Wednesday, February 11, 2009

WAJARKAH BOIKOT?

Israel nampaknya terus-terusan mengganas. Kereta kebal dan jet mereka terus-terusan membedil wilayah Palestin. Umat Islam seluruh dunia meluahkan protes dengan pelbagai cara.

Saranan-saranan boikot juga ada merata-rata. Merata-ratalah juga persoalan samada wajar atau tidak tindakan boikot ini.

Jawapannya berbalik pada diri masing-masing sebenarnya. Kalau pada anda wajar, maka wajarlah. Kalau pada anda ini tidak perlu, maka tidak perlulah. Yelah, kalau tak ada orang makan McD, ramai pulak anak watan yang kena buang kerja, ya tak? :)

Pegangan saya, ini adalah jihad kecil saya untuk Palestin. Saya tidak mampu mengangkat senjata ke sana, wang pun tidak seberapa yang dapat disumbangkan. Maka saya berjihad begini. Jihad dengan nafsu sendiri. Nafsu untuk membeli barang-barang yang menyokong yahudi ini.

Memanglah tak ada yang boleh lawan kesedapan burger McD, tapi itulah jihad namanya! Tak mati kebuluran pun kalau saya gantikan burger McD dengan burger Mahadi tepi jalan tu. Biarlah tak sedap pun, asalkan tidak saya sedap-sedap makan di sini, saudara-saudara di sana dimakan peluru sumbangan duit saya tadi.

Memanglah terlalu banyak yang perlu diboikot, kita cubalah sikit-sikit. Kalau dah beli handphone nokia N95, takkan nak buang kot. Malah kalau nokia 3310 sekalipun, tak bolehlah campak begitu saja. Membazir tu, innalmubazzirina kanu ikhwanusyayatin!

Agak-agakla kan. Kalau sudah beli, sudah. Tadi pun saya dah terbeli air nestle. Tak perasan. Nak buat macam mana, minum sajalah :)

Lepas ni kena tampalkan senarai barang boikot di belakang pintu. Sebelum keluar rumah, tengok dulu.

5 comments:

Liana Lily said...

wajar..sbb itu je yg kita mampu...burger mahadi pun sedap je..sama2 kt boikot..salam

Unknown said...

boikot pun boikot juga. cuma akibat boikot tu nanti menekan saudara2 dan kawan-kawan kita yg bekerja di kilang2 dan kiosk2 mereka. Paling nyata, Intel. Berapa banyak dah kena berenti. Dalam gawat ni, semakin gawatlah nampaknya. Kita boikot untuk saudara di sana, saudara di sini terpaksa menderita.

Alahai, serba salah.

rai said...

Banyak lagi produk dan 'orang' yang perangai macam yahudi yg harus kita boikot di sini.Kalau boikot yg jauh2,depa tak sedar.Kalau boikot yg dekat2,cepat sikit nampak kesannya.Heheh!

Anonymous said...

kalau memang dah tak boleh tinggal McD atau KFC sebb ayam gorengnya,

carilah RFC ... Radix FC tu alternatif... produk muslim Malaysia lagi...

Nissa' Yusof said...

Liana, yup lepas ni kita duduk2 sembang2 kat gerai mahadi je :)

sdr ainin naufal, terima kasih berkunjung ke sini.

kak rai, perangai yahudi pun dah masuk ke malaysia. Bukan barang saja. haha

Naim, ya setuju!