Friday, August 25, 2006

MUKADDIMAH

Salam Jumaat.
Pada hari yang sama tiga minggu lalu, 4 Ogos 2006, saya menghadiri sebuah dialog umum bertajuk Krisis Palestin. Program yang bermula pada jam 3.00 P.M (terlewat sedikit, seperti biasa), dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk ”The Wall”. Tepat seperti tajuknya, video tersebut berkisar tentang ssejarah Palestin- dari sebesar-besar Negara sehingga terbinanya tembok gergasi yang menjadi tanda sempadan antara kawasan Israel dengan kawasan Palestin (kononnya).

Pada fikiran saya – sebagai remaja Islam yang mentah serba-serbi-, tujuan pembinaan tembok tersebut hanyalah untuk menyeksa rakyat Palestin yang majoritinya Islam. Terang-terangan, tembok sepanjang 750 km dengan ketebalan antara 60-104 m itu adalah satu bentuk penindasan yang nyata. Proses pembinaannya telah memusnahkan sejumlah besar ladang-ladang zaitun dan citrus yang merupakan sumber kehidupan bagi majoriti penduduk Palestin

Saya kira, Israel sebenarnya takut dengan bayangan mereka sendiri. Buktinya, mereka membina tembok tersebut sekukuh yang mungkin.Rangka asasnya ditanam sedalam 24 km!!! Satu perkara yang luar biasa bagi sebuah tembok sempadan-pada pandangan saya. Tembok tersebut dilengkapi dengan 22 buah pintu, tetapi hanya 11 sahaja yang berfungsi bagi membolehkan rakyat Palestin ke sekolah, pejabat, ladang atau menemui kaum keluarga yang dipisahkan.

InsyaAllah, saya akan huraikan mengenai pintu dan 'checkpoint' dalam catatan seterusnya bersama sedikit pengetahuan yang dapat saya timba daripada penceramah solo pada petang tersebut iaitu Dr.Chandra Muzaffar yang merupakan presiden sebuah badan NGO yang aktif diperingkat antarabangsa.
Sekian dahulu untuk mukaddimah.

1 comment:

hakim dirani said...

Seronoknya dapat mengikuti kursus.

salam ukhuwwah dan ziarah dari saya.