 2009. Maklumat lanjut di entri sebelum ini.

Bila lagi nak lihat pelbagai golongan manusia dalam berbeza bidang profesionalisme dan tentu sekali berbeza pemikiran dikumpulkan di bawah satu nama, 'penulis'. Bila lagi nak lihat penulis menjadi penyambut tetamu, cerpenis menjadi pengacara majlis, novelis menjaga kaunter pendaftaran, penulis juga menjadi promoter, penyair menjadi technician (eh siapa tu?) dan macam-macam lagilah. Contohnya seperti sekarang ini, saya sudah menjadi promoter.

Kami, junior-junior MPR ini akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan kelancaran majlis.

tengok ni, kami bermesyuarat dengan tekun..

barulah senyum.. eleh senyum ada makna tu. lepas ni pergi mana? =)

Friday, January 09, 2009

MAJLIS DISKUSI KARYA MANTAN MPR 2009

Dijemput sesiapa yang berminat untuk menghadiri Majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR)

Tarikh: 17 Januari 2009 (Sabtu)
Jam: 8.30pagi - 12.30tghari
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP
Tema Pakaian Mantan MPR: MERAH

Majlis akan dibahagikan kepada dua sesi,
Sesi 1 (Karya Eceran & Novel)

Diskusi puisi eceran dibicarakan oleh Professor Rahman Shaari

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. SESUMPAH – FIRDHAUS HASSAN (Tunas Cipta April 2008)
2. DI TEDUHAN SEBUAH POHON KEMERDEKAAN – NISSA' YUSOF (Mingguan Malaysia)
3. DOA YANG BUNGKAM – AZREE ARIFFIN (Mingguan Malaysia)
4. GURINDAM DAMBAAN INSANI – NOR AFIQAH BINTI MOHD SIDEK (Berita Minggu)
5. PELANGI INDAH DI LANGIT BIRUMU – FARAHANA HUSSEIN (Al-Islam)
6. PENOMAD CINTA – NURUL 'IZZAH ZAINOL (Berita Minggu)
7. HUJAN PAHALA II – ZAKI JOHARI ( Berita Harian)
8. MERINDUIMU – ODE (Berita Minggu)
9. MARSUM RALAT DARIPADA AL-AZIZ – NASRIAH ABDUL SALAM (Mingguan Malaysia)
10. MERDEKAKAN HATIMU – AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta)


Diskusi cerpen eceran dibicarakan oleh Dr Mawar Shafie

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. GERAI PISANG GORENG ABAH - AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta)
2. KERETA PUNYA ANGKARA – AIDIL KHALID (Tunas Cipta)
3. MAHAKARYA SEORANG PIDANA – ZULFAZLAN JUMRAH (Tunas Cipta)
4. SRENGENGE - NAI BOON MEE SARARAKS (Tunas Cipta)
5. INFILTRASI GALAKSI – M.F KENCANA (Tunas Cipta)
6. KERANA AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH – SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI (Tunas Cipta)
7. SKIZOFRENIA – AZREE HANIFIAH (Tunas Cipta)
8. TUAH DAN KUCING PUTIH – MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR (Tunas Cipta)
9. TENGGELAM DALAM KEREDHAAN – NABIHA M. MASHUT (Tunas Cipta)
10. TERIMA KASIH UNTUKMU – HANI SALWAH YAAKUP (Tunas Cipta)
11. BEZA DUA WAJAH – SAPIAH BT DERAHMAN (Antologi Palestin)

Novel BUKAN YANG PERTAMA karya Salina Ibrahim
dibicarakan oleh Dr Rosnah Baharudin


Sesi 2 (Kumpulan/Antologi Cerpen)

Antologi cerpen KACAK JELITA dibicarakan oleh Encik S.M.Zakir

Kumpulan cerpen ESPRIT DE CORPS karya Nimoiz T.Y
dibicarakan oleh Dr Amida Abd Hamid

Kumpulan cerpen UJANA RINDU karya Mohd Ashadi Saiman & Siti Hajar Mohd Zaki
dibicarakan oleh Dr Kamariah Kamaruddin


Jika mahukan malumat lanjut sila ke blog rasmi MPR

Monday, January 05, 2009

TAG

ini kali pertama saya ditag. siapa lagi kalau bukan kekanda MJ tu. saya memang tak berapa rajin buat tag pun. tapi Kak Rai describe saya begini 'Pelapis puisi tanah air di kala penyair muda wanita sedang sangat tandus. Oh, dia juga orang Ipoh dan dia panggil saya 'Yong'.' dalam tagnya. kembang la sekejap dengan perkataan 'pelapis' tu. dan dan jawab tag cepat. hehe.

1. Do you think you are hot?
kadang-kadang, sebab saya dengar panas fm . ahaks!

2. Upload a favorite picture of you:


3. Why do you like that picture?
kali pertama berkayak tu, kolam ni di sungai siput, perak. di dalamnya ada segala macam spesies ikan air tawar. mula-mula gayat juga siap ada rasa macam nak tenggelam ala-ala titanic lagi. tapi lama-lama dah terlebih berani pula.

4. When was the last time you ate pizza?
minggu lepas, di ipoh.

5. The song you listened to?
layan semua, kecuali yang terlebih rock atau terlalu klasik. sekarang tengah suka sangat 'selamat ulang tahun sayang' - imran ajmain.

6. What are you doing right now besides this?
luruskan fikiran, siapkan beberapa kerja untuk diskusi MPR, cari source dan tools untuk projek akhir, sambil menjeling emel-emel yang sentiasa on untuk tunggu balasan daripada beberapa orang.

7. What other names do you prefer besides this?
saya ada banyak nama sebab nama saya panjang. haha. mungkin nak jadi Ir. Nissa', lepas tu boleh jadi MB Perak menggantikan Ir. Nizar. heh. tapi sebenarnya saya tak kisah, orang nak panggil puteri ke, tengku ke, siti ke, hidup cuma sekali.. (macam pernah dengar)

Now I would like to tag new victims to do it
  1. Firdhaus Hassan
  2. Jebatsari
  3. M.F. Kencana
  4. Safiyyah
  5. Liana Lily
8. Who is number 1?
kawan MPR2006, penyair, cerpenis, pendiam orangnya tapi bukan diam-diam kosong aje.

9. Who is number 3 having a relationship with?
pelakon toooottt. haha gosip gosip

10. Say something about number 5.
kawan sejak di matrikulasi, dia juga minat menulis. hanya beberapa orang kawan yang tahu saya menulis, salah seorangnya dia. dialah yang selalu terpaksa mendengar saya bercerita tentang karya atau sastera. tapi dia tetap tak kenal penulis-penulis!

11. What about number 4?
kawan MPR2006. saya tahu dia banyak menulis, tapi jarang siap. hehe. tak apa, bakal doktor gigi ini memang selalu sibuk dengan kliniknya.

12. Who is number 2?
lelaki yang selalu kata dirinya kacak ini kalau menulis puisi memang bagus. kerjanya memang selalu sibuk, jadi saya tak yakin dia akan jawab tag ni :)

Friday, January 02, 2009

IPOH YANG BERUBAH

Betul. Ipoh memang banyak berubah. semakin banyak tesco salah satunya. haha. tapi tak semua yang berubah tu bagus.

minggu lepas saya singgah sekejap di perpustakaan tun razak ipoh. teringat masa zaman sekolah dulu, saya memang selalu datang ke sana. terutama waktu cuti sekolah. maklumlah kalau duduk di rumah pun bukan ada orang. jadi saya akan duduk di sana. lagipun di tingkat dua ada bilik mainan kanak-kanak, memang seronoklah.


dua tahun lepas, ada jugalah datang ke perpustakaan tun razak ini, tapi selalu masuk baca majalah dan naik tingkat satu, bahagian bahasa melayu atau tingkat tiga, bahagian bahasa inggeris.

pergi minggu lepas, habis baca beberapa majalah, saya pun naik ke tingkat satu, banyak novel, buku cerpen dan puisi. tapi apa yang saya kecewa ialah tak ada langsung buku-buku baru. paling baru yang dapat saya detect pun terbitan 2005. begitu juga buku-buku HSKU, yang ada cuma sampai HSKU 2002! satu lagi, saya tak fahamlah kenapa tak ada majalah dbp selain dewan pelajar. mungkinlah semua buku-buku baru sudah ada orang pinjam, tapi tak kan 'semua'.

lebih mengecewakan lagi, sebuah komputer pun tak ada untuk orang awam dan saya tak rasa di situ ada wi-fi juga (sebab tak ada sebarang notis wi-fi).

saya kecewa sebab bagi saya perpustakaan ini sangat cantik. bangunannya memang gah, dengan air terjun buatan di depannya, dengan landskap hijaunya, dengan kedudukannya yang betul-betul di tengah-tengah bandar ipoh, kalau kena gayanya memang boleh jadi tempat tumpuan.

untuk mengurangkan kecewa, saya pun naik ke tingkat tiga, bahagian bahasa inggeris. mula-mula nak naik lif. tapi bila di tekan butangnya, lif tu berbunyi macam jentera lama yang baru dihidupkan. jadi baik saya naik tangga sajalah.

tangganya pun suram aje. memang seram jugaklah. buku-buku di bahagian bahasa inggeris memang banyak, tapi tetap tak ada yang baru-baru.. hmm entahlah.

satu lagi yang tak bagus dengan ipoh sekarang ialah perubahan rakyatnya. dua tiga kali naik dan turun bas di medan gopeng dalam beberapa bulan kebelakangan ini sudah cukup membuatkan saya tak selesa. rasa macam di airport pula. masalahnya airport ni hanya terhad untuk warga indonesia, bangladesh, nepal dan sedikit pakistan.

sebelum ini saya tension juga kalau jalan-jalan di shah alam. terutama hari sabtu dan ahad. fuh tasik shah alam tu macam jadi markas pengumpulan pula. rupa-rupanya bila balik ipoh pun sama juga. dan saya yakin banyak tempat dalam negara ini sudah jadi begitu juga.

saya memang tak suka keadaan sebegini, rasa tak selesa dan takut-takut di tempat sendiri. tapi tak semua pendatang ini menakutkan. salah satu contohnya, brader-brader hindustani yang buka kedai di low yat tu. mereka ini lebih profesional. kalau tak percaya, bila lalu saja depan kedai mereka ni pasti ada orang yang akan jemput 'ya, cik, barang murah-murah, mari masuk'. lebih kuranglah. kebetulan lama juga saya di situ, kawan saya yang sudah bosan sempat juga buat pemerhatian, dan hasilnya, kata kawan saya ini itu sajalah ayat bahasa melayu yang brader tu tahu cakap. haha. mungkin betullah agaknya, maklumlah kawan saya tu 'orang makmal'.

harap ada yang boleh diubah untuk tahun 2009 ini.