Thursday, July 31, 2008

TAKKAN HILANG

PROMOSI:: Dengan sukacita diklumkan, Alumni Minggu Penulis Remaja akan mengadakan satu majlis Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja, 2008. Anda dipelawa menghadiri majlis tersebut untuk memeriahkan lagi satu majlis wacana ilmiah dan sastera Melayu. Butirannya sila baca di sini atau di sini atau di mana-mana blog mantan MPR seperti blog ini=)

------------------------------

lebih kurang jam 1pagi, saya terima sms daripada Zulfazlan, rakan MPR yang memaklumkan pemergian SN S. Othman Kelantan, lebih kurang jam 2pagi, sms kak Nisah pula masuk. saya panjangkan sms tersebut kepada beberapa rakan. teringat kenangan di MPR 2006 dahulu. sempat kami kutip pengalan seorang sasterawan besar,


al-fatihah untuk Allahyarham



saya ke pesta buku selangor semalam. ini kali kedua dalam seminggu ini saya pergi. kali pertama, ada urusan lain, jadi hanya jalan-jalan tengok-tengok sahaja. semalam pun, ada urusan juga, tapi ada masa yang lebih banyak untuk betul-betul 'tengok-tengok'.

selepas berjalan-membeli-dan-jalan lagi, saya 'ter'singgah di gerai dawama. sebenarnya dalam nak membeli ni pun saya fikir panjang juga, awal lagi saya dah buat checklist untuk buku-buku yang perlu dibeli masa diskusi MPR sabtu ini. yelah, sabtu ni boleh beli buku dan mintak tandatangan penulisnya sekali. lebih bermakna.. tapi masuk gerai dawama, ada banyak tajuk yang menarik. walaupun gerainya kecil aje. yang paling saya tak tahan, nampak kumpulan puisi pak AGI - Takkan Hilang (Never Varnish). alamak, dah memang lama nak beli buku ni tapi tak pernah sempat ke kedai dbp. saya pun fikir-fikir. last-last saya rembat aje. haha. best!

sekarang tengah tak banyak kerja.lepas ni nak pergi lagi sekali ke pesta buku selangor tu, ahad ni dah habis.

apa-apa hal kemudian, belakang kira.. sabtu ni pun kena spare duit=)

2 comments:

Anonymous said...

salam nissa', wah sekarang dah byk duit utk beli buku ya. Hari Sabtu ni kak ina mungkin tak sempat ke majlis yang sgt menarik tu, hu hu hu.

jebatsari said...

deq, tima kasih atas makluman mengenai berita allahyarham s othman kelantan. amat dihargai.

jangan aje, baca tauuu..