Saturday, March 01, 2008

BILA HARUS MEMILIH

Saya tak suka politik. Saya masih belum nampak sesuatu yang menarik dalam dunia politik. Mungkin sedikit melampau, tapi saya memang selalu beranggapan politik adalah dunia yang tak bersih. Ops!

Saya tak suka pilihan raya. Saya memang tak suka musim pilihan raya. Setiap hari dalam akhbar akan penuh kempen. Dalam akbar arus perdana, memang pro satu parti sahaja. Saya tak suka situasi saling kutuk-mengutuk, saling tuding-menuding, yang mengaku salah tak ada pun, sampaikan saya tak tahu siapa yang benar. Paling saya tak suka, semua orang akan guna isu remeh. Isu presiden pas, Abdul Hadi Awang tak bersalam dengan lawannya, dr.ramzi, dibincangkan dalam akhbar berhari-hari! La apa bendala ni??? Saya tak terlalu berpuas hati tentang isu ni, mengagumi hadi awang sebagai ulama, saya yakin takkan sengaja dia buat begitu, jadi saya cari sumber-sumber lain. Benda kecil macam tu pun nak buat isu. Tak profesional langsung!

Semakin dewasa, saya belajar semakin banyak perkara. Kita tak perlu baca satu akhbar sahaja, jadilah pembaca yang adil dan bijak. Jangan terlalu taksub dengan akhbar-akhbar arus perdana di malaysia. Bacalah semua akhbar, dari semua pihak, selagi anda terdaya. Selepas baca berita harian dan utusan, apa salahnya baca juga
harakah=) (lagipun semua org tahu siapa yang kawal berita harian dan utusan, kan?) selepas akhbar-akhbar malaysia (tak perlulah baca akhbar-akhbar yang letak artis di muka depan), apa salahnya ambil masa sedikit jenguk-jenguk akhbar luar negara. Baca apa yang orang luar lihat pada kita.

Kita mungkin tak akan jumpa kenyataan bahawa pak lah mempunyai sangat banyak kelebihan dengan mempercepat pilihan raya kerana anwar ibrahim hanya boleh bertanding selepas mei tahun ini di berita harian atau utusan, tapi perkara ini disebut dalam
BBC UK!

3 comments:

MisterZyl said...

salam nissa. itu lah yang unik tentang politik. politik tidak pernah bersih. saya sukakan politik kerana ciri unik ini. apabila kamu terjun ke dunia politik. walau bagaimana kuat prinsip bersih kamu, kamu akan jadi tidak bersih juga. politik politik. itu yg menarik tentang politik. ya, akhbar arus perdana memang cobong pada satu parti, akhbar pembangkang juga codong pada satu parti, jadi apa bezanya.

Anonymous said...

entahlah faizal, sy masih tak sukakan politik.
tentang akhbar tu, bagi saya banyak beza akhbar pembangkang dan perdana,
akhbar pembangkang , pro pembangkang -memang biasa. tapi sebagai rakyat biasa, saya perlukan sebuah akhbar perdana yang bersih dan telus. mungkin sebuah parti lain perlu ada akhbar sendiri seperti pembangkang, adil

MisterZyl said...

akhbar pembangkang juga tidak adil. banyak menyerang peribadi daripada membuktikan kemampuan diri sendiri. monifesto tidak masuk akal dan tuduhan tidak berasas. sekarang negeri kita Perak secara asasnya sudah ditadbir DAP. org melayu Perak patut terasa kedudukan mereka akan mula terjejas. MB Perak orang Pas, timbalan org DAP.. satu hari nanti, kita akan lihat dan rasa huru hara dalam negeri kita