Selalu dalam hidup, kita harus membuat pilihan. Pilihan yang walaupun nampak remeh bagi orang lain, tetapi sukar bagi diri kita untuk mencapai keputusan. Kalau dalam konsep management, a manager has to make decision in two situation; problem and opportunity. Selalunya, lebih sukar berdepan dengan peluang (opportunity) berbanding masalah (problem). Sebenarnya, bukan saya mahu bersyarah tentang konsep pengurusan, sekadar mahu buat mukaddimah ilmiah untuk bercerita tentang pilihan sukar yang nampak mudah. Memang secara kebetulan, banyak program yang saling bertindih pada hujung minggu lalu termasuk program Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja. Dihadapkan dengan tanggung jawab dan peluang, saya akhirnya memilih mengikut hati, menuju ke DBP.
i- Diskusi Karya Alumni Minggu Penulis Remaja
Pada pagi Sabtu itu, saya tiba di DBP agak terlewat, memandangkan sebagai salah seorang urusetia, seharusnya saya sudah sedia di sana seawal 8 pagi. Tetapi, nak buat macam mana, masalah logistik, alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang timbul. Sampai di tingkat dua, ramai ajk yang sudah mula bekerja. Ada Kak Ummu Hani, Abang Fahd Razy, Kak Hani Salwa, Izzah, Ode dan Firdhaus.
Majlis bermula lewat (seperti biasa?) tetapi tetap berjalan lancar. Bermula dengan diskusi tiga buah novel dari tiga orang mantan MPR, Justeru Impian di Jaring –Zaid Akhtar, Ladang Hati Mustika –Ummu Hani dan Misi Piramid –Ida Munira.
Tamat diskusi novel, montaj ringkas ditayangkan. Memang agak ringkas, memandangkan pengarahnya, Azree, terlalu sibuk dan terpaksa akur dengan tuntutan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan perhatian. (jangan marah tuan pengarah)
Majlis diteruskan dengan deklamasi puisi mantan-mantan MPR. Deklamasi dimulakan oleh Ode, seterusnya duet Firdhaus – Hidayah, Fahd Razy dan akhir sekali gurindam Sembilan oleh kak Nisah Haron.
Selain acara deklamasi, turut terselit program pelancaran Antologi 9! oleh Dr. Amida Abdulhamid, yang memuatkan sembilan cerpen karya sembilan penulis mantan MPR dan program baca cerpen Hizairi Othman. Cerpen Hati Milik Kesuma karya Hizairi Othman dibaca oleh empat orang mantan.
Seterusnya, berlangsung Diskusi Cerpen dan Puisi mantan-mantan MPR yang telah tersiar di media cetak tahun 2005-2007. Lapan buah cerpen didiskusikan oleh saudara SM Zakir manakala sepuluh buah puisi didiskusikan oleh saudara Rahimdin Zahari.
Sebelum makan tengah hari, acara wajib yang paling dinanti tentu sekali sesi bergambar. Bukan mudah bertemu selalu.
Banyak yang menarik. Sebuah keindahan yang tak terungkapkan J Selain mendengar sebuah puisi saya didiskusikan, gembira juga dapat bertemu rakan-rakan batch 2006 (semestinya kami golongan majoriti =) dan berkenalan dengan para senior.
Nyata pilihan yang dibuat tepat J
Program tamat sekitar jam empat. Saya balik menumpang kereta cantik Kak Rai (ikhlas ni, bukan mengampu). Terima kasih kepada Kak Rai yang sudi menghantar sampai ke depan tangga. Hehe.
Gambar-gambar bakal menyusul kemudian. InsyaAllah.
ii- Hari lahir yang entah keberapa
Bulan Ogos begitu banyak nostalgia. Selain hari lahir saya, blog ini juga sebenarnya lahir sekitar Ogos. Tetapi oleh kerana pelbagai eksperimen dan proses edit-delete, saya sendiri tidak pasti tarikh yang sebetulnya. Yang pasti tetap Ogos. Selamat menyambut ulang tahun pertama blogku. Selama setahun ini, rasanya sudah tiga kali berlaku pertukaran besar-besaran cat@template –gara-gara eksperimentasi saya yang kadang-kala (selalunya) tak menjadi.
Usia sudah bertambah, kematangan mesti bertambah juga (boleh ke?).
Tahun ini, rasa teruja menyambut hari lahir sudah berkurangan. (tanda-tanda kematangan agaknya=). Saya terfikir, kalau setiap tahun rasa teruja menyambut hari lahir berkurangan, mungkinkah sepuluh tahun lagi saya terlupakan tarikh lahir sendiri?
Teruskan eksperimen.
Terima kasih untuk semua ucapan, sejak di program diskusi lagi.
iii- 21 Ogos
21 Ogos bakal tiba. Alertlah wahai umat Islam. Selamat menyambut Hari Memperingati Al-Aqsa.
(entri ini ditulis sambil mendengar lagu-lagu Adibah Noor dari cd, hadiah pemberian Kak Hani Salwa. Thanks!)

No comments:
Post a Comment