Monday, June 01, 2009

HANTU-HANTU MELAYU

Tak ingat saya terjumpa tip-tip ini di laman web mana. Tapi saya edit sedikit dan letakkan di sini. Sebenarnya selepas menonton Twilight saya macam jadi berani banyak. Maklumlah, vampirenya punyalah macho! Tapi tak boleh lawan kawan saya, terus jatuh hati dengan vampire. Parah.. parah.


Tip-tip apabila terjumpa hantu;
(aplikasi di tanah melayu sahaja)

POCONG
Hantu yang berbungkus ini memang mudah dikalahkan. Kita hanya perlu buka tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan lari kerana malu, sebab dia tidak pakai apa-apa selain kain kapan pembungkusnya itu.

LANGSUIR
Hantu ini suka memandang muka manusia,jadi beranikan diri anda untuk tenung kembali mukanya sambil jelir lidah ataupun, cara kedua, tunjuk cermin muka padanya, pasti dia tersipu-sipu malu.

PONTIANAK
Hantu yang sangat suka ketawa.Kalau terserempak dengannya, ketawalah bersamanya. Kalau boleh cuba mengilai lebih kuat daripada dia,tentu dia bosan.

HANTU GALAH
Hantu ini adalah yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia ,kita hendaklah maniarap .Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

p/s: siapa kata orang malaysia tak kreatif?

3 comments:

Layla Haq said...

Siapa kata tak kreatif. Jika tidak manakan mungkin manusia juga mahu jadi hantu. Hahahha...

ABDUL LATIP said...

Melayu memang kreatif. Hantu juga boleh diberi nama yang macam-macam :)

Nissa' sekarang masih belajar atau sudah berkerja?.

Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi dan doa-doa yang baik untuk saya. Amin.

Nissa' Yusof said...

kak bayan, haha saya setuju, semua hantu nak diikutnya.

pak latip, alhamdulillah saya sudah habis belajar, tapi belum kerja lagi. hehe