Alhamdulillah
cuaca sudah kurang panas, tidak seperti seminggu lepas. Sekurang-kurangnya tengah hari tidaklah terlalu berbahang.
Akhir-akhir ini, saya terlalu suka hujan. Apabila dengar sahaja guruh pertama berbunyi, saya sudahtersenyum lebar.
Semakin lebat hujan, saya semakin seronok. Kadang-kala saya rasakan seolah-olah hujan turun membawakan ilham unuk saya menulis. Sayangnya, sampai kini saya masih belum punya karya baru yang baik. Ada sahaja tak kena.
Namun, saya masih sukakan hujan. Hujan bersama bunyi-bunyian asli dan udara nyaman.Aduh seronoknya...Moga-moga akan ada hujan yang benar-benar membawakan ilham=)
11.17 pm
(Entri ini saya tulis sewaktu hujan sedang menggila,hati saya berbunga)

2 comments:
nisa' kita sekapal lah ya.. sama-sama menyukai hujan dan menggilanya. Kalau lah di takdirkan cerpen saya masih selamat untuk masuk ke dalam antologi, awak boleh menikmati cerpen 'pelangi sesudah hujan'
ada org komen saya, "yana, puisi kamu ini asyik cerita pasal hujan saja"
iyalah kalau asyik dok di hujan je mana tidaknya puisi semua ada bau-bau hujan juga
abg suka main hujan. dulu la. lah nih, takut demam...
Post a Comment