Salah satu masalah besar di mana-mana negara ialah akhlak. Apabila disebut masalah akhlak, golongan utama yang dituding tentunya para remaja. Golongan ini adalah golongan yang perlukan tauladan, bimbingan dan contoh dalam kehidupan mereka.
Saya lebih suka mencari contoh yang realistik. Realistik di sini saya maksudkan dengan contoh-contoh yang lebih dekat dengan kehidupan. Mudah diterima serba–serbi. Oleh itu saya lebih suka membaca karya-karya sastera. Novel dan cerpen contohnya, tentu sekali berkisar tentang kehidupan manusia, kalau cerita tentang binatang pun, masih tetap dikira sebagai kehidupan. Di sinilah saya temui tauladan!
Saya memang akan baca dengan hati-hati, kemudian mengambil contoh-contohnya. Barulah saya tahu, “oh rupanya boleh buat macam ni”, “kalau buat begini, orang akan fikir begitu”, “kalau ini, jadi itu” dan macam-macam lagi kesimpulan-kesimpulan lain.
Masalah bagi orang seperti saya, kalau penulis tersebut memberikan cerita yang bagus, alhamdulillah. Tetapi kalau sudah menyimpang ke sana sini, alahai, saya akan jadi apa? Memang selalu dikatakan, kalau ketemu sesuatu, fikir dahulu baru terima. Kalaulah pembaca waras masa tu=) Kalau otaknya memang kosong...
Memang kalau mahukan tauladan bagus, bacalah buku-buku agama misalnya. Contohnya tentang akhlak, adab dan pelbagai lagi. Tetapi pandanglah dari konteks remaja@pembaca hari ini, sejauh mana berkesannya buku-buku ilmiah? Bukan saya mahu menolak terus buku-buku berkonsep ilmiah, tetapi berapa ramai remaja terutamanya yang membaca buku-buku sebegini berbanding dengan mereka yang membaca novel? Jadi, terlalu jelas tauladan di mana yang lebih berkesan.
Kepada para sasterawan, tulislah yang baik-baik, agar orang-orang macam saya dapat tauladan yang bagus-bagus=)
5 comments:
ingatan yang baik tapi pelaksanaanya sukar. nissa mungkin pernah membaca buku agama terbitan jasmin. isinya bagus tapi penulisan memeningkan kepala. saya lebih ska buku agama terbit jahabersa.
pasal penulisan terutama sastera, ia banyak bergantung kepada gaya dan aliran serta kecendurungan. sesetengah tulisan saya ada unsur sx yg tak keterlaluan walaupun topik utama adalah tentang pembelaan terhadap agama....sebenarnya unsur itu tak dirancang tapi timbul ketika proses penulisan. (nanti laaa... kita sembang ek...).
apapun, saya sokong penuh entri ini.
(nota: ejaan betul teladan bukan tauladan)
haha salah ejaan la pulak.hehe
sy sebenarnya nak sebut yg perana sasterawan tu penting..lagipun dlm situasi sekarang, kalau bagi buku agama n novel pada remaja yg bermasalah..mesti novel yg dipilih. itulah pentingnya teladan yg baik dlm karya2..pendapat peribadi
Pening kepala aku dengan budak ni ... hehehhe asyik tukar sahaja latarnya ni ...
Apa2 hal selamat menyambut Ramadhan yang berkah ini dan terus lestari berkarya ..
nak buat macam mane, abg ngah..terpaksa tukar. latar yg dulu tiba2 bermasalah=)
salam ramadan,
masalah akhlak bukan saja pada remaja, juga golongan dewasa.
buku ilmiah, pernah seorang sahabat memberitahu, itu buku yang tiada siapa akan baca (kecuali orang-orang tua - saya tak setuju dengan ini). andai begitu, apakah bentuk remaja yang akan lahir kemudiannya?
novel untuk remaja, jangan terlampau ringan hingga mereka tak berjejak di bumi, tidak pula terlalu berat sampai mereka rasa ingin meletup. teladan dari sasterawan, perlu menyusup halus di tiap sulaman kata-katanya.
Post a Comment