Thursday, July 12, 2007

IMPIAN

Salam.

terasa bagaikan sudah terlalu lama tak update blog. nak mulakan ayat pertama pun susah..

hmmm

saya tiba-tiba teringat tentang azam-azam yang saya ter'lupa'kan.
dalam menuju sebuah impian, banyak cita-cita sampingan yang saya pesakkan sepanjang jalan. saya yakin hal ini biasa kepada kebanyakan orang lain.

cuma baru-baru ini, sewaktu berchatting dengan seorang bekas guru, beliau bertanya tentang sebuah impian yang pernah saya ceritakan kepada beliau.(impian ini dirahsiakan)
MasyaAllah.. saya hampir lupa impian sendiri. terima kasih cikgu, kerana ingatkan saya.

perkara ini membawa saya menyusuri hari-hari mendatang. selepas membaca entri KaK Rai
tentang mantan-mantan MPR yang hilang, saya terfikir sendiri, adakah suatu hari nanti saya akan menjadi seperti golongan yang banyak itu. adakah saya akan meninggalkan penulisan dan tunduk kepada tuntutan tanggung jawab semasa seperti orang lain.

walau apapun, mudah-mudahan tidak!

setakat sekarang, saya masih berkobar-kobar, walaupun jarang karya tersiar. saya cuba-cuba saja.

3 comments:

Anonymous said...

impian? mesti nak jadi sn wanita pertama kat msia kottt....

jgn risau pasal lama tak tersiar. bagi ler can orang lain plakk... hehheheheeheee...

rai said...

Jebat, apa kacau anak orang tuuuu!

Macam akak cakaplah, ghaib terus dari penulisan takpe kalau kita memang ada lapangan lain yg lebih baik dan lumayan. Tapi jgn komplen-komplen.

Maka marilah berusaha supaya tidak tenggelam, terutama sekali selepas berkahwin. Temuduga dulu bakal husband tu. kalau dia tak bagi menulih, selamat jalan romeo!

Anonymous said...

abg jebat, impian tetap dirahsiakan.hehe

kalo sy nak temuduga bakal husband nanti sy ajak kak rai jadi panel ek.huhuhu=)