
Ini adalah catatan promosi diri: KEMPEN!
sebuah website menganjurkan pertandingan puisi, kata penganjur, maklumkan kepada para peminat supaya mengundi. Jadi para peminat saya, mari mengundi! haha. sesiapa yang nak undi boleh klik sini, kalau tiba-tiba rasa terus nak undi saya, kod puisi saya Puisi 10.
tapi, maaf, saya tak mampu memberikan duit minyak untuk anda mengundi, tak mampu untuk menurap jalan tanah merah kat kampung anda yang memang sejak belum merdeka lagi begitu. begitu juga saya tak cukup kewangan untuk memberi duit kopi, atau duit rokok. maaf banyak-banyak, duit raya saya pun dah habis.haha, moga ini undian yang bersih!
--------------------------------------------------------------
Selamat menjalani hari-hari yang gemilang.
Pertama kali mendengar lagu baru nyanyian Ferhad, Kukoo, memang saya terpegun. Pertama kerana liriknya yang begitu sinis dan kedua kerana deklamasi-rap oleh Pak Samad yang begitu selamba dan sedap didengar. Secara peribadinya, saya sangat suka lagu-lagu sebegini sebab ramai yang sukakan hiburan, dengar radio dan tengok tv. Jadi dengan adanya lagu-lagu begini, selain hiburan, dapat juga beri pengajaran dan teguran. (selain dapat juga kenalkan kepada orang yg tak tau bahawa A.Samad Said tu sasterawan negara!)
Selain lagu ferhad ni, Ahli Fiqir juga antara artis muda yang banyak masukkan unsur teguran dan pengajaran dalam lagu. Bagus. Kalau artis nasyid, dah tentulah banyak pengajarannya, cuma berapa ramai golongan muda terutamanya yang dengar nasyid? Ditambah lagi dengan prinsip ntah apa apa kebanyakan radio swasta yang tak banyak putarkan lagu nasyid, pengajaran dalam lagu-lagu nasyid hanya mampu diselami insan-insan yang dengar IKIM contohnya.
Jadi adalah sangat penting sebenarnya artis-artis dan komposer-komposer (kawan-kawan yang bakal jadi komposer, take note ya!) hasilkan lagu yang tak hanya hidup dalam kepompong kisah cinta yang tak kemana.
Begitu juga penulis. Penulis perlu menjadi pencetus kepada sesuatu yang bagus. Setelah saya mengenali ramai penulis-penulis muda, membaca tulisan penulis-penulis mapan, saya faham bahawa penulis bukan semata-mata menjadi pencerita, tetapi perlu jadi pemikir, penegur, penyebar ilmu, pencetus budaya positif dan banyak lagi sebenarnya.
Banyak perkara yang boleh dipandang positif. Kalau sesuatu dipandang positif, tentu namapk cantik, baik dan kita pun tak pening dengannya. Saya masih berfikir, adakah perlu mencari negatif dahulu atau saya yang memang kurang merasa masin dunia ni yang terlalu fikir positif. Menyentuh isu angkasawan negara. Saya dengar-dengar ramai yang memberi tanggapan negatif. Antara yang popular ialah penghantaran angkasawan negara adalah suatu pembaziran.
Dari sudut pandangan saya sendiri, hal ini sangat baik. Dengan penghantaran seorang angkasawan dari projek timbal balik pembelian dengan rusia ni, ramai anak-anak muda belia yang berminat dengan sains angkasa, ramai yang tak lagi ‘takut-takut’ dengan sains. Kalau sebelum ini orang kata anak melayu bukan ‘berotak’ sains. Hari ini, anak melayu yang pergi ke angkasa.
Tahniah untuk Dr.Sheikh Muszapha!
Katakanlah, bukan anak malaysia yang jadi angkasawan tu, angkasawan dari negara jiran contohnya yang naik Soyuz tma11 tu ke ISS, tentu orang-orang yang bising-bising kata projek angkasawan malaysia tak patut ada sekarang ni akan berdiri dan menjerit “mana perginya anak malaysia!” huuu agaknyalah.hehe

5 comments:
bayangkan kalau kita terpaksa membelanjakan puluhan juta ringgit (kalau tak siap RM95 juta) semata-mata untuk mencetuskan minat anak muda dalam pelbagai perkara. sains aero-angkasa, contohnya.
wah, kreatifnya pemerintah kita.
apalah salahnya abg jebat. sy tengok kita bukannya hidup melarat atau jatuh terus disebabkan projek ni. bahkan kerajaan boleh mengeluarkan beratus-ratus juta lagi utk pembangunan wpi, ecer n banyak lagi. itu yg terzahir di luarnya, dalamannya sy tak tau.
pada pandangan sayala, projek ni bukan sesuatu yg negatif pun, dan apa2pun, selagi tak melampaui kemampuan
Kehadapan Adinda Nissa' yg cun melecun lagi meletop tahap angkasalepas.Huahuahua!
Terima kasih utk info lagu Ferhad featuring Pak Samad tu.Time tu jugak akak download dari internet,masukkan dalam hp dan burn sekali jadi cd.
Nak tunggu kot-kot Mawi ke,M.Daud Kilau ke panggil teman bersyair dalam lagu depa.Huahuahua lagi!
http://www.theage.com.au/news/business/while-malaysia-fiddles-its-opportunities-are-running-dry/2006/11/14/1163266550487.html?page=2
Boleh baca di situ artikel seorang penulis yang berpengaruh dalam bidang ekonomi, Micheal Backman.
Dan pendapat saya, daripada guna duit hantar orang melancong, lebih baik kita tunggu dan bina tempat pelancar sendiri. Sekarang ni pun kena tumpang Kazakhstan untuk melancarkan satelit sendiri.
P/s: Indonesia yang tak punya angkasawan pun sudah ada tempat pelancar sendiri. Cuba listkan apa manfaat program 'angkasawan' ini?
Aku berfikiran negatif. Aku fikir kalau negara jiran yang menghantar angkasawan, sekurang-kurangnya mereka mungkin akan melakukannya dalam konsep yang boleh dibanggakan dan bukannya diperkotak-katikkan seperti cara kita melakukannya.
Dalam dunia yang hampir apa saja dapat dibeli ini kita tampak seperti telah membeli sahaja projek angkasawan ini dengan wang. Aku rasa Singapura sudah terlebih mampu kalau mereka ingin melakukannya. Sudah begitu lama kita mempunyai Agensi Angkasa Lepas kita sendiri namun apabila tiba masa teringin hendak menghantar angkasawan kita sendiri, kena harapkan orang Rusia juga.
Post a Comment