Wednesday, February 21, 2007

CATATAN TERTANGGUH

Jumaat, 16 Februari 2007

Saya di Ipoh. Tengah hari tadi saya ke pusat bandar. Sewaktu melalui perhentian bas Medan Kidd, ramai sungguh pelajar-pelajar sekolah asrama berada di sana. Pelajar-pelajar yang memakai baju batik sekolah ini ada yang baru turun dari bas, ada juga yang mahu menaiki bas. Dalam warna-warni pakaian batik yang pelbagai itu ada juga saya nampak pelajar-pelajar yang memakai baju batik sekolah-sekolah saya dahulu (saya mempunyai dua sekolah menengah, tingkatan 1-3 dan tingkatan 4-5). Terimbau juga kenangan lama. Dahulu saya begitulah.

Rindu juga untuk berada di zaman itu. Malam sebelum pulang ke kampung selalunya adalah malam yang paling meriah. Kami akan duduk di bilik study dan berbual-bual dengan wajah ceria. Mestilah ceria, dapat bercuti daripada peraturan dan jadual sekolah. Jika diberi pilihan untuk kembali ke zaman bersekolah dahulu, saya tidak akan terima. Walaupun waktu itu adalah masa-masa yang penuh keseronokan, siapa yang mahu kembali ke kehidupan penuh peraturan dan jadual!

Kemudian saya makan tengah hari di medan selera bersebelahan masjid negeri. Terkejut juga melihat pakcik-pakcik yang sedang makan-makan, minum-minum dan hisap rokok. Lepak sungguh. Saya hairan betul. Santai sahaja pakcik-pakcik ini mendengar khutbah jumaat yang sayup-sayup itu sambil hisap rokok.

Kadang-kadang rasa malu sungguh. Sempena tahun melawat Malaysia ini tentu sekali ramai warga asing yang datang. Apalah agaknya pandangan mereka terhadap warga kita yang pakai tudung tapi bajunya tidak cukup kain atau kainnya cantik tapi tudungnya hilang. Itu kalau difikirkan pandangan warga asing. Kalau pandangan rakyat Malaysia yang bukan Islam pula bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

1. suka pada tajuk entri ini.
2. kalau ada pilihan, abg nak patah balik ke zaman sekolah. zaman bekerja sungguh meletihkan.terlalu byk tggungjawab terpikul di bahu.
3. peraturan? masa zaman sekolah abg tak ikut peraturan....sampai polis serbu rumah... hahahhahaha

Anonymous said...

abg jebat ni..tajuk pun suka=)
zaman saya macam banyak peraturan je.hehehe

Anonymous said...

Hehehe terima kasih baca cerpen tu, entri baru tu sebenarnya abg copy aje dari dokumen yang ada, malas nak nulis entri hari itu.