Semalam, saya menghabiskan masa di KLCC, menghadiri pameran SAINS DALAM TAMADUN ISLAM. Bergerak dari Shah Alam kira-kira jam 11.30 pagi dan tiba di KLCC jam 3.30 petang. Melebihi perjalanan ke Ipoh!!! Tiba lewat kerana banyak masa -secara tidak sengaja- dihabiskan dengan makan dan solat. Maklumlah bergerak beramai-ramai, jadinya seperti rombongan sambil belajar-macam-macam hal.
Apabila tiba di tempat pameran,suasana memang penuh-mampat-sendat. Walaupun menyulitkan pergerakan, situasi seperti ini menunjukkan bahawa masyarakat kita mencintai ilmu.Alhamdulillah.
Bersemangat apabila melihat replika-replika peralatan sains yang dicipta oleh para saintis Islam. Meninjau hasil tangan Ar-Razi, kreativiti Al-Zakhrawi dan lain-lainnya menimbulkan seribu kekaguman dalam hati saya. Mereka merupakan golongan yang sangat perlu disanjungi.
Saya hadir dengan tangan kosong, tapi saya bawa pulang kreativiti Al-Sijzi, intelektual Al-Khujandi, minda Al-Razi, semangat Al-Mizyi, kesungguhan Al-Maridini, pemikiran Al-Amidi, ketekunan Al-Idrisi, kehebatan Jabir Ibn Hayyan dan kegemilangan Tamadun Islam.



7 comments:
wah, dah sampai sana dah...
jgn gembira sangat sebab itu semua hanya sejarah. saat ini, hampir semua bidang itu dikuasai `mereka-mereka'.
take care.
betul tu..dari sejarah tu lah kita kena ambil pengajaran=)
apalagi, Nissa' boleh buat cerpen lagi tu!
kak nisah...nak cari judul cerpen pun dah susah=)
nissa... buat jer cerpen... judul kemudian. ada gak org yang buat judul dulu, baru buat plot. abg biasanya tentukan mesej dulu, buat cerita, kemudian fikirkan takut. kadang-kadang abg terbalik teknik tu.
cam entri abg yg nissa tak suka tu. asalnya lain, murni sifatnya; ntah camner melalut lak... tersesat tanpa hala tuju.
(cerpen yg baik ada hala tuju yang jelas, berseni dan meresap perasaan dan fikiran)
good luck.
takut=tajuk
terima kasih abg jebat=)
Post a Comment