Saturday, October 18, 2008

PENULIS

Salam syawal. masih lagi hari raya nampaknya, rumah terbuka sana-sini. masa awal cuti raya, saya tanya pada anak saudara jika dia ada peperiksaan, sebab lepas raya ni memang musim periksa. katanya, periksa lepas raya. saya kata, habis tu sekarang ni lepas rayalah. dia kata, raya kan sebulan... alahai, saya tak balas apa dah. raya tu sebulan? tak kisahlah.

penulis tidak glamour?

akhir-akhir ini kawan-kawan saya teruja betul dengan ayat-ayat cinta. asyik layan filemnya. saya kata, kalau baca novel lagi best, ada macam-macam dalam novel tebal tu. mereka semuanya terkejut, oh ada novel ayat-ayat cinta ke? alamak, part ni yang tragis sangat ni. sampai tak tahu yang ayat-ayat cinta tu asalnya sebuah novel. sedangkan di awal filem tu ada ditulis pun 'from the novel by habiburrahman el-shirazy'. kasihannnnn penulis.

seorang sepupu tanya saya, kenapa minat puisi? bagaimana mulanya? saya belum pun beri jawapan. ada jawapan yang sentiasa ada dalam hati saya, dan jawapan itu tak pernah saya berikan kepada sesiapa. hanya untuk saya saja. kerana saya tahu, bukan semua orang akan faham. di sekeliling saya pun bukannya ramai yang mendokong, kerana itulah hanya beberapa orang yang rapat saja tahu apa yang saya buat selain apa yang sama dengan orang lain. sepupu saya yang bertanya itupun dapat tahu kerana mak saya yang bocorkan rahsia. huhu

Manfaat Pengalaman
Kebenaran yang agung ada pada kita
Panas dan dingin, duka cita dan penderitaan,
Ketakutan dan kelemahan dari kekayaan dan raga
Bersama, supaya kepingan kita yang paling dalam
Menjadi nyata
Maulana Jalaluddin Rumi

4 comments:

Anonymous said...

pada mulanya saya tidak berminat membaca ayat2 cinta. namun entah tiba2 hati terpanggil ketika di Puduraya dan terus saya membelinya.

Nissa' Yusof said...

saya juga pada mulanya tak minat membaca ayat-ayat cinta. tapi kerana terlalu banyaknya respon dan saranan daripada kebanyakan rakan penulis, saya baca juga.

saya suka menonton filem adaptasi buku yang sudah dibaca, boleh bandingkan apa yang saya bayangkan dengan apa yang orang lain bayangkan sama atau tidak :)

Anonymous said...

Adeih...tapi saya sampai sekarang tak dapat nak habiskan AAC...kenapa ye?

FahdRazy

Nissa' Yusof said...

hahaha mesti sebab ceritanya bergerak lambat dan seputar hal minat-minat si fahri aje kot