Kemudian, saya mula berfikir secara logik. Ikut logik saya dulu, bagus juga PPSMI. Saya sendiri, di matrikulasi semua pembelajaran dalam BI. Masuk universiti, pun semua pembelajaran dalam BI, walaupun universiti itu 'hak milik melayu dan bumiputera'. Huh yang ini saya langsung tak faham. Hak milik melayu dan bumiputera, tapi tak menjunjung hak milik melayu itu pun. Tak apa, itu hal lain.
Tentang soal PPSMI, saya fikir, bagus juga, kalau sudah masuk IPT semuanya dalam BI, bagus juga mula dari sekolah rendah. Lagipun term-term sains semuanya BI. Pada saya ini pendapat professional.
Tapi kemudian, saya fikir kembali, ini bukan persoalan pokok pun. Saya dulu belajar semua dalam BM, masuk U boleh saja guna BI. Begitu juga kawan-kawan saya dan generasi-generasi sebelum saya. Termasuklah angkasawan-angkasawan dan menteri-menteri. Tak ada masalah pun.
Tambah lagi, tengok negara yang semakin maju, jepun contohnya, mereka sangat menyanjungi bahasa ibunda, dan mereka semakin berjaya. Dalam teknologi, mereka lebih daripada US sekalipun. Ini pula pendapat anak melayu yang sedar diri.
Dan lalang diri ini terus ke kiri ke kanan sampailah suatu hari, saya bercuti di Ipoh. Sambil bersantai-santai dalam bilik, saya baca akhbar, tengok tv -akhirnya di situ, saya sudah tidak jadi lalang lagi. Akhirnya. Saya menyanjung bahasa saya, tapi saya juga tahu ada golongan yang akan terus buat apa yang mereka mahu.
Ketika itulah saya menulis Apologi kepada Sekuntum Bahasa (Berita Harian, 14 Februari 2009)
APOLOGI KEPADA SEKUNTUM BAHASA
Di sinilah sekuntum harum terpencil
bunga kasih ibunda.
Mereka mewarnakanmu kelabu
dan menamakan kau duri
agar tidak didekati.
Mereka menggantung mentari di tangkaimu
agar embun menjadi takut
dan tunas cintaku terlurut .
Bagaimana aku bisa menjadi srikandi
kalau rerama pun hanya singgah sesekali
dan lekas-lekas pergi
seperti tidak akan ada dunia
selepas senja.
Aku masih menanti
kalau-kalau pawana esok
membawakan musim bunga
- yang tak kunjung tiba.
Bahawa senja ini semakin bisu
bersama sekuntum bahasa yang kian layu.
Nissa' Yusof
Ipoh, Perak
ini pula berkuntum-kuntum harum dari pondok orkid bonda.
saya ambil gambar ini sewaktu hari sudah senja.
Tapi senja itu tidak bisu dan orkid ini pun tidak layu.
Bagitulah hendaknya Bahasa Melayu!
saya ambil gambar ini sewaktu hari sudah senja.
Tapi senja itu tidak bisu dan orkid ini pun tidak layu.
Bagitulah hendaknya Bahasa Melayu!
Semoga para pejuang yang di barisan hadapan akan terus tegar!

3 comments:
Salam Nissa,
puisi itu baik, metafora meskipun sederhana tapi memikat.
di antara dua, manusia selalunya diminta untuk memilih satu.
ke kanan dan ke kiri, akhirnya nanti taulah manusia, tempat berdirinya...
PPSMI tidak salah, yang salah ketotokannya yang melulu dan tidak dari akal yang berisi..
Salam Nissa'
Saya juga tidak setuju PPSMI ini. Secara tidak langsung Bahasa Melayu tidak diutamakan. Sekolah Cina dibenarkan Bahasa Cina tetapi sekolah kebangsaan dalam BI. Saya pernah tanya kawan-kawan yang terlibat PPSMI ini rata-rata tidak suka tapi terpaksa.
salam sdr fadzil dan pak latib,
sekali tengok, ppsmi ini memanglah 'tak ada apa-apa', tapi seperti kata pak latip, bahasa melayu nanti akan jadi terpinggir di tanah melayu sendiri.
Post a Comment