Thursday, February 08, 2007

ISH ISH ISH..

i
Latar: kawasan perumhan kos sederhana

Pak Alif tidak pernah pergi berjemaah di masjid melainkan untuk Solat Jumaat, Solat Tarawikh (10 malam pertama) dan Solat Hari Raya. Selepas 40 tahun, tergerak hatinya untuk berjemaah Maghrib di masjid. Pak Alif pun mula bersiap-siap. Setibanya di masjid…

Pak Ba (rakan sebaya Pak Alif yang merupakan Tok Siak di masjid tersebut) : Eh, Alif. Tak pernah aku nampak kau datang berjemaah di sini. Kau ni buang tebiat ke? Mimpi apa semalam?

Mulai hari itu, Pak Alif tidak lagi berjemaah di masjid melainkan untuk Solat Jumaat, Solat Tarawikh (10 malam pertama) dan Solat Hari Raya.




ii
Latar: IPTA tempatan

Ta, seorang mahasiswi, baru sahaja beberapa minggu berkenalan rapat degan seorang lelaki. Pada temu janji pertama, Ta dan lelaki tersebut (Jim) bersiar-siar di kota metropolitan. Ta menyuruh Jim memimpin tangannya (mungkin kerana dia tidak boleh berjalan betul dengan sediri). Malangnya, Jim memberitahu bahawa dia tidak biasa menyentuh wanita bukan muhrim. Lalu, Ta pun pulang ke tempat tinggalnya dengan hati yang kecewa. Sampai di tempat tinggal, dia pun mengadu kepada kawan baiknya, Tha…

Ta: Aku tak puas hati, Jim tak nak pegang tangan aku!
Tha: Ala, kalau aku jadi kau, aku pegang je tangan dia dulu. Esok, bila kau keluar dengan dia, kau pegang je tangan dia.
Ta: Kalau lepas ni dia tak nak pegang tangan aku lagi, aku nak putus dengan dia!
Tha: Aku setuju!!!

Nota: Ta, Tha dan Jim adalah bekas pelajar sekolah agama.

4 comments:

KS ILMAR said...

Sahabat dan Saudara: Menarik anekdot ini. Dan kita seniman selalunya tidak menghukum, tetapi sama memapar menjadi cermin teladan.

KSI

Anonymous said...

1. wahhhh, abg suka entri ini. teruskan. kan boleh tu menulis..
jgn malas2.
2. dah beli ayat2 cinta?
3. kim salam kencana

kingbinjai said...

isk isk isk

nota utk ta dan tha : "ptbhhhh!"

Nissa' Yusof said...

sdr KS Ilmar, betul tu..
abg jebat:
1)cuba2 menulis
2)tak sempat beli lagi. insyaAllah on de way
3)dah kirim dah=)

kingbinjai: tak taula nak kata