Kerosakan komputer samada berkenaan serangan virus atau kemusnahan hardware memang sangat menguji kesabaran. Bagi para penulis, tentunya hal ini lebih menyakitkan apabila manuskrip yang ditulis beberapa lama lenyap begitu saja tanpa ada backup. Malah Allahyarham SN Arena Wati juga pernah merasai hal ini terhadap manuskrip novel hebatnya; Armageddon yang akhirnya tertunda begitu lama untuk penulisan semula.
Malah kepada bukan penulis juga, kehilangan kerja-kerja penting atau gambar-gambar kenangan memang menyedihkan.
Jadi seiring dengan teknologi, selain daripada melakukan backup kepada beberapa media seperti pendrive dan cd, terdapat banyak ruang simpan internet (internet storage) yang boleh digunakan dengan percuma. Salah satu yang telah lama saya gunakan dan dijamin berkesan ialah
Dropbox.
Apa yang menarik, Dropbox boleh dipasang di beberapa komputer. Sebagai contoh, anda pasangkan (install) di komputer riba dan komputer pejabat. Dropbox di kedua-dua komputer ini akan
syncronise, katakan anda simpan sebuah manuskrip novel dalam komputer riba, tetapi terfikir untuk menyudahkannya di komputer pejabat, buka Dropbox, sambung tulis dan
save. Manuskrip yang di komputer riba juga akan
updated. Sama juga jika anda menambah fail-fail baharu di komputer pejabat, fail-fail itu juga boleh didapati dalam Dropbox di komputer riba.
(amaran: ini hanya contoh, tidak seharusnya menulis novel pada waktu kerja :)Selain dari komputer-komputer yang anda pasangkan, fail-fail dalam Dropbox anda juga terdapat di internet. Anda juga boleh pilih jika mahu kongsikan fail tersebut dengan orang lain melalui laman web Dropbox.

Baiklah, mari lihat cara ringkas memasang Dropbox:
- Langkah 1: Masuk ke laman web Dropbox.
- Langkah 2: Isikan nama, emel, dan kata lalauan yang anda mahu untuk akaun Dropbox. Klik create account.
- Langkah 3: Ikuti overview atau klik saja butang Download Dropbox di bahagian bawah.
- Langkah 4: Muat turun dan install terus Dropbox ke komputer anda.
- Langkah 5: Install Dropbox anda ke beberapa komputer lain jika perlu.
Selepas install,
folder Dropbox sudah boleh digunakan. Anda ada
2GB ruang. Jangan lupa simpan fail dalam
folder Dropbox. Untuk akses di internet pula, masuk saja ke laman web Dropbox dan login.
Selepas ini jika
hard disk crash, kita masihlah boleh senyum-senyum lagi =)