Friday, October 16, 2015

No-fiction-october

ini adalah kempen personal saya bulan ini. melihat kepada senarai bacaan tahun ini, saya banyak membaca fiksyen. dengan perangai suka membeli buku yang tak tertahan, saya akan membeli buku-buku baru, dan lama, dan buku-buku karya penulis besar yang tidak pun saya minat, yang mana ended up kepada book pile; sebuah binaan yang begitu gah tapi berdosa kerana tidak dibaca.
jadi, untuk memberi keseimbangan pemikiran kembali, saya akan berpuasa fiksyen bulan ini. saya masih juga membeli beberapa buah buku fiksyen (tak tahan) tapi kita longgokkan lagi, yeah!

hari ini sudah separuh oktober, nampaknya perancangan ini masih on track. setakat ini saya sudah mula  membaca kembali buku tentang falsafah dan sejarah yang telah lama tertangguh. juga untuk melengkapkan kuota saya membaca kembali buku-buku biografi. saya pernah gila membaca biografi dulu, entah kenapa terhenti. mungkin terlalu sakit hati kerana kehebatan susunan hidup mereka yang berjaya ini.

apa-apapun, keep it short, wish me luck!

Sunday, April 12, 2015

Book Pile

Hampir dua bulan sejak saya menulis post yang terakhir. Tentang reading slump yang datang menyinggah. Selepas dua bulan, secara rasminya perangai tsundoku yang datang juga tidak pergi lagi. Untuk memujuk hati, saya yakin buku-buku yang saya pile-up kan itu adalah buku-buku yang perlu ada, tidak dapat tidak!

Sebagai update, sejak dua bulan, saya hanya bergerak satu bab dalam My Name is Red, ya saya baca juga buku ini, sebagai cabaran untuk diri sendiri. saya sendiri tertanya-tanya bila agaknya saya dapat habiskan.

Sepanjang Mac, saya hanya habiskan sebuah buku – Luka Nering, oleh Malim Ghozali Pk. Novel yang menarik, memang jenis saya, tapi sebenarnya expectation saya terhadap novel tebal ini lebih tinggi. Jadi agak kecewa sedikit, tapi novel ini masih sebuah novel yang patut dibaca. Tidak ada lagi yang seumpamanya.


Antara buku-buku ‘perlu ada’ yang stuck di pile saya sekarang ialah 
 - Misa Melayu. Tuhan saja tahu berapa lama saya mahukan buku ini, tapi bila sudah dapat, ambil bau dan letak di tepi dulu.
- Hikayat Faridah Hanum , buku pinjam semasa melakukan scanning di rak buku orang 
- Membongkar Rahsia Dunia Melayu, kononnya sejak 3-4 tahun kebelakangan ni saya sangat meminati sejarah Melayu. Tapi pembacaan di buku ini terhenti di bab pertama lagi, entah kenapa sungguh terasa bosannya bab yang bercerita tentang asal-usul bangsa Melayu itu. 
- Hikayat Abdullah. Akan baca, mesti akan baca. Mana boleh tak baca karya Munsyi Abdullah ini. 
- Cerpen Terbaik 2014. Saya paksa Yana, yang salah satu cerpennya ada di dalam buku ini untuk beri percuma. Buku ini sengaja saya simpan untuk dibawa mengembara.

Ada lagi beberapa buah lagi di pile buku Bahasa Melayu ini, tapi biarlah dulu. Pile English lebih banyak habuknya, tapi dah tentu akan dibaca (pujuk hati lagi).

Jadi, mungkin saya hanya akan datang ke PBAKL tahun ini sekali saja, itupun untuk mendapatkan buku-buku tertentu yang baru terbit. Emm mungkin juga yang mempunyai diskaun. Dan buku-buku penulis yang saya suka. Dan buku yang susah ditemui di kedai. Haha sudah tak terkawal. I better off to read all those books.

Thursday, February 19, 2015

Reading Slump

Saya sebenarnya sedang merana readng slump yang agak serius. Salah satu penyebab yang mahu saya tumpahkan seuruh salah ini adalah pada novel Orhan Pamuk – My Name is Red. Seriously, buku yang baik perlukah jadi sebosan ini?

OK.. ok maaf emo pula. Bosan bagi saya, tapi tentulah ada orang yang akan suka dan jatuh cinta padanya. Ada orang nasihatkan saya, kalau sudah tak suka, jangan teruskan baca. Nanti jadinya seperti makan makanan yang tidak sedap. Tapi saya fikir kalau berhenti awal, mana tahu saya hilang permata bersinar di tengah lorong sempit perjalanan yang gelap tanpa cahaya dan sumbu pun tak mahu menyala kerana kurang oksigen di dalamnya.

Maka meranalah saya sekarang dengan argument seperti di atas.

Salah satu cara untuk memujuk rasa suka membaca adalah dengan membeli lagi buku-buku baru dengan harapan salah satu daripanya mampu menghalau pergi reading slump tadi. Dan ini pula membawa kepada sejenis masalah lagi –tsundoku

Betul, sekarang buku dan berebut tempat dengan bantal.

Banyak betul ujian hidup jadi penikmat buku ini. Di mana keadilan dunia? Huh.

Wednesday, January 14, 2015

Gerhana diadaptasi ke TV

Gerhana, novel yang satu-satunya itu sudah mula ditayangkan di tvi (180).


Kita flashback sikit, Gerhana ditulis bersama oleh saya dan MF Kencana. Aneh kan, satu novel tulis berdua. Tapi seronok juga.

Kemudian diterbitkan oleh PTS pada tahun 2011. Dengan agak tergesa-gesa (saya terpaksa akui), jadi maafkanlah kesalahan typo dan kekurangan editing dalam novel yang hanya dicetak sekali itu.

Selepas itu, kami mula membuat adaptasi pada awal tahun 2013. Adaptasi untuk drama bersiri 13 episod. Ada beberapa episod yang saya tulis (memang hanya beberapa, selebihnya haruslah diselamatkan oleh MF Kencana). Setahu saya penggambaran sudah selesai lebih setahun lalu, cuma baru tahun ini ditayangkan oleh stesen tv.

Apabila menonton semula, rupanya masih ada lagi sisa-sisa rasa excited pada saya. Menonton Iman Muhaimin dan Zikri Husain yang sangat obses dengan gerhana, Dr. Amatine yang bijak dan cute, ada Wana, Umi dan lain-lain.

Its quite personal actually, masih terasa-rasa pengalaman zaman uni yang bercampur-campur di dalamnya. But, still.. the time is not coming back :)

Alif Aziz sebagai Iman (dan Zik)