i
Pada hari Ahad, semalam, sebuah akhbar menyiarkan temuramah bersama SN Arena Wati. Kakaguman saya menggunung, dalam keadan yang uzur, Pak Arena masih aktif menulis. Salah satu katanya “Menulis ialah peranan yang saya pilih dalam hidup ini. Dari dulu saya memilihnya dan saya mahu terus menulisnya”
Secara peribadi, Pak Arena merupakan antara contoh terbaik untuk orang seperti saya. Beliau sanggup ‘berkurung’ untuk menulis. Saya, yang sihat sejahtera sebegini sepatutnya perlu lebih tekun!
ii
Tahniah kepada Firdhaus Hassan(sahabat se-MPR 2006) kerana berada dalam senarai pemenang pertandingan mencipta logo kemerdekaan Malaysia ke-50. Penyampaian hadiah dilakukan pada hari ini. Lumayan juga hadiah yang bakal diterima Firdhaus. Boleh buat kenduri doa selamat ya. Tahniah!

2 comments:
usaha tangga kejayaan
cis... kingbinjai! ko mendahului aku plak.. mentang2 aku sibuk cari rumah kat pinang eh silap, penang...
nissa...apa khabar? bila nak mai penang? abg belanje nasi kandar atau pasemboq..
jgn malu2 menulis atau membaca bahan sastera di depan kawan2.
nota: ayat pada para ketiga ditujukan kepada saya.
Post a Comment