
“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas)."
“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’Itu reaksi SN A. Samad Said apabila tiada karya sasterawan negara mahupun pemenang hadiah sea write award dan hadiah sastera perdana disenaraikan untuk teks komsas yang baru. Hormat saya pada Pak Samad melimpah berganda-ganda!
Agak sibuk kebelakangan ini, dalam sibuk-sibuk pun sempat juga bertemu seseorang yang memang sudah begitu lama tak saya jumpa. pertemuan yang memang dirancang ini memberi makna yang cukup besar buat saya, yelah, insan ini adalah orang yang banyak memberi semangat untuk saya sewaktu zaman sekolah dulu, terutamanya semasa PMR dan SPM. walaupun dah lama, jasa orang tetap dikenang.
bertemu semula selepas lima tahun, memang banyak perubahan. selama ini selalu berhubung, tapi tak sempat bertemu, masing-masing bawa haluan ke arah lain.
semua orang mempunyai sumber semangatnya sendiri, manusia atau buku, mungkin juga pen, pensel, lagu atau apa-apa saja. seorang pensyarah saya dahulu pernah berkata, kita perlu ada sesuatu yang menjadi inspirasi. orang yang tertekan dalam traffic jam contohnya, mungkin akan hilang atau kurang tekanannya apabila terdengar lagu yang sudah diangkat menjadi inspirasi dan dirasakan mampu memberikan semangat.
saya setuju, sekurang-kurangnya 'benda-benda' inspirasi ini boleh membuatkan kita sentiasa bermotivasi. hidup kan perlu ada motivasi.
orang yang saya temui baru-baru ini boleh dikatakan adalah orang penting yang banyak memberi semangat dan sokongan kepada saya, selain keluarga. tapi sebenarnya dia tak tahu pun hal ni.saya pun segan nak cakap. tak semua perkara yang orang fikir tentang kita, kita tahu. betul tak?
entah, mungin anda juga adalah sumber kekuatan seseorang, tapi dia pun tak beritahu=)
semoga terus ceria dan bersemangat menjalani hidup. rasa-rasanya lepas ni saya nak cari pen buat sumber ilham.hehe








