"Kita adalah apa yang kita baca"
Mungkin banyak betulnya ungkapan itu. Pembacaan adalah salah satu sumber mendapatkan ilmu.
Saya cukup bengang kalau orang tanya soalan bodoh. Bukanlah bermakna saya pandai. Tapi itulah, kadang-kadang kalau tengah banyak kerja, ditanya soalan remeh temeh, tension jugalah jadinya.
Contohnya, seorang kawan yang sudah di tahun 3 uitm tanya saya, "uitm tu apa? universiti teknologi mara ke?". Dengan 'tak berapa layan', saya jawablah "iya". Lepas tu dia tanya, "Habis tu 'i' (merujuk kepada u'i'tm) tu untuk apa?". Astaghfirullah...
Ataupun, sedang saya relax dengar lagu di PC, orang tanya "Sik dekat mana?" huk huk huk huk. Dengan bangganya saya jawab "tak tau". He he he. Ataupun bila ditanya soalan-soalan yang orang yang bertanya itu sendiri akan dapat jawapan bila dia 'bertafakur' sebentar, contohnya, "kita SPM tahun berapa?". Aiseh. Susahlah macam ni. Lainlah kalau ditanya soalan ini sepuluh tahun akan datang. Bolehlah saya pun sama-sama mengajak dia bertafakur dan merenung kembali sejarah lalu.
Sebenarnya, ikut mood jugalah. Kalau saya tengah banyak kerja, atau pun sedang kepenatan, atau dalam mood mengantuk sebelum atau selepas tidur, memang saya jawab "Tak tau" aje.
Hah kawan saya baru-baru ini cakap yang saya sangat tak sesuai jadi wartawan. Sebabnya, masa tu kami tonton ulangan rancangan wakenabeb (ntv7), wartawan survey beberapa orang awam, "gunung ledang terletak di mana?". Selain daripada beberapa jawapan "tak tau", ada seorang brader ni dengan yakinnya jawab, "gunung ledang, emm gunung ledang kat terengganu!"
Alamak, payahlah macam ni. Masa tu terus terkeluar dari mulut saya, "Ya Tuhan, tak membaca langsung."
Sebab itulah kawan saya kata saya tak boleh dan jangan jadi wartawan. Sebab kalau saya yang jadi wartawan tadi tu contohnya, dah sah orang tu kena kritik on the spot. Hehe