setelah semakin belajar mengenal hidup. saya semakin memahami bahawa hidup bukanlah sebuah garis lurus. maka ia tidak boleh dilihat lurus dan terus.
setelah semakin banyak membaca, lebih daripada dua buku
setahun seperti statistik membaca rakyat malaysia beberapa tahun lalu, saya semakin faham dan berani untuk melihat sesuatu dari pelbagai sudut berbeza.
saya fikir, persekitaran menjadikan masyarakat melayu takut untuk melihat dalam pelbagai segi. sesuatu boleh jadi positif dan negatif. tugas kita untuk menimbang dan memilih.
buku dan filem adalah dua perkara yang sekarang sangat memerlukan timbang tara yang baik. terutama yang dihasilkan oleh pemikiran di luar sempadan malaysia. saya terfikirkan filem 'my name is khan' apabila menyebut tentang ini. filem tersebut adalah sebuah karya yang bagus. mereka berani memainkan isu-isu besar dalam sebuah penceritaan ringkas dengan selapis 'kemanusiaan' yang menyimpan luahan 'berani' di sebaliknya.
penonton boleh memilih untuk mengambil sisi agama, kemanusiaan, cinta, kasih-sayang, sosial, politik atau sebagainya. atau mengambil semua, dan kemudian mencerna.
setelah semakin banyak membaca, lebih daripada dua buku
setahun seperti statistik membaca rakyat malaysia beberapa tahun lalu, saya semakin faham dan berani untuk melihat sesuatu dari pelbagai sudut berbeza.saya fikir, persekitaran menjadikan masyarakat melayu takut untuk melihat dalam pelbagai segi. sesuatu boleh jadi positif dan negatif. tugas kita untuk menimbang dan memilih.
buku dan filem adalah dua perkara yang sekarang sangat memerlukan timbang tara yang baik. terutama yang dihasilkan oleh pemikiran di luar sempadan malaysia. saya terfikirkan filem 'my name is khan' apabila menyebut tentang ini. filem tersebut adalah sebuah karya yang bagus. mereka berani memainkan isu-isu besar dalam sebuah penceritaan ringkas dengan selapis 'kemanusiaan' yang menyimpan luahan 'berani' di sebaliknya.
penonton boleh memilih untuk mengambil sisi agama, kemanusiaan, cinta, kasih-sayang, sosial, politik atau sebagainya. atau mengambil semua, dan kemudian mencerna.

No comments:
Post a Comment