anak jati Perak Darul Ridzuan yang mahu jadi manusia cemerlang dan teringin menjadi penulis gemilang.Suka menjadi penyair, cuba menjadi cerpenis, tetap mahu digelar penulis!
Sunday, January 31, 2010
Friday, January 15, 2010
Monday, January 11, 2010
2010
alhamdulillah. bulan januari ini dimulai dengan karya pertama yang tersiar di majalah dara.com edisi 01 jan 10.
cerpen: sungai tak bermuara
sekadar secubit kisah berkenaan cabaran remaja muslimah di tanah asing, jauh dari kampung halaman.
ini bukanlah karya besar yang mengangkat isu tauhid atau tasawuf. sekadar secubit cerita.

(cerpen ini mempunyai sambungan pada edisi seterusnya)
Tuesday, January 05, 2010
PAGI AHAD
pagi ahad di ipoh biasanya lebih 'hidup' di kawasan bandar. yang paling menjadi tumpuan pasar lok kim @ loken yang merupakan pasar pagi terbesar di ipoh. kalau rasa malas untuk jogging, datang pagi-pagi dan merewang di sini saja sudah boleh mengeluarkan peluh. satu pusingan tawaf pergi balik dalam loken ini sama dengan satu pusingan padang polo. cuma udaranya tidaklah sesegar padang polo yang di pagari jirat cina tu :)
banyak barang-barang antik

perhatikan yang di tangan sebelah kanan, itu topi besi zaman jepun. tak pastilah topi askar jepun atau askar melayu / inggeris

barang 'second hand'. tak ada gerenti kalau ini barang-barang curi.
Tuesday, December 29, 2009
PUISI UNTUK NAKHODA
1
dunia adalah padang uji. yang kadang-kala menjadi padang untuk
kita bermain, belajar, bereksperimentasi dan paling utama mengumpul sebanyak-banyaknya hasil untuk bekalan perjalanan ke 'padang' yang satu lagi.
2
menulis adalah kerja buang masa dan dipandang rendah bagi sesetengah orang. percayalah, golongan ini sentiasa ada di sekeliling kita. belum termasuk lagi golongan yang akan kata penyair / penulis puisi itu jiwang dan kuat khayal.
apa nak hairan - saintis, filosof, pemikir, agamawan dan para pemimpin agung islam pun penyair.
3
tajuk entri ini adalah tajuk puisi terbaru saya yang tersiar ahad lepas di berita minggu. maka itulah puisi yang menjadi karya penutup untuk tahun 2009 ini.
4
ok. mata sudah berpinar-pinar dan berair. baru telan ubat selsema.
dunia adalah padang uji. yang kadang-kala menjadi padang untuk
kita bermain, belajar, bereksperimentasi dan paling utama mengumpul sebanyak-banyaknya hasil untuk bekalan perjalanan ke 'padang' yang satu lagi.2
menulis adalah kerja buang masa dan dipandang rendah bagi sesetengah orang. percayalah, golongan ini sentiasa ada di sekeliling kita. belum termasuk lagi golongan yang akan kata penyair / penulis puisi itu jiwang dan kuat khayal.
apa nak hairan - saintis, filosof, pemikir, agamawan dan para pemimpin agung islam pun penyair.
3
tajuk entri ini adalah tajuk puisi terbaru saya yang tersiar ahad lepas di berita minggu. maka itulah puisi yang menjadi karya penutup untuk tahun 2009 ini.
4
ok. mata sudah berpinar-pinar dan berair. baru telan ubat selsema.
Friday, December 25, 2009
Tuesday, December 15, 2009
PERHIMPUNAN ALUMNI MPR
Jemput sesiapa yang berminat untuk hadir ke Perhimpunan Alumni MPR 1, 2009 di Dewan Seminar, Menara DBP pada 19 Disember ini.
segala atur cara, forum, perjalanan majlis dan hal-hal yang berkenaan ada di blog Minggu Penulis Remaja

Saturday, December 12, 2009
Friday, December 04, 2009
CERPEN: H2O2 Dari Anortosit Lunar Terrae
awal malam tadi saya pergi membelek-belek majalah di kedai mamak bersama teman seMPR, ainunl muaiyanah, yang puisinya tersiar di tunas cipta. ramai juga rakan-rakan yang karya mereka tersiar di TC bulan ini.
karya saya di TC tidak ada, tetapi ucapan terima kasih saya kepada pihak editorial dewan kosmik yang sekali lagi menyiarkan cerpen saya di majalah tersebut.

sebuah penutup tahun yang baik bagi saya sebagai orang yang baru mahu belajar menulis kreatif. ini menjadikan keseluruhan cerpen saya yang tersiar tahun ini 3 buah dan , ya, ketiga-tiganya tersiar di Dewan Kosmik!
Secara jujurnya, H2O2 dari Anartosit Lunar Terrae ini adalah yang paling saya suka grafiknya. Kereta terbang yang sofistikated. hehe melebihi bayangan saya. yang paling saya suka ceritanya juga ...

Saturday, November 28, 2009
MENCARI PENYAIR
sebetulnya, memanglah catatan ini terlambat. sedikit cerita-cerita tentang perhimpunan penyair nusantara tempoh hari.
selepas pasti bahawa yang di sebelah saya ialah penyair jamaludin d, saya beranikan diri menegur beliau. banyak sekali nasihat yang saya dapat, rancak juga saya bertanya itu ini kepada beliau, dan rancak sekali beliau bercerita dalam masa orang sedang berpuisi di atas pentas ketika majlis perasmian ppn itu.
menemui dan menegur beberapa penulis senior, saya dapati mereka ini golongan yang punya setempayan penuh (malah lebih) pengalaman. dekatilah mereka, maka mereka akan mencurahkan isi tempayan itu tanpa sempat kita tadah lagi.
menegur penulis mapan memanglah sesuatu yang sukar. pertama kerana kerdilnya saya, kedua kerana bimbang tersalah orang. malam itu, banyak kali saya dan yana bermain-main mata dengan maksud 'itu siapa?'. haha maklumlah, penyair, terutamanya, jarang sekali mendapat publisiti, dapat pula dengan kami yang tidak meluangkan masa mencari foto-foto para penyair ini.
biarlah kami berman-main mata dahulu, apabila sudah pasti kami akan 'menyerang' mereka ini. seperti mana yang berlaku pada malam tersebut...

Subscribe to:
Posts (Atom)