Wednesday, August 07, 2019

Perempuan Pengembara


akhirnya telah tiba pada suatu hari yang berjalan seperti hari-hari biasa yang lain, saya bersetuju untuk mengumpulkan sebahagian sajak menjadi sebuah kumpulan puisi. dalam wajah penyair saya adalah seseorang yang sedang bersembunyi di sebalik kata-kata. dan itulah penyair. orang menulis dalam lapis-lapis makna. boleh jadi kerana itu, saya sukar untuk bersetuju.

suara-suara menyuruh saya menerbitkan kumpulan puisi telah lama ada; dari kalangan teman-teman penulis malah penulis-penulis senior yang lain. suara yang biasanya tidak saya endahkan. setelah beberapa perdebatan dengan diri sendiri dan juga perbincangan dengan beberapa orang, antaranya ialah Yana - untuk memilih menerbitkan bahagian sajak saya yang mana - tahun ini telah lahirlah Perempuan Pengembara dan Sajak-sajak Perjalanan, yang mengumpulkan 40 buah sajak-sajak kembara saya. 

menulis sajak-sajak perjalanan mempunyai kepuasan yang tersendiri. membawa saya menilai setiap perjalanan dengan pandangan yang lebih halus dan pemikiran yang lebih dalam. sebahagiannya adalah sajak berbentuk peribadi, tentang ingatan kepada kampung halaman atau orang yang jauh. sesuatu yang hanya saya sedari apabila saya terbang meninggalkan sarang selesa.

buku pertama ini diterbitkan oleh Nusa Centre. saya berhutang terima kasih kepada abang Zakir yang telah beberapa tahun menyuruh saya menerbitkan kumpulan puisi, Yana yang menjadi penyusun Perempuan Pengembara, kak Salina Ibrahim yang dalam gelak-tawa kami di kedai kopi telah bersetuju melukis beberapa ilustrasi di dalam buku ini dan rakan-rakan yang menyokong dengan membeli dan membaca. kesudian anda untuk membaca sudah cukup menggembirakan saya.

Perempuan Pengembara (dan pasangannya Travelog Dromomania) boleh dibeli secara dalam talian di Shopee atau secara terus dengan Nusa Centre.


Sunday, September 23, 2018

Muhammad Haji Salleh - Di Mata Kami



Ini adalah sebuah catatan terlewat, Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk terlibat di dalam projek buku ini. Seperti judulnya, "Muhammad Haji Salleh Di Mata Kami", buku ini menghimpunkan 26 buah tulisan daripada pelbagai latar penulis (kebanyakannya kenalan baik MHS) yang menulis tentang Sasterawan Negara ini.

Mengimbas kembali, banyak tahun yang lalu semasa abang Rahimidin (arwah) memulakan projek buku ini, saya pernah diajak untuk menulis kerana arwah tahu saya memang peminat Muhammad Haji Salleh. Tapi saya menolak kerana rasa tidak layak, dan saya tidak pernah mengenali MHS secara peribadi. Satu keputusan yang saya kira betul pada waktu itu, walaupun kata arwah, "tulis je". Kemudian saya tidak mendengar lagi tentang projek ini.

Beberapa tahun kemudian, saya diundang oleh abang Ridzuan Harun untuk menulis semasa beliau ingin meneruskan projek ini, kali ini saya terus bersetuju. Jika tidak, mungkin saya akan menyesal pula kemudian. 

Saya menyumbang sebuah tulisan bertajuk "Kembara Penghujung Musim Bunga Bersama Salju Shibuya". Saya pernah berbual dengan seorang rakan rapat tentang ini. Ketika arwah abang Rahimidin mengundang saya dulu, saya belum begitu aktif mengembara, dan jika ditanya apa buku MHS kegemaran saya pada ketika itu, saya akan menjawab "Kalau, Atau dan Maka".

Keadaan berubah selepas itu. Setelah saya mengembara di Jepun (dan menyukainya), buku kegemaran saya berubah kepada "Salju Shibuya". - pengalaman inilah yang saya tuliskan di dalam buku ini.

Buku ini baru saja diterbitkan oleh ITBM, meneruskan siri "Di Mata Kami" yang lain.  Membacanya seperti dapat mengenali sedikit peribadi MHS. Jika berminat, boleh dibeli terus di website ITBM :) 

Disclaimer: Di dalam buku ini saya seorang saja yang tidak mempunyai pengalaman secara peribadi dengan Prof. MHS dan juga tidak dikenali oleh beliau 😉

Wednesday, May 16, 2018

A Strangeness in My Mind



Saya bukanlah penggemar karya Orhan Pamuk, tapi keinginan untuk membacanya tetap ada. Sama seperti saya bukanlah penggemar Murakami, tapi tetap beli dan baca semua bukunya. Berbeza kali ini, saya ada keyakinan yang lebih semasa membeli A Strangeness in My Mind. Pertama kerana I judge the book by its cover, memang awal-awal lagi saya sudah jatuh hati. Kedua apabila membaca blurb, saya fikir saya akan suka dengan ceritanya. Ternyata tepat. Saya sukakan ceritanya, cuma masih belum mesra dengan pace Pamuk yang saaaaangat perlahan. 

Sudah tiga bulan saya membeli buku ini, tapi baru di bab 11. Saya memang mempunyai masalah dengan buku-buku tebal. Saya cepat bosan. Jadi, ada kalanya saya akan tinggalkan buku ini berminggu-minggu dan membaca buku-buku lain pula.

Ahh.. akan mula baca semula sekarang!

Saturday, March 24, 2018

Hai

Nampaknya azam dua tahun lalu untuk kerap menulis di blog telah idle begitu sahaja. Maka saya resume semula tahun ini untuk menulis di sini. Yeah!

Fun fact, saya mempunyai banyak cita-cita, ada yang sudah tercapai, ada yang belum dan ada yang hanya dalam kategori angan-angan. Kebanyakannya adalah tentang cabang ilmu yang mahu saya pelajari, kerana saya mempunyai banyak minat. Malah tiba-tiba tahun ini yang terfikir untuk sambung belajar dalam satu bidang yang baru. Tetapi seseorang telah menasihati saya supaya sebelum saya mengorbankan apa yang saya ada sekarang untuk kembali belajar sepenuh masa, seeloknya saya bina satu blog, dan tulis tentang apa sahaja yang saya baru baca/belajar/discover. Tak perlu post di facebook, kerana facebook sifatnya seperti memaksa friend untuk baca. Blog lebih bebas, mungkin ada pembaca yang sesat di perjalanan dan singgah sebentar, mungkin tidak, tapi yang penting saya sudah rekodkan apa yang saya tahu.

Jadi saya fikir mungkin saya patut menulis di sini sahaja, memandangkan blog ini pun dah lama tertinggal dan sudah tidak ada pembaca lagi. Mungkinlah..

Tuesday, April 05, 2016

Stay

sesuatu yang saya tak sangka adalah saya akan bertahan begitu lama di tempat kerja sekarang. "how long do you think you gonna stay?" itu adalah antara soalan yang manager saya  tanya semasa discussion pertama kami selepas saya masuk bekerja. dan saya menjawab "at least 2 years". dan sekarang sudah tersangat lebih :)

sebenarnya, ada banyak sebab untuk saya kekal. tapi yang paling saya suka adalah environment di syarikat ini yang sangat positif. semua orang saling menyokong (dalam hal kerja dan luar kerja), bercakap dengan baik, tidak ambil tahu hal orang berlebih-lebih, dan banyak lagi - inilah yang memberi positive vibes dalam team. mind you, ini adalah sebuah syarikat multinasional yang orang akan labelkan sebagai 'bekerja sampai nak mati'. orang boleh cakap apa2 pun.

telah terbiasa dalam environment seperti ini menyebabkan saya tidak selesa berada dalam kelompok manusia yang banyak bercakap (mengutuk) orang (samada depan2 atau belakang), membenci seseorang personally, kaki komplen dan berfikiran negatif. ada beberapa orang kawan saya berperangai begini. jika rapat biasanya saya sound saja. haha.

cuma agak menyampah bila golongan begini menyangka diri mereka idealist. cis. idealist pun, perlu jadi muslim yang baik. dan pada saya muslim yang baik menjaga percakapannya, walaupun untuk menegur dosa orang lain.

Monday, March 28, 2016

pekan ipoh

ipoh banyak berubah gaya sekarang. dulu lebih bersederhana, sekarang lebih jiwa. terima kasih kepada trend kafe hipster yang mencanak naik. masa awal-awal dulu rajin juga saya cuba semua kafe-kafe baru, tapi sekarang disebabkan terlalu laju penambahannya, tak mampu nak terkejar. jadi saya akan ulang ke kafe-kafe yang saya rasa selesa saja jika balik kampung. biasanya di kawasan pekan.

baru-baru ni kerana dah lama tak makan di bawah langit berbintang, sengaja kami ke tempat food truck (ipoh dah ada deretan food truck uolls!). mengecewakan. pada saya sungguh overprice. secawan kecil ice latte sampai rm7? seriously? di zaman kopi hipster cawan besar rm5 sekarang ni, awak nak jual cawan kecil dengan harga kopi di kafe? menu makanan kebanyakannya menu western. rasa biasa. ada markah sikit untuk food presentation. boleh disimpulkan sebagai -makanan food truck, tapi harga kafe. how hipster is that?

Friday, March 25, 2016

the diving pool

salah satu buku yang dah lama sungguh saya beli, tapi baru dibaca. buku ini memuatkan tiga novelet -the diving pool, pregnancy diary dan dormitory.

rate saya:
the diving pool 
pregnancy diary 
dormitory 

gaya ogawa melukis naratif sangat hebat. hebat dalam erti kata lain sungguh terperinci dan indah. contohnya dalam dormitory

I watched him walking away, sweater over his shoulders, bag in hand, until he was no more than a tiny point in the distance. I watched, without so much as blinking, and I realized how utterly lonely I was. But all my staring couldn't prevent that distant point from vanishing like a snowflake dissolving in the sunlight.

But all my staring couldn't prevent that distant point from vanishing like a snowflake dissolving in the sunlight. saya dapat melihat gambarannya seperti menonton wayang!

cuma, dalam pregnancy diary dan dormitory, saya geram dengan endingnya yang.. entahlah. terlalu tergantung? mungkin penulis mahu pembaca berfikir, tapi terlalu banyak yang tertinggal untuk difikirkan. haha.

Wednesday, March 23, 2016

Tahun Baharu

hampir ke penghujung 3 bulan pertama tahun baharu. dan saya baru mahu menulis tentang azam. antara azam saya adalah untuk tidak membeli buku. ya, sangat opportunis!

sebenarnya dalam tahun-tahun yang lepas banyak juga azam saya berkaitan buku; nak baca falsafah, nak baca sejarah, ulang baca beberapa buku, tulis buku, dan lain-lain yg berkaitan. tahun ni rare sikit.

tapi, surprisingly, saya berjaya melaksanakannya.. dalam bulan pertama tahun ini. saya tidak beli sebarang buku. bring it on januari! cuma, masuk saja februari, tak berdaya lagi rasanya. buku-buku di bawah saya beli sepanjang februari.


sebagai pujukan untuk diri sendiri;
- buku abang Im memang wajib beli, walau macam mana sekalipun!
- membedah p. ramlee untuk mengikut trend
- sumpah tujuh keturunan adalah buku pilihan abang zainal rashid semasa Borak Buku bersama beliau bertahun-tahun dulu, cuma sangat susah nak dicari. jadi memang terpaksa beli.
- KTM dan KTI saya jangkakan akan terhad di pasaran, jadi perlu beli siap-siap sebelum gigit jari

belum boleh baca lagi kerana ada satu lagi azam yang berkenaan iaitu untuk menghabiskan buku-buku yang masih tak bersentuh sekian lama.

buku-buku baru, welcome to my tbr pile!

Friday, October 16, 2015

No-fiction-october

ini adalah kempen personal saya bulan ini. melihat kepada senarai bacaan tahun ini, saya banyak membaca fiksyen. dengan perangai suka membeli buku yang tak tertahan, saya akan membeli buku-buku baru, dan lama, dan buku-buku karya penulis besar yang tidak pun saya minat, yang mana ended up kepada book pile; sebuah binaan yang begitu gah tapi berdosa kerana tidak dibaca.
jadi, untuk memberi keseimbangan pemikiran kembali, saya akan berpuasa fiksyen bulan ini. saya masih juga membeli beberapa buah buku fiksyen (tak tahan) tapi kita longgokkan lagi, yeah!

hari ini sudah separuh oktober, nampaknya perancangan ini masih on track. setakat ini saya sudah mula  membaca kembali buku tentang falsafah dan sejarah yang telah lama tertangguh. juga untuk melengkapkan kuota saya membaca kembali buku-buku biografi. saya pernah gila membaca biografi dulu, entah kenapa terhenti. mungkin terlalu sakit hati kerana kehebatan susunan hidup mereka yang berjaya ini.

apa-apapun, keep it short, wish me luck!

Sunday, April 12, 2015

Book Pile

Hampir dua bulan sejak saya menulis post yang terakhir. Tentang reading slump yang datang menyinggah. Selepas dua bulan, secara rasminya perangai tsundoku yang datang juga tidak pergi lagi. Untuk memujuk hati, saya yakin buku-buku yang saya pile-up kan itu adalah buku-buku yang perlu ada, tidak dapat tidak!

Sebagai update, sejak dua bulan, saya hanya bergerak satu bab dalam My Name is Red, ya saya baca juga buku ini, sebagai cabaran untuk diri sendiri. saya sendiri tertanya-tanya bila agaknya saya dapat habiskan.

Sepanjang Mac, saya hanya habiskan sebuah buku – Luka Nering, oleh Malim Ghozali Pk. Novel yang menarik, memang jenis saya, tapi sebenarnya expectation saya terhadap novel tebal ini lebih tinggi. Jadi agak kecewa sedikit, tapi novel ini masih sebuah novel yang patut dibaca. Tidak ada lagi yang seumpamanya.


Antara buku-buku ‘perlu ada’ yang stuck di pile saya sekarang ialah 
 - Misa Melayu. Tuhan saja tahu berapa lama saya mahukan buku ini, tapi bila sudah dapat, ambil bau dan letak di tepi dulu.
- Hikayat Faridah Hanum , buku pinjam semasa melakukan scanning di rak buku orang 
- Membongkar Rahsia Dunia Melayu, kononnya sejak 3-4 tahun kebelakangan ni saya sangat meminati sejarah Melayu. Tapi pembacaan di buku ini terhenti di bab pertama lagi, entah kenapa sungguh terasa bosannya bab yang bercerita tentang asal-usul bangsa Melayu itu. 
- Hikayat Abdullah. Akan baca, mesti akan baca. Mana boleh tak baca karya Munsyi Abdullah ini. 
- Cerpen Terbaik 2014. Saya paksa Yana, yang salah satu cerpennya ada di dalam buku ini untuk beri percuma. Buku ini sengaja saya simpan untuk dibawa mengembara.

Ada lagi beberapa buah lagi di pile buku Bahasa Melayu ini, tapi biarlah dulu. Pile English lebih banyak habuknya, tapi dah tentu akan dibaca (pujuk hati lagi).

Jadi, mungkin saya hanya akan datang ke PBAKL tahun ini sekali saja, itupun untuk mendapatkan buku-buku tertentu yang baru terbit. Emm mungkin juga yang mempunyai diskaun. Dan buku-buku penulis yang saya suka. Dan buku yang susah ditemui di kedai. Haha sudah tak terkawal. I better off to read all those books.