Friday, March 25, 2016

the diving pool

salah satu buku yang dah lama sungguh saya beli, tapi baru dibaca. buku ini memuatkan tiga novelet -the diving pool, pregnancy diary dan dormitory.

rate saya:
the diving pool 
pregnancy diary 
dormitory 

gaya ogawa melukis naratif sangat hebat. hebat dalam erti kata lain sungguh terperinci dan indah. contohnya dalam dormitory

I watched him walking away, sweater over his shoulders, bag in hand, until he was no more than a tiny point in the distance. I watched, without so much as blinking, and I realized how utterly lonely I was. But all my staring couldn't prevent that distant point from vanishing like a snowflake dissolving in the sunlight.

But all my staring couldn't prevent that distant point from vanishing like a snowflake dissolving in the sunlight. saya dapat melihat gambarannya seperti menonton wayang!

cuma, dalam pregnancy diary dan dormitory, saya geram dengan endingnya yang.. entahlah. terlalu tergantung? mungkin penulis mahu pembaca berfikir, tapi terlalu banyak yang tertinggal untuk difikirkan. haha.

Wednesday, March 23, 2016

Tahun Baharu

hampir ke penghujung 3 bulan pertama tahun baharu. dan saya baru mahu menulis tentang azam. antara azam saya adalah untuk tidak membeli buku. ya, sangat opportunis!

sebenarnya dalam tahun-tahun yang lepas banyak juga azam saya berkaitan buku; nak baca falsafah, nak baca sejarah, ulang baca beberapa buku, tulis buku, dan lain-lain yg berkaitan. tahun ni rare sikit.

tapi, surprisingly, saya berjaya melaksanakannya.. dalam bulan pertama tahun ini. saya tidak beli sebarang buku. bring it on januari! cuma, masuk saja februari, tak berdaya lagi rasanya. buku-buku di bawah saya beli sepanjang februari.


sebagai pujukan untuk diri sendiri;
- buku abang Im memang wajib beli, walau macam mana sekalipun!
- membedah p. ramlee untuk mengikut trend
- sumpah tujuh keturunan adalah buku pilihan abang zainal rashid semasa Borak Buku bersama beliau bertahun-tahun dulu, cuma sangat susah nak dicari. jadi memang terpaksa beli.
- KTM dan KTI saya jangkakan akan terhad di pasaran, jadi perlu beli siap-siap sebelum gigit jari

belum boleh baca lagi kerana ada satu lagi azam yang berkenaan iaitu untuk menghabiskan buku-buku yang masih tak bersentuh sekian lama.

buku-buku baru, welcome to my tbr pile!

Friday, October 16, 2015

No-fiction-october

ini adalah kempen personal saya bulan ini. melihat kepada senarai bacaan tahun ini, saya banyak membaca fiksyen. dengan perangai suka membeli buku yang tak tertahan, saya akan membeli buku-buku baru, dan lama, dan buku-buku karya penulis besar yang tidak pun saya minat, yang mana ended up kepada book pile; sebuah binaan yang begitu gah tapi berdosa kerana tidak dibaca.
jadi, untuk memberi keseimbangan pemikiran kembali, saya akan berpuasa fiksyen bulan ini. saya masih juga membeli beberapa buah buku fiksyen (tak tahan) tapi kita longgokkan lagi, yeah!

hari ini sudah separuh oktober, nampaknya perancangan ini masih on track. setakat ini saya sudah mula  membaca kembali buku tentang falsafah dan sejarah yang telah lama tertangguh. juga untuk melengkapkan kuota saya membaca kembali buku-buku biografi. saya pernah gila membaca biografi dulu, entah kenapa terhenti. mungkin terlalu sakit hati kerana kehebatan susunan hidup mereka yang berjaya ini.

apa-apapun, keep it short, wish me luck!

Sunday, April 12, 2015

Book Pile

Hampir dua bulan sejak saya menulis post yang terakhir. Tentang reading slump yang datang menyinggah. Selepas dua bulan, secara rasminya perangai tsundoku yang datang juga tidak pergi lagi. Untuk memujuk hati, saya yakin buku-buku yang saya pile-up kan itu adalah buku-buku yang perlu ada, tidak dapat tidak!

Sebagai update, sejak dua bulan, saya hanya bergerak satu bab dalam My Name is Red, ya saya baca juga buku ini, sebagai cabaran untuk diri sendiri. saya sendiri tertanya-tanya bila agaknya saya dapat habiskan.

Sepanjang Mac, saya hanya habiskan sebuah buku – Luka Nering, oleh Malim Ghozali Pk. Novel yang menarik, memang jenis saya, tapi sebenarnya expectation saya terhadap novel tebal ini lebih tinggi. Jadi agak kecewa sedikit, tapi novel ini masih sebuah novel yang patut dibaca. Tidak ada lagi yang seumpamanya.


Antara buku-buku ‘perlu ada’ yang stuck di pile saya sekarang ialah 
 - Misa Melayu. Tuhan saja tahu berapa lama saya mahukan buku ini, tapi bila sudah dapat, ambil bau dan letak di tepi dulu.
- Hikayat Faridah Hanum , buku pinjam semasa melakukan scanning di rak buku orang 
- Membongkar Rahsia Dunia Melayu, kononnya sejak 3-4 tahun kebelakangan ni saya sangat meminati sejarah Melayu. Tapi pembacaan di buku ini terhenti di bab pertama lagi, entah kenapa sungguh terasa bosannya bab yang bercerita tentang asal-usul bangsa Melayu itu. 
- Hikayat Abdullah. Akan baca, mesti akan baca. Mana boleh tak baca karya Munsyi Abdullah ini. 
- Cerpen Terbaik 2014. Saya paksa Yana, yang salah satu cerpennya ada di dalam buku ini untuk beri percuma. Buku ini sengaja saya simpan untuk dibawa mengembara.

Ada lagi beberapa buah lagi di pile buku Bahasa Melayu ini, tapi biarlah dulu. Pile English lebih banyak habuknya, tapi dah tentu akan dibaca (pujuk hati lagi).

Jadi, mungkin saya hanya akan datang ke PBAKL tahun ini sekali saja, itupun untuk mendapatkan buku-buku tertentu yang baru terbit. Emm mungkin juga yang mempunyai diskaun. Dan buku-buku penulis yang saya suka. Dan buku yang susah ditemui di kedai. Haha sudah tak terkawal. I better off to read all those books.

Thursday, February 19, 2015

Reading Slump

Saya sebenarnya sedang merana readng slump yang agak serius. Salah satu penyebab yang mahu saya tumpahkan seuruh salah ini adalah pada novel Orhan Pamuk – My Name is Red. Seriously, buku yang baik perlukah jadi sebosan ini?

OK.. ok maaf emo pula. Bosan bagi saya, tapi tentulah ada orang yang akan suka dan jatuh cinta padanya. Ada orang nasihatkan saya, kalau sudah tak suka, jangan teruskan baca. Nanti jadinya seperti makan makanan yang tidak sedap. Tapi saya fikir kalau berhenti awal, mana tahu saya hilang permata bersinar di tengah lorong sempit perjalanan yang gelap tanpa cahaya dan sumbu pun tak mahu menyala kerana kurang oksigen di dalamnya.

Maka meranalah saya sekarang dengan argument seperti di atas.

Salah satu cara untuk memujuk rasa suka membaca adalah dengan membeli lagi buku-buku baru dengan harapan salah satu daripanya mampu menghalau pergi reading slump tadi. Dan ini pula membawa kepada sejenis masalah lagi –tsundoku

Betul, sekarang buku dan berebut tempat dengan bantal.

Banyak betul ujian hidup jadi penikmat buku ini. Di mana keadilan dunia? Huh.

Wednesday, January 14, 2015

Gerhana diadaptasi ke TV

Gerhana, novel yang satu-satunya itu sudah mula ditayangkan di tvi (180).


Kita flashback sikit, Gerhana ditulis bersama oleh saya dan MF Kencana. Aneh kan, satu novel tulis berdua. Tapi seronok juga.

Kemudian diterbitkan oleh PTS pada tahun 2011. Dengan agak tergesa-gesa (saya terpaksa akui), jadi maafkanlah kesalahan typo dan kekurangan editing dalam novel yang hanya dicetak sekali itu.

Selepas itu, kami mula membuat adaptasi pada awal tahun 2013. Adaptasi untuk drama bersiri 13 episod. Ada beberapa episod yang saya tulis (memang hanya beberapa, selebihnya haruslah diselamatkan oleh MF Kencana). Setahu saya penggambaran sudah selesai lebih setahun lalu, cuma baru tahun ini ditayangkan oleh stesen tv.

Apabila menonton semula, rupanya masih ada lagi sisa-sisa rasa excited pada saya. Menonton Iman Muhaimin dan Zikri Husain yang sangat obses dengan gerhana, Dr. Amatine yang bijak dan cute, ada Wana, Umi dan lain-lain.

Its quite personal actually, masih terasa-rasa pengalaman zaman uni yang bercampur-campur di dalamnya. But, still.. the time is not coming back :)

Alif Aziz sebagai Iman (dan Zik)



Thursday, December 04, 2014

la adri

Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu).

Inilah yang ditulis di blurb buku, memetik hadis Nabi s.a.w.


Buku ini adalah himpuna tulisan rencam pelbagai tajuk. Melihat judulnya, saya menyangka bahawa ini koleksi artikel agama, tetapi rupanya dimuatkan juga cerita peribadi penulis. ditulis seperti blog.

Kehadiran buku-buku begini, diterbitkan pula oleh penerbit indie kegemaran muda-mudi malaysia ini adalah satu usaha yang baik. mereka boleh berfikir tidak akan kurang hipster walaupun membaca buku agama.

Membaca tulisan bercampur-campur sebenarnya menjadi masalah bagi saya, susah juga nak switch off daripada kisah peribadi penulis, kemudian on pula tentang tafsiran nikmat dunia dengan panduan Quran dan hadis.

Tahniah untuk penulis dan penerbit, semoga buku ini tersebar luas ke pelbagai lapisan masyarakat.

Wednesday, October 22, 2014

Off The Map


Sementara menunggu The Mentalist Season 7 yang belum bermula, dalam sela-sela bekerja, saya sudah menghabiskan Off The Map (2011). cerita 6 orang doktor yang dengan sebab masing-masing end up di pedalaman amerika selatan. lokasi yang serba kekurangan, dari segi kelengkapan, ubatan, tenaga kerja dan sebagainya. yang tak kurang hanya pesakit dan penyakit.

jadi para doktor ini terpaksa mempelbagaikan alternatif untuk rawatan seharian. banyak juga menggunakan sumber alam apabila kekurangan ubat-ubatan.


kepandaian beralternatif dan kehebatan mereka mengawal situasi menjadikan siri doktor ini sangat wow dan meletakkan j-drama Team Medical Dragon kegilaan peminat-peminat drama jepun beberapa tangga ke bawah. TMD ni, lebihnya pada unsur dramatik je, seperi banyak j-drama yang lain.

Sunday, October 12, 2014

Penerima Nobel dari Swat

Semalam kami berbual panjang, daripada hadiah nobel-Malala-taliban-sampailah ke Swat Valley.

Sejak sekolah mengengah, saya lebih suka mengikuti Nobel setiap tahun dalam fizik dan kimia. Terima kasih kepada cikgu fizik saya! Saya tumpang bangga dengan Abdus Salam (fizik, 1979) dan Ahmed Zewail (kimia, 1999), yang menjadi satu-satunya muslim dalam kategori masing-masing ketika itu (dan sehingga sekarang kalau tak salah).

Saya tidak begitu kisah siapa yang memenangi hadiah Peace atau Literature kecuali tahun lepas apabila salah seorang penerimanya adalah rakyat Malaysia. Kemudian apabila Malala turut diumumkan tahun ini, saya agak kagum.

Saya memang tidak mengikuti hal Malala. Buku yang saya nampak di kedai pun hanya pandang saja, walaupun pernah juga buku itu di dinding bestseller MPH. Sebagai penerima paling muda, sejak malam pengumuman, saya mengikuti juga live streaming sidang media beliau dan kemudian seorang rakan berkongsi video temu bual Malala bersama Jon Stewart.

Wohoo, gadis ini memang ada sesuatu. Barangkali pengalaman hidup dalam emosi perjuangan menjadikannya begitu berani dan bijak mengambil peluang untuk memperjuangkan apa yang dipercayai. Dalam kedua-dua sidang media dan wawancara, dia nampak lebih matang daripada usia 17 tahun, tapi apa yang memperlihatkan kemudaannya adalah sikap naif dan jujur dalam berbicara.

Swat Valley, Pakistan
Saya harap semua pejuang ke arah yang baik, tidak kiralah yang dikenali media atau tidak, akan berjaya dalam perjuangan masing-masing. Ada benda-benda kecil yang orang tidak akan nampak, tapi jika tidak digerakkan, kemajuan yang besar tidak mungkin dapat dicapai.

Monday, September 01, 2014

The Teacher's Diary

entah macam mana, di malam pasca hari merdeka ini saya memilih filem untuk ditonton secara random. dan saya memilih The Teacher's Diary. filem keluaran Thailand awal tahun lalu.

filem ini dibikin sungguh cantik. kemas. dan tahap comel yang secomel pelakonnya ;)

ini cerita tentang Song, seorang guru baru yang ditempatkan mengajar di sebuah houseboat. sekolah yang terapung, dengan hanya 5 orang murid. semasa baru tiba di sekolah ini, Song terjumpa sebuah diari milik Ann, bekas guru yang pernah mengajar di situ sebelumnya. dalam hari-hari yang sepi dan mencabar, diari Ann inilah yang banyak memberi inspirasi dan menjadi teman. dari situlah terjelas tagline filem ini " is it possible to love someone you've never met?".

filem ini berdasarkan kisah benar. setiap manusia ada kisah indah masing-masing. kisah mereka adalah yang berbaloi dikongsi bersama.

sudah lama tidak tonton filem bagus seperti ini. filem hollywood lebih banyak aksi. filem melayu masih cinta, lawak dan hantu. filem yang baik ada beberapa, dengan jumlah penonton yang selalunya tidak lebih 5 orang dalam panggung. entah sampai bila golongan yang sedikit ini harus jadi penyokong dan tetap datang menonton supaya para pembikin yang ada semangat ini tidak merajuk dan merendahkan matlamat demi pulangan yang lumayan.