Menyimpan karya yang tersiar pula menjadi satu kemestian. Selain berkenaan unsur-unsur sentimental (tentunya), penting juga sebagai rujukan.
Selain menyimpan keratan karya, saya membuat satu lagi 'fail' khas di alam maya. Saya gunakan blogspot. Ya, sebuah lagi blog. Mengapa blog? Kerana beberapa aplikasi seperti label yang sangat membantu. Mengapa pula di internet? Tentu sahaja salah satunya kerana rekod ini boleh diakses di mana-mana sekalipun, asalkan ada sambungan internet. Maka kebarangkalian untuk 'hilang' rekod karya itu sangat rendah. Keduanya, dengan pelbagai template yang boleh diubah mengikut citarasa peribadi dan pelbagai 'add-on', saya lebih senang menggunakan blog berbanding lain-lain aplikasi internet storage. Ketiga, Tidak ada had saiz fail. Jadi kalau mahu simpan semua karya termasuk novel pun tidak ada masalah.
Ini contoh fail karya saya. Saya namakan 'fail karya'. Blog ini memang tidak akan dijumpai. Carilah macam mana pun, kalau jumpa pun memang tak akan boleh dimasuki. Memang sengaja saya jadikan fail ini peribadi. Saya saja yang boleh akses. Hehe.
1) Untuk homepage, saya letakkan post mengikut tahun. Karya-karya dalam setiap tahun itu pula saya pecahkan mengikut genre masing-masing. Contohnya untuk tahun 2009, setakat ini hanya ada empat karya yang tersiar dalam dua genre. Jadi ada dua sahajalah. Kalau ada genre-genre lain yang tersiar, akan ditambah. Artikel, bab-bab novel atau resensi contohnya. Memang saya setkan muka depan ini dengan senarai karya sahaja. Salinan karya tidak diletak di depan.2) Di sebelah kiri, di bawah gambar, adalah senarai label. Untuk memudahkan carian, saya labelkan mengikut tahun-genre dan media. Jadi mudahlah untuk tengok 'berapa karya yang tersiar genre ini tahun ini' atau 'berapa karya yang sudah tersiar dalam media ini' kerana di bahagian label akan diletak bilangan.
3) Setiap entri baru saya buat untuk setiap karya yang tersiar. Contohnya satu cerpen tersiar, saya buka satu entri dan pastekan keseluruhan cerpen tersebut. Kemudian kalau rajin saya masukkan juga gambar scan muka surat cerpen. Kalau rajin lagi bolehlah tambahkan proses kreatif dan sebagainya. Selepas itu labelkan dengan tahun-cerpen (contoh: 2009 - cerpen) dan media (contoh: Dewan Kosmik). Jadi jika saya mahu baca kembali cerpen itu saya boleh klik pada mana-mana satu label. Kalau rajin lagi, boleh buat link terus daripada senarai karya di homepage tadi ke post karya yang berkaitan.
Sengaja saya buat entri ini, sebagai idea permulaan kepada sesiapa yang mahu simpan karya online. Tapi kalau penulis yang sudah sepuluh tahun menulis mahu mula buat macam ni jenuh jugalah nak masukkan karya-karya yang banyak. Boleh, tapi mungkin akan makan masa lama sedikit, itu saja.
Jadi lepas ini tak adalah masalah sangat mahu kira bilangan karya yang tersiar. Kalau mahu baca semula boleh klik klik saja. Tak adalah pening sangat nak buka folder sana sini dalam hard disk.

12 comments:
Cara ini baik untuk jadikan bake up. teknologi memang canggih tapi agak ramai juga penulis derita bila komputer kena virus atau pen drive hilang. menangis tak berlagu pun memang tak guna.
Satu cara lain adalah dengan gunakan dropbox. semua dokumen yang dimasukkan dalam kotak ini akan disimpan di alam maya. walaupun komputer rosak atau pendrive hilang, selagi kita ingat id dan pasword, kita boleh dapat semula. Lagi satu kelebihannya...boleh share fail juga terutama bila fail yang nak dikongsi itu besar kapasitinya.
Cara dapatkan dropbox ni...search je di net, kemudian download. Moga akan membantu...
salam, terima kasih kerana berkunjung dan memberi cadangan yang baik.
Ya, saya ada juga menggunakan dropbox untuk menyimpan data dan pernah cuba beberapa aplikasi yang serupa seperti gmail drive dan lain-lain. tapi setakat ini memang rasanya dropbox yang terbaik, boleh akses di ubuntu juga.
berkenaan blog 'fail karya' ini, seperti yang disebutkan, saya buat untuk simpanan karya-karya yang tersiar sahaja. Sebabnya, lebih interaktif dan cantik. Hehe. Kalau simpan di online storage, nampak sama saja.
Idea yang menarik!
Cara saya pula adalah menyimpan semua karya yang telah dihantar kepada media melalui emel dan kumpulkannya di dalam satu folder.
Tapi cara Nissa' ini bagus. Saya juga ingin mencubanya!
cubalah azree. organized sikit. hehe
salam alaik. ye ke camtu.. ajar la saya jugak
azma, buat blog macam biasa je. Cuma edit sikit pada bahagian tarikh supaya lebih tersusun
kalau ditakdir server yg simpan data-data anda itu rosak, akan hilang jugalah semua karya anda di situ.
apa pun, idea yg luar biasa ini baik untuk dipraktikkan oleh penulis2 lain.
terima kasih atas info yg bagus ini. -:D
sdr naimisa, haha kalau server rosak, tak dapek den nak tolong lagi.
Masa tu barulah selongkar fail-fail sebenar :)
wah~ nissa ni penulis prolifik. kenalah ada bank karya. mana tahu sampai terlupa karya yang pernah tersiar. Saya rasa, saya pun nak buat begitu juga lah.
Biasanya saya simpan karya yang dihantar pada editor.
hehe
simpanlah yana. habis2 pun, bolehlah jadi sumber motivasi bila tengok bilangan karya tu tak bertambah-tambah. hehe
Salam Nissa' Yussof
1. Ini adalah kunjungan balas :)
2. Satu idea yang sangat menarik, terutama tentang kemudahan untuk mengakses di mana negeri sekalipun, dengan syarat hanya perlu ada akses internet. Harap-harap tiada yang menggodamlah ya ... hehehe
hmmm ... ini satu idea yang menarik Nisa' tapi sebenarnya masih lagi boleh diakses walaupun dibuat secara peribadi, iaitu dengan melihat cache apabila buat carian dgn google. Abg ngah dah terkena sekali ...
Post a Comment