anak jati Perak Darul Ridzuan yang mahu jadi manusia cemerlang dan teringin menjadi penulis gemilang.Suka menjadi penyair, cuba menjadi cerpenis, tetap mahu digelar penulis!
Monday, April 21, 2008
SUKA-SUKA
saya namakan entri ini, SUKA-SUKA.
biasa dengar tak 101% ?
biasa kan orang kata, "saya akan bagi 101% komitmen". contohnya.
jadi, jom kita buat kira-kira, apa sebenarnya yang boleh lebih daripada 100%. sedangkan 100% tu kan sama dengan 100/100,
jadi 101/100, macam mana tu?
letakan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
sebagai
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
sekarang, jom main kira-kira
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
kalau
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
selalu orang kata, perangai paling penting. jadi kita cuba
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
(betul agaknya 'kata orang' tu)
tapi,
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
cinta TUHAN melebihinya.
sekali lagi, entri ini sekadar suka-suka. saya dapat dari e-mel. sekadar nak kongsikan bersama=)
Wednesday, April 16, 2008
PESTA LAGI, dan MATEMATIK
seronok juga datang hari jumaat tu, tak terlalu sesak dengan pengunjung. bertemu abang lutfi ishak, yang katanya tidak menulis lagi (merajuk ke?) tapi tak sempat borak lama pun.
alhamdulillah berjaya juga dapatkan buku puisi terbaru pak samad, 68 Soneta Pohon Gingko juga beberapa buku lain yang tak dapat dibeli sebelum itu.
habis cerita pesta buku. saya nak cerita tentang matematik. percaya atau tidak, matematik memang punya magis tersendiri. kebetulan pula sekarang tengah heboh tentang 'bekas' pelajar pintar matematik yang nampaknya seperti kurang menggunakan akalnya lagi.
sila fokus di bawah ini:
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
masyaAllah.
sekarang lihat simetri ini:
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sunday, April 06, 2008
SEKITAR PESTA BUKU
memang sengaja saya tak bawa duit terlalu banyak, dengan harapan saya tak akan berbelanja terlalu banyak. duit-duit yang dalam dompet pun memang saya dah asing-asingkan tujuannya. tapi sudahnya, semua habis. hahaha.
Monday, March 31, 2008
CATUR KEHIDUPAN

set catur tu memang saya jaga sepenuh hati, sampailah budak india sebelah rumah saya tu terpatahkan 'kepala' satu askar gara-gara berebut dengan adik dia. aduh... geramnya. saya memang suruh dia ganti dan tak kawan beberapa hari. haha memang kebudak-budakan. tapi dia tak ganti pun. (lagipun macam manala nak ganti satu askar je, kat pasar malam pun tak jual).
sewaktu pindah rumah selepas itu, banyak juga buah-buah catur yang hilang. sedih=(
selepas masuk sekolah asrama, saya semakin jarang main catur, tapi kalau sesekali main, mesti menang punya=)
sebenarnya, terlalu banyak yang kita boleh pelajari daripada gerakan-gerakan rahsia dan sebuah kehidupan yang kita jalankan di atas petak-petak papan.
Saturday, March 22, 2008
PENULIS DAN BLOG
Selesai borong buku, kak hani dengan baik hatinya membawa saya, ode dan Azree MH (yang lewat tiba kerana ada peperiksaan) makan tengah hari sebelum kak Hani sekali lagi dengan murah hati menghantar kami bertiga pulang ke destinasi terdekat masing-masing dengan selamatnya. terima kasih kak hani! =)
selain bergambar, perkara yang paling gembira apabila jumpa rakan-rakan (termasuk senior-senior) MPR ialah apabila balik ke rumah, semangat untuk menulis pasti berkobar-kobar. tak tahulah menjadi atau tidak karya selepas ini, yang penting saya dah renew semangat balik=)
Wednesday, March 12, 2008
SELESAI
Selesai pilihan raya.
Saya di rumah sewaktu meraikan hari-hari memilih. Waktu yang paling gembira sudah pastilah masa malam selepas waktu mengundi. Duduk ramai-ramai depan tv dan tengok tekaan siapa yang betul.
Tapi, alangkah sedihnya, untuk pilihan raya kali ini, barulah saya sedar diri, saya memang tak hebat sebenarnya. Memang banyak tekaan saya yang salah. Walaupun berharap nurul izzah menang di lembah pantai, saya langsung tak jangka pun yang dia akan menang. Begitu juga saya jangka kelantan akan kembali diterajui BN, itu pun salah juga, bahkan pas menang besar. Paling saya tak terfikir tentulah yang negeri perak tercinta akan berubah tampuk kuasa (saya sangat berharap perak akan lebih makmur dan membahagiakan. Haha). Wah. Tekaan yang betul cuma jangkaan yang khairi jamaludin menang di rembau, itupun tak tepat juga kerana saya jangkakan dia akan menang besar. Tapi hakikatnya hanya majoriti seribu lebih.
Betapa besarnya perbezaan jangkaan saya dan orang yang lebih faham.
Betapa besarnya perbezaan fahaman saya yang hanya membaca berbanding orang yang berada pada situasinya. Saya hanya membaca akhbar dan membuat pemerhatian dari jauh, tetapi mereka berada pada situasi sebenar.
Malam keputusan pilihan raya, awalnya satu keluarga berkumpul depan tv. Keputusan awal kebanyakannya dari sabah, serawak dan melaka. Semuanya dimenangi bn, dan memang kami sudah jangka. Lama-lama semua orang bosan. Saya pun memilih untuk tengok “kala malam bulan mengambang”. Hampir separuh cerita, tiba-tiba rasa seram tengok seorang, saya pun tutup cd dan kembali tengok keputusan pilihan raya. Ayat pertama yang saya nampak: samy vellu kalah di sungai siput. Ish ini memang satu keajaiban! Haha. Mana taknya, semenjak saya faham cara hidup di dunia, memang samy vellu dan sungai siput tak dapat dipisahkan. Saya pun buat bising dan panggil semua orang yang dah buat hal sendiri. Memang kecoh satu rumah, walaupun ahlinya tak ramai. Tambah-tambah lagi selepas tv3 keluarkan keputusan tak rasmi datuk syahrizat kalah di lembah pantai. Memang malam semakin hangat. Selepas itu semakin banyak kejutan terpampang. Sayangnya saya dah tertidur semasa keputusan rasmi lembah pantai diumumkan. Mengantuk sangat!
Saturday, March 01, 2008
BILA HARUS MEMILIH
Saya tak suka pilihan raya. Saya memang tak suka musim pilihan raya. Setiap hari dalam akhbar akan penuh kempen. Dalam akbar arus perdana, memang pro satu parti sahaja. Saya tak suka situasi saling kutuk-mengutuk, saling tuding-menuding, yang mengaku salah tak ada pun, sampaikan saya tak tahu siapa yang benar. Paling saya tak suka, semua orang akan guna isu remeh. Isu presiden pas, Abdul Hadi Awang tak bersalam dengan lawannya, dr.ramzi, dibincangkan dalam akhbar berhari-hari! La apa bendala ni??? Saya tak terlalu berpuas hati tentang isu ni, mengagumi hadi awang sebagai ulama, saya yakin takkan sengaja dia buat begitu, jadi saya cari sumber-sumber lain. Benda kecil macam tu pun nak buat isu. Tak profesional langsung!
Semakin dewasa, saya belajar semakin banyak perkara. Kita tak perlu baca satu akhbar sahaja, jadilah pembaca yang adil dan bijak. Jangan terlalu taksub dengan akhbar-akhbar arus perdana di malaysia. Bacalah semua akhbar, dari semua pihak, selagi anda terdaya. Selepas baca berita harian dan utusan, apa salahnya baca juga harakah=) (lagipun semua org tahu siapa yang kawal berita harian dan utusan, kan?) selepas akhbar-akhbar malaysia (tak perlulah baca akhbar-akhbar yang letak artis di muka depan), apa salahnya ambil masa sedikit jenguk-jenguk akhbar luar negara. Baca apa yang orang luar lihat pada kita.
Kita mungkin tak akan jumpa kenyataan bahawa pak lah mempunyai sangat banyak kelebihan dengan mempercepat pilihan raya kerana anwar ibrahim hanya boleh bertanding selepas mei tahun ini di berita harian atau utusan, tapi perkara ini disebut dalam BBC UK!
Wednesday, February 20, 2008
Saturday, February 16, 2008
BUTAKAH CINTA?
oh
cinta

saya baca dalam berita harian hari ini:
saintis amerika menemui bahawa cinta memang buta!
heh
Sunday, February 10, 2008
CINTA OH CINTA!
Salam.
:: maaflah, entri ini sebenarnya saya dah tulis isnin lepas, tapi tak sempat nak upload. bukan merajuk tau kak rai, raya sakan.. jadi tak up-to-date sangat

