Monday, June 23, 2008

POLITIK

Dalam perjalanan pagi tadi, kebetulan saya singgah sekejap di kedai majalah. Beria-ria uncle kedai tu promote harakah kat saya. Saya belek-belek, menarik juga. Isu khas sempena 100 hari kerajaan pakatan rakyat. Lagipun dah lama tak baca akhbar begini, hari-hari baca utusan dan berita harian saja. Saya pun tak tahu kenapa, saya berfikir panjang untuk beli akhbar tu. Selepas belek-belek, saya pun terfkir, kenapalah saya susah-susah fikir, sekarang kat negeri tersayang yang saya pijak ini dalam pemerintahan pakatan rakyat? Haha kelakar juga. Akhirnya, saya pun beli dan dengan tak sabarnya baca sambil berjalan.


Ada pendapat pakar akademik, Prof. Madya Ghazali Mayudin dari UKM tentang perlunya rakyat mengubah pemikiran tentang wakil rakyat. Jika sebelum ini wakil rakyat seperti santa claus, suka-suka memberikan itu ini untuk memancing undi, sekarang pemikiran perlu berubah, mereka adalah wakil yang membawa masalah rakyat,cuba selesaikan mana yang boleh. Bukan lagi sesenang hati menabur wang sana sini. Begitulah lebih kurang maksud orang akademik itu. Bukan saya yang kata :)


Selepas membaca akhbar isu khas ini. Saya tahu pelbagai perkara yang saya tak tahu. Itulah, pembacaan perlu luas, bukan harapkan satu-satu sumber saja. Saya sependapat dengan SN Shahnon Ahmad, seperti kata beliau dalam autobiografinya,

Politik memang baik untuk seorang sasterawan, tapi tidak secara langsung
.

4 comments:

Anonymous said...

bacalah. baik bahan bacaan internet mahupun media cetak, baik yang kiri mahupun kanan.

membaca itu penting; tapi berfikir selepas membaca itu, lebih penting.

infogue said...

artikel anda di:

http://politik.infogue.com/
http://politik.infogue.com/politik

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

Anonymous said...

salam, abg jebatsari.. yup, berfikir lepas membaca =)

Anonymous said...

salam nissa', terima kasih atas kunjungan2 ke laman akak. Wah laman nissa' sudah semakin cantik hiasannya. Nanti bila akak ada kat shah alam 1 Julai, jemputlah datang jumpa ya. Emailkan no hp.