Friday, January 02, 2009

IPOH YANG BERUBAH

Betul. Ipoh memang banyak berubah. semakin banyak tesco salah satunya. haha. tapi tak semua yang berubah tu bagus.

minggu lepas saya singgah sekejap di perpustakaan tun razak ipoh. teringat masa zaman sekolah dulu, saya memang selalu datang ke sana. terutama waktu cuti sekolah. maklumlah kalau duduk di rumah pun bukan ada orang. jadi saya akan duduk di sana. lagipun di tingkat dua ada bilik mainan kanak-kanak, memang seronoklah.


dua tahun lepas, ada jugalah datang ke perpustakaan tun razak ini, tapi selalu masuk baca majalah dan naik tingkat satu, bahagian bahasa melayu atau tingkat tiga, bahagian bahasa inggeris.

pergi minggu lepas, habis baca beberapa majalah, saya pun naik ke tingkat satu, banyak novel, buku cerpen dan puisi. tapi apa yang saya kecewa ialah tak ada langsung buku-buku baru. paling baru yang dapat saya detect pun terbitan 2005. begitu juga buku-buku HSKU, yang ada cuma sampai HSKU 2002! satu lagi, saya tak fahamlah kenapa tak ada majalah dbp selain dewan pelajar. mungkinlah semua buku-buku baru sudah ada orang pinjam, tapi tak kan 'semua'.

lebih mengecewakan lagi, sebuah komputer pun tak ada untuk orang awam dan saya tak rasa di situ ada wi-fi juga (sebab tak ada sebarang notis wi-fi).

saya kecewa sebab bagi saya perpustakaan ini sangat cantik. bangunannya memang gah, dengan air terjun buatan di depannya, dengan landskap hijaunya, dengan kedudukannya yang betul-betul di tengah-tengah bandar ipoh, kalau kena gayanya memang boleh jadi tempat tumpuan.

untuk mengurangkan kecewa, saya pun naik ke tingkat tiga, bahagian bahasa inggeris. mula-mula nak naik lif. tapi bila di tekan butangnya, lif tu berbunyi macam jentera lama yang baru dihidupkan. jadi baik saya naik tangga sajalah.

tangganya pun suram aje. memang seram jugaklah. buku-buku di bahagian bahasa inggeris memang banyak, tapi tetap tak ada yang baru-baru.. hmm entahlah.

satu lagi yang tak bagus dengan ipoh sekarang ialah perubahan rakyatnya. dua tiga kali naik dan turun bas di medan gopeng dalam beberapa bulan kebelakangan ini sudah cukup membuatkan saya tak selesa. rasa macam di airport pula. masalahnya airport ni hanya terhad untuk warga indonesia, bangladesh, nepal dan sedikit pakistan.

sebelum ini saya tension juga kalau jalan-jalan di shah alam. terutama hari sabtu dan ahad. fuh tasik shah alam tu macam jadi markas pengumpulan pula. rupa-rupanya bila balik ipoh pun sama juga. dan saya yakin banyak tempat dalam negara ini sudah jadi begitu juga.

saya memang tak suka keadaan sebegini, rasa tak selesa dan takut-takut di tempat sendiri. tapi tak semua pendatang ini menakutkan. salah satu contohnya, brader-brader hindustani yang buka kedai di low yat tu. mereka ini lebih profesional. kalau tak percaya, bila lalu saja depan kedai mereka ni pasti ada orang yang akan jemput 'ya, cik, barang murah-murah, mari masuk'. lebih kuranglah. kebetulan lama juga saya di situ, kawan saya yang sudah bosan sempat juga buat pemerhatian, dan hasilnya, kata kawan saya ini itu sajalah ayat bahasa melayu yang brader tu tahu cakap. haha. mungkin betullah agaknya, maklumlah kawan saya tu 'orang makmal'.

harap ada yang boleh diubah untuk tahun 2009 ini.

3 comments:

fadzil yusof said...

salam saudari nissa,
perpustakaan awam di ipoh, saya juga pernah beberapa kali lalu. rasa mau juga singgah, nampaknya belum ada rezeki. nantilah.insyaAllah

syukur.terima kasih sekali lagi kerana maklumkan tentang sajak itu. saya dapat proses mendapatkan majalah tunas cipta.

Nissa' Yusof said...

salam sdr fadzil,
perpustakaan di ipoh tu ada dua, satu perpustakaan awam (saya tak pernah masuk perpustakaan ni) dan satu lagi perpustakaan tun razak yang di tengah-tengah bandar tu.

tahniah sekali lagi untuk sajak tu :)

asalbayu said...

GAZA TERUS DIGEMPUR: APA SUMBANGAN KITA?

Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?

Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.

Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.

Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:

Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau lebih 500 jiwa.

Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!

Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin.

Barangkali ia boleh dilaksanakan oleh NGO.

Setakat ini dilihat seperti tiada mana-mana pihak tertarik dengan isu yang saya kemukakan sejak 5.1.2009 kepada banyak pihak. Saya juga mengajak ia dibincangkan di komuniti penyair esastera.com tetapi nampaknya ia tidak menarik untuk dibincangkan.

Perkara yang mendapat perhatian di esastera.com setakat ini ialah berkaitan peluang untuk merebut hadiah! Setakat ini fahamlah saya bahawa golongan seniman yang juga peka (seperti saranan Azizi Hj Abdullah semasa berlangsung Bengkel Penulisan Kreatif Inspen Alor Setar pada 28.11.2008) itu lebih mementingkan perjuangan untuk 'mengisi tembolok atau kantung' semata-mata. Apa kena mengena dengan penderitaan warga Palestin. Biarlah mereka bertelagah, kita peduli apa. Mereka berperang sejak dahulu jika diambilkira fakta sejarah adalah kerana zionis bermusuh dengan orang Arab disebabkan nasab keturunan. Zionis dari Sarah dan Arab dari Hajar, kedua-duanya adalah isteri Nabi Allah Ibrahim a.s.

Jika mereka hendak berbunuhan, biarlah. Posisinya jauh dari rumah kita. Kita masih boleh tidur nyenyak.

Andai begitulah sikap kita, jelaslah bahawa stigma kasihkan dunia atau hubbudunia masih tebal meskipun kita sudah hampir sedekad berada di alaf baru yang kejam dan tidak cakna!

Begitukah sikap kita?

Salam.

ABDUL HALIM YAACOB


http://www.esastera.com